Selasa, Oktober 29, 2013

PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM

"Mana awak punya rumah?," soal pengawal keselamatan sewaktu saya memasuki kawasan perumahan di SS2, Petaling Jaya, Selangor.

Wajahnya garang, tanpa senyuman namun penampilan sebegitu gagal menakutkan saya. 




"Sebab apa pula saya kena bagi tahu di mana saya punya rumah?," soal saya kembali.

"Saya sini punya security guard," balasnya. 

Daripada loghat percakapannya, sudah cukup memberikan saya maklumat berhubung identiti warga asing itu.

"Awak Bangladesh punya orang?," tanya saya dengan nada serius.

"Ya," jawabnya.

"Ok. Ini Malaysia punya undang-undang cakap, Bangadesh punya orang tidak boleh bekerja menjadi security guard, faham? Kalau sekarang, saya panggil polis, polis boleh tangkap awak, betul? Kalau polis boleh tangkap awak, sebab apa mahu tanya saya punya rumah di mana? Awak siapa?,"  soal saya.

"Betul," balasnya.

Tiada lagi saya lihat warga garang dipamerkan pada awalnya.


Tidak pernah pula saya mendengar nama syarikat Security Services. Jika itu nama syarikat, pasti tidak terkenal berbanding nama syarikat pembunuh di bawah, pernah berkhidmat selama kira-kira setahun.


"Sekarang awak cerita dari awal, bila datang ke Malaysia? Dulu kerja apa? Kemudian kerja apa? Bagaimakah awak boleh bekerja manjadi security guard di sini," pinta saya.

Mujur dia tidak langsung membantah.

"Saya tahun 2008, Malaysia mari, kerja itu construction sana Kuala Lumpur. Saya punya kaki itu kayu ada jatuh, sudah sakit. Sana kerja 3 tahun, Johor Bahru pergi, kerja itu electronic factory, 2 tahun tetapi saya kaki lagi sakit. Saya punya kawan, Nepal mari, cakap, ada itu kerja senang. Jadi security guard tapi gaji banyak murah. Satu ribu satu ratus satu bulan. Satu ratus bayar itu sewa rumah," jelasnya.

Lelaki Nepal, bekas pekerja kilang itu juga menurutnya kini turut bertugas sebagai pengawal keselamatan bersamanya. 


"Awak punya permit kerja, (dalam bidang) construction? Boleh kerja security guard ke?," soal saya kepada ayah 3 anak itu.

"Tidak," jawabnya ringkas.

Benar, kerana dia menyalahgunakan permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sekaligus melanggar Akta Imgresen 1959/63 sejak 3 bulan lalu.


Tatkala saya asyik menemu bual pengawal haram berasal dari bandar kecil, 700 kilometer dari Dhaka itu, melintas seorang gadis remaja. Bayangkan penduduk setempat mungkin tidak langsung mengetahui identiti pengawal haram itu kerana mereka hanya melihat lelaki berseragam dimomokkan bertugas menjaga keselamatan harta benda mereka. Dia bebas bergerak di kawasan penempatan itu, siang dan malam. Walhal dia berkebarangkalian menggugat keselamatan anak gadis seperti itu dan kemudian memboloskan diri. Jika dia merompak rumah mewah kononnya 'dijaga', pihak berkuasa bakal sukar mengenal pasti identitinya yang sebenar.

"Berapa ramai lagi, kawan awak kerja security guard (haram) di sini?," tanya saya tenang.

"Semua ada 7 orang, siang 3 orang jaga, malam 4 orang," jelasnya.


Selesai mengumpulkan maklumat terperinci, saya kemudian menghubungi Ketua Balai Polis Seapark, Inspektor Gunam Resul Gunam Mohamad dan memohon pemeriksaan dilaksanakan dengan kadar segera terhadap semua pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan itu.

Beliau berjanji akan memaklumkan kepada saya perkembangan kes ini.

Alhamdulillah Jabatan Pendaftaran Negara telah memulakan Ops ID pagi tadi, memeriksa identiti lebih 800 pengawal keselamatan, klik di sini.

Klik juga di sini.

