Rabu, April 03, 2013

VAPORISER : LEBIH SELAMAT, BERSIH DAN WANGI



'Vaporising' kini menjadi trend di kalangan masyarakat pelbagai usia dan bangsa.


"Sebenarnya vaporising  diperkenalkan di negara kita kira-kira 3 tahun lalu. Saya pula mula menjual vaporisers sejak setahun lalu, ketika itu tiada kedai, berniaga di atas meja kedai mamak atau di atas bonet kereta. Produk diimpot dari luar negara dan kemudian dijual  kepada rakan-rakan berminat,"  ujar Norsalehin Ismail.


Norsalehin, 32 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, graduan lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang kejuruteraan sivil.  


Kini, dia mengusahakan kedai Vaperinside.com, mula beroperasi pada 27 Januari 2013.


"Majoriti vaporisers diimpot dari China, United Kingdom,  Filipina,  Amerika Syarikat, Korea dan menghisap vaporisers sekarang ini dianggap amat  popular di kalangan masyarakat," kata ayah kepada seorang anak lelaki itu lagi.


Di kedai sama, saya bertemu pelanggan, Fadhlur Rahman Abd. Raffar, 37 tahun dan Mohd Rasis Idris, 39 tahun.


"Vaporiser tidak mengeluarkan asap beracun seperti rokok. Ia mengeluarkan wap air. Justeru tiada secondary smokers. Malah bau wap air itu wangi. Tadi saya menonton wayang G.I Joe sambil vaporising,  tiada masalah," ujar Mohd Rasis.


Anak kelahiran Jitra, Kedah itu mula menggunakan vaporiser sejak 2 hari lalu.

Harga vaporiser, menggunakan tenaga bateri,  dipasarkan di kedai ini di antara RM150 dan RM1,5000,  tertakluk kepada fungsi dan  kesempurnaan  proses  pembakaran.


Vaporiser buatan Greek dilaporkan termahal  di pasaran dunia.

"Tank  (bekas cecair) sahaja mencecah harga di antara RM800 dan RM1,000. Itu pun sukar untuk dapat. Harga lebih dua ribu ringgit kerana buatan tangan, high-end. Kalau kita pesan sekarang, dijangka akan dapat pada tahun 2015. Biarpun berharga mahal, permintaan tinggi," kata Norsalehin.

Berikut gambar vaporiser buatan Amerika Syarikat,  berharga RM1,200.


"Cecair digunakan tidak mengandungi campuran tar dan racun lain seperti kandungan rokok. Penghisap boleh memilih cecair samada mengandungi nikotin atau tidak mengikut kehendak mereka. Ada cecair mengandungi kosong nikotin, 9 atau 11 miligram nikotin. Antara kandungan  lain  cecair, minyak sayur-sayuran dan perisa," jelas Norsalehin.


Cecair ditawarkan dengan rasa berbeza, buah-buhan citrus, anggur, kopi, blueberry, coca-cola, mocca, kapucino, vanilla dan puluhan lagi perisa untuk dipilih. Menurut Norsalehin, pelanggan wanita lebih gemarkan cecair berperisa epal dan srawberi.


"Ada kesan sampingan ke jika menghisap vaporiser?," soalan saya ajukan.

"Saya baru balik berjumpa doktor peribadi. Dia kata, apapun kita lakukan, usah keterlaluan  Kalau penghisap rokok contohnya, habis sebatang, dia berhenti buat seketika. Menghisap vaporiser juga harus berdisiplin.  Jangan pula dihisap bertali-arus, tanpa henti hanya kerana bateri belum habis. Tindakan itu mungkin boleh mengakibatkan sebu dada," jawab Rahman yakin.


"Di manakah vaporiser boleh dihisap?," tanya saya.

"Di banyak lokasi,  seperti restoran makanan segera, pusat membeli-belah dan lapangan terbang,  kecuali di dalam pesawat. Orang ramai harus faham sekaligus menerima kenyataan, vaporiser tidak mengeluarkan asap, hanya wap air tanpa racun dan wangi," balas Rahman.

Setiap pelanggan ditawarkan pelbagai pilihan.

"Body vaporisers sahaja ada 15 jenis, tangki 10 jenis,  tips banyak, pelbagai harga dan warna. Pembaca Mazidulakmal.com berkunjung ke kedai saya akan diberikan diskaun minima 5% daripada jumlah harga barangan dibeli. Sebelum menjelaskan bil, pelanggan hanya perlu memaklukkan juruwang, "saya pembaca blog Mazidul",  itu sahaja. Kalau lebih banyak barang atau akesori dibeli, jumlah diskaun akan ditambah," jelas Norsalehin.

Saya difahamkan, sebilangan besar pengguna vaporiser berjaya meninggalkan tabiat buruk menghisap rokok. 


Vaperinside.com beroperasi setiap hari di antara jam 12 tengahari dan 10 malam,  termasuk Sabtu dan Ahad.

Norsalehin dibantu oleh Azhan Jamel, berasal dari Kajang, Selangor.


