Selasa, April 15, 2014

ZALIM MEMBIARKAN AISHAH ZAHARIE MENANTI DALAM PENYEKSAAN

5 April lalu, majalah Southern Weekly memaparkan dakwaan kononnya, jika menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dalam tempoh satu saat.

Sebaik terbaca kenyataan dipetik oleh media utama dan alternatif, sesaat kemudian tercetus soalan di benak fikiran.

Satu lagi kelentong Anwar?

Begini huraiannya. 

38 penumpang MH370, rakyat Malaysia. Andai benar Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam masa sesaat, bukankah kini waktu terbaik untuk dia membantu penumpang dan keluarga mereka? Jika tidak berhati perut sekalipun terhadap penumpang lain, tidakkah Anwar ingin meredakan kedukaan ditempuh oleh keluarga pak cik menantunya, Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Klik di sini.

Anwar tatkala ditemu bual oleh CNN mengakui mengenali Zaharie dan mengesahkan kapten MH370 itu antara penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat. 


Zalim Anwar membiarkan anak Zaharie, Aishah, 27 tahun, menanti huraian misteri berhubung pesawat dipandu oleh ayahnya, setakat ini enggan didedahkan oleh Ketua Pembangkang itu. 


Tatkala diwawancara oleh majalah terbitan China itu, Anwar mengeluarkan kenyataan bersyarat. Dia kononnya akan mendedahkan misteri kehilangan MH370 SEKIRANYA bergelar Perdana Menteri.

Anwar tahu, impian itu hanya satu mimpi. Malang, kelukaan Aishah tidak akan terubat.

Bak bermimpi di siang hari, Anwar secara berterusan dijangka akan bercakap secara semberono biarpun dibidas oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Klik di sini.

Hemat saya, selain Aishah, semua ahli keluarga penumpang MH370 wajar menuntut Anwar mendedahkan misteri kehilangan pesawat itu. 


4 ulasan:

  1. sedih .... org pkr taksub dgn anuar ... sampai buta mata hati

    BalasPadam
  2. Nak berbahasa kasar sikit - hatta anjing pun masih ada "perasaan" mengambil berat dan menjaga tuan nya tapi Anwar ni aku sendiri tak tahu nak letak pada kategori dari spesis yang macam mana.

    BalasPadam
  3. Anwar Ibrahim adalah satu jenama yang tercipta untuk memecahbelahkan orang-orang Melayu.. Sejak dari dahulu beliau dari UMNO sehinggalah sekarang motif utama beliau adalah semata-mata melihat pepecahan orang melayu menjadi realiti.. Apa juga perbuatan dan percakapan beliau adalah mencipta pembohongan untuk merealisasi impian beliau - melihat melayu berpecah dan Malaysia terjajah dengan ideologi yahudi..

    BalasPadam
  4. Raja bomoh pun walaupun berani lempanh buaya dan nak lempang KJ tapi x sanggup nak kata boleh jumpa Mh 370 dalam masa satu saat. Gila betul. Kecuali ia boleh berlaku kalau pihak konspirator bisik kat telinga Anwar pesawat tu kat sekian2.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.