APAKAH TINDAKAN PERLU DILAKUKAN JIKA TERSEREMPAK PENGAWAL KESELAMATAN WARGA ASING DI TEMPAT KERJA ATAU DI SEKITAR TEMPAT TINGGAL?

Sudah hampir seminggu kejadian kes pengawal keselamatan warga Indonesia menembak mati pegawai Ambank berlaku. Setakat ini, pembunuh itu masih lagi bebas dan diburu oleh polis.


Biarpun memiliki ratusan ribu ringgit wang tunai di tangan, penjenayah itu tetap manusia. Dia pastinya runsing, isterinya seorang daripada 3 individu diberkas oleh polis pada 23 Oktober lalu. Pasti banyak maklumat telah dikumpulkan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam usaha gigih untuk memberkas suaminya. Tatkala dalam pelarian, pembunuh berstatus ayah itu  tentu mengenangkan nasib 3 anaknya yang masih kecil, tinggal di negara mangsa menjadi korban kekejamannya.


Barangkali setiap saat, dia terbayang-bayangkan wajah anak bongsunya, menjadi mangsa keadaan berikutan tindakan ganasnya di negara berdaulat ini. Apapun, anak itu masih lebih beruntung kerana mempunyai ibu dan ayah. Tidak seperti 2 anak mangsa bunuh, Norazita  Abu Talib, kehilangan ibu mereka kasihi buat selamanya.

Tidak dapat dinafikan, kes ini mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia. Betapa kita berada dalam situasi bahayanya, jika kehadiran pengawal keselamata warga asing tidak dikawal serta dipantau secara rapi.

Namun saya percaya masyarakat mampu membantu.

Apakah tindakan paling wajar perlu kita lakukan jika masih terserempak pengawal warga asing di tempat kerja atau di sekitar kawasan tempat kita tinggal?

1. Tanya pengawal itu, di manakah negara asalnya? Jika dia BUKAN berasal dari Nepal,  pengawal keselamatan itu ternyata bekerja secara haram dan melanggar undang-undang.

2. Hubungi nombor telefon kecemasan, '999' dan minta pihak pengendali talian untuk menghantarkan kereta peronda polis ke lokasi.

3. Jika ditanya, kes apa? Nyatakan secara jelas, terdapat pengawal keselamatan bukan warganegara Malaysia atau Nepal di kawasan berhampiran. 

"Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan ini bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang sah, saya mohon dia ditangkap".

Itu ayat paling sesuai untuk diungkapkan.

Pihak polis akan bergegas ke lokasi kejadian dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi. 

Saya pernah melaksanakan saranan ini, klik di sini.

Jika pengawal keselamatan disyaki bertugas secara tidak sah mendakwa warga Indonesia berstatus penduduk tetap, dia juga tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana bukan warganegara Malaysia.

Itu undang-undang dan bukan bersifat selective.

"Saya berasal dari Sabah/Sarawak"

Jika itu dakwaannya, secara hormat minta dia memaklumkan, siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama?

Semua rakyat Malaysia lazimnya tahu nama Tunku Abdul Rahman. Jika dia masih lagi terpinga-pinga, suruh dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Kalau kantoi, kita tahu siapakah dia sebenarnya.

Sila sebarkan informasi ini.


Isnin, Oktober 28, 2013

JOM TERBANG SAMBIL MERAKAMKAN GAMBAR (PENGALAMAN UNIK DITAWARKAN UNTUK SEMUA)




Ramai antara pembaca barangkali pernah mendambakan pengalaman terbang di udara menggunakan pesawat ringan seperti Cessna 172 di atas.

Saya ingin membuka peluang itu kepada semua.

Cessna 172 berkapisiti 3 penumpang dan seorang juruterbang. Dua penumpang duduk di bahagian belakang manakala seorang lagi akan duduk di kerusi co-pilot di cockpit. 



Untuk menikmati Air City Tour, semua penumpang akan diterbangkan dari Subang Skypark, Subang ke ruang udara Petaling Jaya, pusat bandaraya Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Batu Caves, Bukit Lanjan dan kembali ke Subang. 


Sewaktu tempoh penerbangan selama kira-kira 1 jam, penumpang berpeluang merakamkan gambar dari udara dan di dalam pesawat bersama ahli keluarga atau rakan dalam keadaan selesa.