"Selepas cerita ini masuk di blog, ramai agaknya anak dara akan berkunjung ke sini," Norsalehin mengusik pekerjanya bertatus bujang pada usia 32 tahun itu.


Semoga bertemu jodoh!


C-G-05, Block C, Ritze Perdana 2, No 3, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Hubungi 012 3818 445.

Selasa, April 02, 2013

PERHAMBAAN REMAJA PUSAT TAHFIZ AMAL : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH (WAJIB BACA)

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah  difatwakan haram pada 21 September  2004.












Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.

Siapakah AZHAR WAHAB? 

Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.



Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.


Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu. 


HASILNYA? ...  SM AMIN,  atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.

Lihat antara produk dijual oleh remaja  Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.



Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ... 




Beginilah rupanya ... 



Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba? 


Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.

Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.

Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA.


ANDAI USIA AWAK 99 TAHUN SEKALIPUN SAYA TETAP SAYANG

Frank Stone, 36 tahun, berkunjung ke kedai menjual barangan kulit, JR West Leather di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.



Saya terjemahkan perbualan kami.

"Awak berasal dari mana?," soal saya.

"NIgeria," ujarnya ringkas.

Bapa dua anak lelaki itu, pelanggan tetap di kedai terbabit dan mengenali pemilik JR West, Raja.



"Di Malaysia, ramai warga Nigeria terbabit dalam kes penipuan, scam menggunakan internet dan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit di kalangan rakyat Malaysia terpedaya,"  kata saya.

"Ya, mereka lazimnya menipu wanita berusia atau  wanita bekerjaya. Tidak guna mencari gadis muda kerana selalunya mereka tidak mempunyai wang banyak. Wanita tua atau anak dara tua, lazimnya kesunyiaan. Wang bukan masalah bagi mereka, mereka perlukan perhatian. Awak bayangkan, wanita tempatan berusia 62 tahun, sudah lama menopause, anak sudah dewasa dan  berkahwin, manakala suami meninggal dunia. Dia kesunyian. Apabila dihoda oleh penipu lelaki Nigeria, mangsa bertanya, benarkan awak sayang sedangkan umur saya lebih 70 tahun. Awak tahukah apa jawaban penipu itu?," soal Frank.

Saya menggelengkan kepala.

"Andai usia awak 99 tahun sekalipun, saya tetapkan sayang," balasnya.

Spontan saya teringat kenyataan di dalam 'kitab ayat power' milik penjenayah warga Nigeria diberkas kerana terbabit dalam  kes parcel scam.

'I asked God for a rose but he gave me a garden. When I asked God for an angel, he gave me YOU'

Franks tertawa mendengar  'ayat manis' itu.

"Lelaki Nigeria telah biasa dari awal  remaja mengungkapkan kata-kata manis kepada perempuan. Berkata seperti Hey! You look so beautiful, You look gorgeous, I really like you ... I love you, normal bagi mereka. Seks, bukan perkara penting buat kami, lelaki Nigeria dan wanita kerana majoriti gadis dan lelaki kami kehilangan dara serta teruna pada usia di antara 12 dan 13 tahun.  Tidak harian jika perempuan kami sudah muak dengan kata-kata manis dan seks. Namun di Malaysia, berbeza. Jika ayat manis diungkapkan kepada wanita  tempatan, mereka mungkin terpedaya. Wanita Nigeria? Jika mereka berusia lebih 30 tahun, mereka akan membalas, if you love me, show it!  Put  bags of money on that table then I would belive you," katanya sambil tertawa.

"Benarlah dakwaan, kebanyakkan lelaki Nigeria, sweet talkers?," soal saya bersahaja.

"Barangkali benar. Saya perhatikan sikap lelaki Malaysia jauh  berbeza berbanding cara lelaki kami melayan wanita. Di sini, agak sukar untuk mendengar, lelaki mengungkapkan I love you kepada isteri atau kekasih di khalayak ramai. Kelemahan itu dieksploitasikan oleh penipu warga Nigeria.  Apabila sasaran dikenal pasti, dia akan didekati. Ayat manis kemudian ditaburkan.  Ayat jarang diluahkan oleh lelaki tempatan samada mereka berbangsa Melayu, Cina atau India. Jika cara dan kaedah digunakan berkesan, wanita kesunyiaan pasti akan tertipu. Mereka sanggup mendepositkan wang ribuan ringgit, semata-mata untuk menagih belaian perkataan lelaki Nigeria. Lazimnya, wanita tidak begitu memandang paras rupa. Mereka hanya ingin berasa dijagai, disayangi, dicintai, selamat dan selesa sewaktu bersama lelaki. Itu sahaja," ujar Frank lagi.

Frank terbabit dalam bidang multi-level marketing di negara ini sejak 5 tahun lalu. Isteri dan anaknya, menetap di kota United Kingdom.

Tambahnya, kebanyakkan lelaki Nigeria datang ke Malaysia bertujuan memburu kehidupan lebih selesa.

