Rabu, Mei 01, 2013

DIALOG SYOK SENDIRI

Jam 2 petang tadi, semua calon Parlimen dan DUN BN, PKR dan BEBAS dijemput ke majlis dialog tetapi tidak calon PAS.

Ahli PAS mengantar pesanan ringkas kepada saya dan meluahkan kekeliruan mengapakah calon mereka tidak diundang.

Majlis itu berlangsung di Dewan Komuniti MBPJ di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO, KD Voters.


Tidak pula pernah saya mendengar nama NGO itu sebelum ini. Majlis dipengerusikan oleh Jeffrey PK Phang.

"Dia baik dengan R. Sivarasa," komen orang ramai.

Jeffrey, ahli laman Facebook, Friends of Kota Damansara.


Saya dan rakan menghadiri majlis itu untuk bertanyakan soalan berhubung penjualan Uptown D' Kota atau Kompleks Muhibbah kepada bekas Wakil Rakyat Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim.


Hati berasa lega sebaik melihat calon PKR DUN Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir tiba di lokasi biarpun bertongkat.

"Majlis ini mendapat permit polis dan mereka menyewa prasarana milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya," ujar pegawai MBPJ saya temui.


Hanya Dr. Mohd Nasir dan seorang calon bebas, Datuk Edros Abdullah menjadi ahli panel duduk di sebelah Jeffrey.


Saya anggarkan hanya sekitar 50 orang, majoriti individu  berbangsa Cina berada di dalam dewan itu. Malangnya, setiap soalan ingin diajukan oleh audien mesti ditulis di atas borang diedarkan. 


Pantas rakan saya menulis, soalan berikut. 

'Adakah Dr Nasir tahu berhubung penjualan Kompleks Muhibbah atau Umtown D' Kota dengan harga RM4.8 juta sedangkan nilai sebenar RM26 juta? Siapakah terbabit dalam transaksi itu?'


Seperti dijangkakan sejak dari awal, semua soalan terlebih dahulu  ditapis oleh Jeffrey sebelum dijawab oleh kedua calon hadir.

Tidak hairanlah jika soalan cuba diajukan oleh rakan saya tidak dilayan.

Hanya soalan 'selamat'  seperti masalah jalan berlubang, kes jenayah dan status pembangunan dipilih dan kemudian  dijawab oleh Dr. Mohd Nasir.


Meluat berikutan soalan dikemukakan ditapis,  ramai audien bak memprotes, keluar dari dewan.

"Sebab itu soalan ditulis supaya yang  'bahaya' tidak akan dijawab oleh Dr. Mohd Nasir," kata mereka.

Dr. Mohd Nasir harus tahu, pengundi ingin bertanyakan soalan selama ini terbuku di hati mereka. Soalan berhubung tindakan dia sewaktu menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal, bermula pada tahun 2008.


"Dulu pernah 30 orang dewasa dan kanak-kanak  tersesat dalam hutan di Kota Damansara. Saya dan beberapa rakan membantu anggota Pasukan Gerakan Am, mengeluarkan mangsa pada waktu malam. Sebaik mangsa diselamatkan, dia (Dr. Mohd Nasir) datang dan berteriak, mengapa lambat? Patutnya dia menghulurkan air mineral sebotol, jadilah. Tidak perlu bertanyakan soalan sebegitu. Saya membantu mereka  secara sukarela," ujar Adi Baretta.

Klik di sini untuk membaca berita dilaporkan oleh Utusan Malaysia.


Dialog syok sendiri.

Sepatutnya sesi terbabit dijadualkan berakhir  pada jam 5.30 petang tetapi ditamatkan sejam lebih awal. Sebelum beredar, saya perhatikan,  berulang kali Jeffry meminta audien untuk berdiri di belakang calon sewaktu mereka menandatangani manisfesto.


Namun  sebilangan audien terus duduk membatu dan tidak langsung  mempedulikan pelawaan Jeffry.


Malah segelintir melangkah keluar dan beredar.


Ternyata  mereka enggan menjadi faktor penghias Facebook penganjur majlis.

CALON PKR DAN PAS DUN KOTA DAMANSARA BELUM LAGI BERTEMU WARGA EMAS INI

"Nanti menggundi di mana?," soal saya.

Lelaki warga emas berbangsa Cina, 70 tahun, barangkali kurang mendengar kemudian menjawab.

"Saya undi itu dacinglah"


Berkebetulan Ketua Puteri UMNO Subang, Herni Azura Ghafar menghubungi saya dan merancang untuk mengedarkan risalah dan cenderahati di kawasan berhampiran rumah lelaki terbabit.

Sebaik Herna dan anak buah tiba, saya memanggil dia.


Lelaki bujang ini tinggal bersama kakaknya di Apartmen Salvia, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dia tidak hidup mewah tetapi kekadang kelihatan  duduk minum teh bersama rakan berbangsa Melayu  di restoran berhampiran.

Lihat sinar kegembiraan terpancar di wajahnya sebaik Henri menyarungkan topi Barisan Nasional.

Dacing.





Ya, itulah kita semua harapkan.

Agar Malaysia terus aman dan diperintah oleh kerajaan tidak bersekutu dengan Israel, klik di sini.