Hubungi saya terlebih dahulu dan In Sha Allah, pembaca akan berkata ...

"Oh! Tidak sangka, berpeluang saya menaiki Cessna 172"

Pesawat lazimnya diterbangkan pada ketinggian 1,500 kaki. Pada ketinggian itu, penumpang berpeluang memuatnaik gambar dirakamkan di udara ke facebook atau media sosial lain.

Menarikkan?

"Kekadang kita juga menerbangkan VIP ke pelBagai lokasi mengikut keperluan," tambah juruterbang beranak 4 itu.

Pengalaman indah dan  unik itu pasti akan terpahat di minda setiap penumpang. Cessna 172 diterbangkan oleh rakan saya, juruterbang berpengalaman lebih 10 tahun dengan pesawat terbabit.

"Kalau pengantin ingin terbang menggunakan helikopter untuk pergi ke rumah pasangannya pada hari persandingan di Lembah Klang pun boleh. Lazimnya, setiap pasangan berkahwin mempunyai impian istimewa pada hari bersejarah itu. In Sha Allah, kita boleh membantu menzahirkan impian itu," kata juruterbang berusia 41 tahun itu.

Selain daripada itu, jika berlaku kecemasan, pesakit boleh diterbangkan menggunakan pesawat sama ke lokasi diperlukan termasuk di Asia Tenggara. Perkidmatan membawa jenazah juga ditawarkan.

"Menggunakan pesawat sama membawa penumpang?," soal saya.

"Bukan, pesawat lain," balas beliau.

Sila maklumkan saya, WhatsApp 019 390 2899 atau melalui emel mazidulakmal@yahoo.com sekiranya memerlukan perkidmatan sewa khas jet dan helikopter.

GAMBAR KELUARGA PEMBUNUH DIDEDAHKAN

Ayah kepada 3 anak.


Dipercayai wanita di bawah, isteri pembunuh pegawai Ambank, klik di sini.


Wanita terbabit telah diberkas oleh polis di Klang, Selangor bersama adik pembunuh serta seorang lagi saudara mereka, pada lewat hari kejadian, 23 Oktober lalu.  Menurut kenyataan polis, wang berjumlah kira-kira RM20,000, sebahagian daripada hasil rompakan RM450,000 dirampas di rumah mereka tinggal. 



Lihat kemaskini status terakhir wanita terbabit.



Terkenang saya, gambar keluarga mangsa, 2 anak dan suami Norazita Abu Talib juga dipaparkan di media dan media sosial.

Saya lebih bersimpati dengan mereka.

Klik di sini.

AHER PUTRA WA RUMBEI (JUGA PENGAWAL KESELAMATAN DI MALAYSIA) UPDATED


Lelaki sama ...


Aher Putra Wa Rumbei? Dia adalah seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya, Selangor dalam kejadian pada 23 Oktober lalu. Perhatikan nama Ardi Ode Putra Katela (Ardi Hamza), nama ke-5 dari atas like gambar Aher di bawah.




Aher kini dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan haram dan berada dalam kebimbangan berikutan kes bunuh membabitkan kenalannya.



Setelah meneliti logo syarikat di lengan baju Aher, saya kemudian menghubungi kakitangan syarikat pemilik baju seragam dipakai oleh rakyat Indonesia itu.

"Bagaimanakah dia boleh mendapat seragam kami? Encik boleh menghubungi HR ( Jabatan Sumber Manusia ) syarikat,"  jawab lelaki menjawab panggilan telefon.

Saya memperkenalkan nama dan diri sebagai blogger.

"Saya bukan hendak meminta tolong, cuma ingin memaklumkan bahawa lelaki memakai seragam pengawal keselamatan syarikat encik itu warga Indonesia. Mengikut pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal memiliki permit kerja lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita," balas saya.

Molek sekiranya kakitangan penguatkuasa KDN menjenguk syarikat terbabit dan mengumpulkan maklumat lengkap berhubung Aher.



Klik di sini untuk meneliti facebook lelaki terbabit. Di bawah, seorang lagi rakan mereka, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Kendari (klik di sini), SULAWESI, INDONESIA.



Klik di sini.