"Di Nigeria, ramai golongan terpelajar. Malangnya setelah menamatkan pengajian di universiti, mereka langsung tidak berpeluang untuk bekerja. Kerajaaan kami tidak mempunyai perancangan untuk membantu rakyat.  Di sini, belia Malaysia menganggur kerana mereka terlalu memilih kerja lebih selesa dengan bayaran gaji lumayan," jelas Frank.

Klik di sini untuk menonton keadaan Ajegunle, penempatan setinggan terbesar di bekas ibu negara Nigeria, Lagos.

Isnin, April 01, 2013

TOLONG HUBUNGI TALIAN NUR 15999

Saya baru sahaja membuat panggilan secara rawak kepada petugas menjawab panggilan Talian Nur di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Kemudian, saya ketahui nombor 15999 itu dijawab oleh EJEN bukan kakitangan kementerian.

Kes perhambaan kanak-kanak dan remaja memerlukan individu cekap dan bermaklumat untuk ditangani.

Kepada pembaca di mana jua berada, saya memohon bantuan.


Hubungi talian percuma 15999 dan tanyakan soalan CEPU EMAS berikut ...

"Jika saya terserempak dengan pelajar remaja di bawah umur Pusat Tahfiz Amal merayau-rayau  pada waktu tengah  malam untuk mengutip derma, apakah tindakan perlu saya lakukan? Dan apakah pula tindakan susulan awak"

Dengarkan penjelasan ejen menjawab panggilan itu dan kemudian catatkan penjelasannya di ruang komen.

Sila catatkan juga nama penuh ejen itu.

Terima kasih.

UBAT RESDUNG DIJUAL MENGGUNAKAN RESIT PUSAT TAHFIZ AMAL TIDAK MEMILIKI KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pembaca blog ini, P1, menawarkan diri untuk menyingkap beberapa fakta di sebalik operasi Pusat Tahfiz Amal, PTA.

Sebelum itu, saya menerima informasi berhubung pusat rawatan bekam di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.



P1,  menyamar menderitai penyakit resdung  kemudian berkunjung ke premis terbabit. Premis itu dijaga dek lelaki sudah berusia dan kenalannya, lebih muda, berkebetulan berada di situ tatkala kunjungan P1.

Berbekalkan maklumat dikongsikan oleh P1,  dia disarankan membeli sebotol ubat dari bekas premis beroperasi sebagai pusat rawatan pelbagai penyakit itu.

"Cecair di dalam botol ini antibiotik dan boleh membunuh kuman resdung. Tuangkan cecair separuh penutup botol, separuh lagi tuang air dan sedut campuran itu menggunakan hidung. Pedih sikitlah," jelas lelaki muda itu. 

P1 terus mendengar penerangan. Dua lelaki terbabit melayan setiap soalan dikemukakan oleh P1 secara sabar dan bersopan.

"Kami ada staf perempuan di Giant Batu Caves dan  Tesco Manjalara, Kepong kalau perempuan hendak berbekam," ujar pekerja. 

Sebelum itu, kakitangan berkopiah putih kelihatan keluar dari premis terbabit dan bergerak ke bangunan bersebelahan untuk mendapatkan bekalan ubat ditawarkan. 


Ubat itu berharga RM50. 

Melalui informasi dicatatkan di kulit luar, tidak tersenarai bahan digunakan untuk produk. dan produk sama tidak memiliki kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Tidak hairanlah,  jika ubat itu disimpan  di dalam stor di bangunan berasingan bukan di premis dikunjungi pelanggan.

Penguatkuasa KKM seharusnya ke lokasi ditinjau untuk memeriksa produk dipasarkan dan melaksanakan tindakan sewajarnya. 

Tiada siapa mengetahui kandungan sebenar 'ubat' dijual. 

Pelbagai lagi produk lain dipasarkan oleh remaja diperhambakan oleh PTA juga berstatus meragukan. 

Klik di sini.


"Tidak ada diskaun harga ke?," soal P1.

"Tiada, jualan ini untuk kebajikan. Sebelum ini, niatkan untuk pahala sahaja. Membeli sambil menyumbang. SM Amin ini ada satu badan amal. Badan amal dia untuk membantu fakir miskin,  anak yatim,  hasil daripada jualan dia. SM Amin ada wisma di Seksyen 26, Shah Alam, Selangor," balas lelaki muda.

Tambahnya, Wisma SM Amin sebelum ini beroperasi di Sungai Petani, Kedah.


"Resit ada?," tanya P1 sebelum menjelaskan bayaran. 

"Ada," ujar lelaki tua.

Dia kemudian pantas keluar sekali lagi dari premis itu dan naik ke tingkat satu, menggunakan tangga bersebelah pintu utama premis.


Berikut resit diserahkan kepada P1.


Sebaik melihat resit dihulur menggunakan nama PTA, P1 mengajukan soalan berikut.

"Ini bukan resit (syarikat) ini?"

"Sama sahaja, under SM Amin," balas lelaki tua.

P1 juga dimaklumkan, Pusat 'Tahfiz' serta pusat rawatan 'Islam'  terbabit bernaung di bawah  syarikat SM Amin.

Siapakah SM Amin?