Pada jam 2 petang tadi berlangsung majlis dialog dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan di Seksyen 7, Kota Damansara.

Calon bebas dijemput tetapi jemputan kepada calon PAS dibatalkan.


Kejadian menarik berlaku di dialog itu, tunggu laporan di entri berikutnya.

BAJU PERCUMA


Ramainya pelanggan Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Tetapi mengapakah beratur di luar pintu utama Giant?


Baju percuma untuk penyokong Barisan Nasional.


USTAZ MEMBELASAH PELAJAR


Beranikah pelajar atau keluarga membuat laporan polis? Tanpa laporan dikemukakan oleh mangsa, pihak polis tidak berpeluang untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Usah pula nanti,  ustaz itu  mendakwa lelaki lain dari Thailand seiras wajahnya tetapi gagal dibawa masuk ke Malaysia kerana ditahan dek penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

Barangkali penyokong PAS tidak mempercayai ketulenan rakaman video di atas kerana itu hanya besi.

Menurut blog Lawyer Garang, kejadian terbabit  berlaku di Sekolah Agaman Yayasan Khairah, Kampung Pisang Kupang,  Baling,  Kedah. Apapun, saya percaya, bukan mudah untuk pelajar merakamkan kejadian itu dan kemudian mempunyai kekuatan untuk memuatnaik ke Youtube.

BABI JUGA PASTI TERKEJUT TETAPI BEKAS PEMIMPIN PR SELANGOR MEMBISU ( CALON BN MEMBATU )

Sejak 2 bulan lalu,  saya telah mendedahkan kes Kompleks Muhibbah atau Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR,  dijual kepada syarikat HALIMUNAN.

Aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dianggarkan bernilai RM26 juta itu  telah dijual kepada syarikat  Ilmu Panduan Hidup dengan harga RM4.8 juta.

Klik di sini.

Setakat ini dilaporkan Ilmu Panduan Hidup hanya membayar RM2 juta sahaja dan  dianggap sebagai pemaju Uptown.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus membisu, bekas Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa  dan  bekas ADUN, Dr. Mohd Nasir Hashim  juga membatu. Barangkali mereka semua berasa  gementar untuk menjawab soalan, mengapakah hartanah PKNS itu dijual dengan kadar diskaun gila babi?  Maksudnya, andai kata babi terdengar berita kes penjualan dengan harga diskaun  lebih RM21 juta itu,  pasti babi juga bakal  teruja dan berkata, "Gila babi!".

Lebih musykil lagi,  biarpun gagal menjelaskan baki bayaran pembelian RM2.8 juta, pengendali Ilmu Panduan Hidup terus  beroperasi menguruskan Uptown D' Kota. Secara berani  pengendali sama membuka food court  kini beroperasi TANPA lesen. Dua kali saya menghantar pesanan ringkas kepada Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mohd Fauzi Maarop bertanyakan soalan, mengapakah   premis menjual makanan itu dibenarkan beroperasi tanpa lesen?  Setakat hari ini,  tiada respon saya terima. Mungkin selepas PRU ke 13, beliau mempunyai masa untuk memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan.

4 hari lagi sebelum Pilihan Raya Umum, PRU ke 13, puak Pakatan Rakyat, PR,  didapati masih  enggan menjelaskan kepada RAKYAT berhubung tindakan rakus menyebabkan  83 peniaga di Uptown  kini  tersepit, menanggung derita. 

Pendapatan harian mereka teruk  terjejas.

Akhbar Sinar Harian, akhirnya memaparkan berita itu, klik di sini.



Calon Parlimen BN,  A. Prakash Rao dan calon BN DUN, Halimaton Saadiah Bohan sepatutnya membangkitkan isu ini agar semua bakal pengundi di Kota Damansara mengetahui FAKTA berhubung transaksi penjualan berlaku tatkala pemerintahan PR di Selangor. 

Usah membiarkan kes ini ditutup begitu sahaja.


Sebelum ini saya menulis entri 'Fakta perlu diketahui pengundi DUN  Kota Damansara berhubung Uptown D' Kota sebelum 5 Mei 2013'.

Bacalah, klik di sini.

Jika calon BN enggan berpiket di hadapan Kompleks Muhibbah, 3 calon BEBAS boleh mengambil peluang itu.  Bekas wakil rakyat Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir sebelum ini juga terkenal dengan kegiatan berpiket,  antaranya membantah pembinaan Carefour di Seksyen 11 biarpun usaha itu gagal.

Sila klik di sini untuk mengetahui hujah saya mengapakah Dr. Mohd Nasir TIDAK wajar dicalonkan sekali lagi sebagai Wakil Rakyat Kota Damansara.

Tidak canggung jika sebelum PRU ke 13,  calon serta  penyokong BN  di  Kota Damansara  berpiket secara aman demi bertujuan  mendedahkan kegiatan PR  sewenang-wenangnya cuba menggadaikan aset kerajaan negeri. 

Izinkan pengundi Kota Damansara mengetahui keputusan rakus diputuskan oleh  beberapa pemimpin PR membenarkan penjualan Uptown.  Fakta perlu didendangkan  sebelum  pengundi  memiliih  Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen mereka untuk tempoh 5 tahun lagi.