Ya Allah! Menjaga sekolah rupanya.




Saya telah menghubungi Guru Besar sekolah terbabit dan berikut respon beliau.

"Tidak ada pengawal keselamatan Indonesia, dari Sabah ada"

Jika benar kenyataan itu, mungkin Arshanikum Endeyn, pengawal keselamatan warga Indonesia gemar merakamkan gambar pelajar sekolah sama.

ADAKAH (PEMBUNUH) ARDI HAMZA ITU ARDI ODE PUTRA KATELA?

Saya menerima informasi menarik dihantar oleh pembaca blog.


Nama lelaki di atas, Ardi Ode Putra Katela.


Manakala nama pembunuh pegawai operasi Ambank, Ardi Hamza, 37 tahun dan kad pengenalan lelaki berasal dari Sulawesi, Indonesia itu dipercayai palsu.

Adakah 2 gambar di atas lelaki sama?


Berikut status facebook lelaki di atas, pada 21 Oktober, 2 hari sebelum kejadian bunuh berlaku di Subang Jaya, Selangor.


Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kemaskini status terbaru. 

Melalui maklumat dikongsikan di dua laman sosialnya, dia berasal dari Wakante, Barangka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Baca perbualannya bersama Aisah Ajha, di bawah.




Berikut data mengenai dirinya dipaparkan di facebook.



SPM English School?


Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook lelaki terbabit.



Ahad, Oktober 27, 2013

APAKAH ANTARA SENJATA AMPUH MENDEPANI GANGGUAN JIN?

"Untuk mengelakkan rumah daripada diceroboh, pemilik antaranya membina pagar tinggi dan dilengkapi oleh CCTV. Bagi pegawai dan anggota keselamatan, untuk mengelakkan nyawa diancam dek penjenayah, mereka dibekalkan dengan senjata api sebagai kaedah mempertahankan diri. Apakah pula senjata paling ampuh untuk kita mengelak diri daripada diganggu oleh makhluk halus seperti jin?," itu soalan dikemukakan oleh penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-hafiz.


Soalan itu telah lama bermain di fikiran dan berulangkali saya dengar. Barangkali ramai juga pembaca cuba mencari jawaban kepada soalan sama. Lazimnya, majoriti kita hanya terpinga-pinga, terkejut dan berasa ilmu di dada tidak mencukupi setiap kali berhadapan dengan kes gangguan jin.

Di sepanjang Forum Paranormal 2.0 dianjurkan oleh pelajar Teknologi Pengurusan Maklumat di kampus UiTM Puncak Perdana malam tadi, banyak soalan berhubung dunia paranormal dirungkaikan, klik di sini.

Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin, graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, kini bertugas sebagai guru dan imam masjid di Sungai Besi, Selangor. Beliau insan tidak pernah kedekutkan ilmu, bersifat mesra dan sentiasa merendah diri. Justeru, anak kelahiran Melaka itu telah dilantik sebagai penasihat kru Penyingkap Fakta, klik di sini.


Kru Penyingkap Fakta dipertemukan dengan Ustaz Zaharuddin pada Oktober 2011 di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tatkala tinjauan dijalankan di lokasi terbabit, beliau berjaya merakamkan gambar pegun di atas. 

Klik di sini untuk membaca perincian fakta amat menarik.

Satu pengalaman unik buat semua.

Kepada kelompok masyarakat atau pemilik syarikat korporat berkeinginan mengetahui secara lebih terperinci mengenai dunia paranormal, sila hubungi kru kami, En. Shahrul Ashraf Salehuddin di talian 019 270 9061


Kami bersedia untuk memenuhi undangan menjadi panel forum paranormal untuk mengisi tabung Penyingkap Fakta dan pada masa sama menawarkan perkhidmatan merawat kes gangguan jin menggunakan kaedah rawatan Islam dibantu kepakaran Ustaz Zaharuddin, dengan izin Allah.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan individu atau syarikat berminat untuk menaja aktiviti kami pada masa akan datang samada dalam bentuk barangan atau wang tunai.

Untuk mendapatkan Kasturi Syifa', minyak diaurakan dengan bacaan Al-Quran dan ayat Syifa', sila hubungi Puan Lin di talian 012 6277 300.