Ahad, Januari 31, 2010

Jangan Gelak!


Roulette Papakan Melayu

Ribuan premis bercermin gelap menawarkan perjudian elektronik beroperasi hampir 24 jam di seluruh negara.

Di Kota Kinabalu, Sabah, pusat sama menjalankan perniagaan di antara jam 12 tengahari dan 8 pagi, 20 jam sehari seperti diaporkan wartawan 999, Mohd Raziff Zulkafli kepada saya, kini berada di Negeri Di Bawah Bayu terbabit.

Sebelum tahun 2009 majoriti pelanggan gemar berjudi menggunakan ‘mesin kuda’, pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua 6 kuda bernombor dan berlari hanya illustrasi grafik di atas skrin komputer. Apapun, keuntungan diraih sekiranya menang dikatakan tidak begitu lumayan.

Citarasa berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘online’ pilihan ramai pelanggan, majoriti Melayu.

‘Roulette’.

Sila Goggle untuk mengetahui kaedah perjudian ditawarkan kasino di dunia ini.

Dahulu di negara kita, roulette hanya untuk tahi judi di tanah tinggi Genting Highland, Pahang. Kini kaedah perjudian sama ditawarkan kepada kelompok gemar berjudi di tanah datar. Maksudnya, untuk berjudi roulette pelanggan tidak perlu lagi berasa sejuk, mendaki bukit, berbaju batik dan berasa bersalah membaca notis ‘Orang Islam Tidak Dibenarkan Berjudi’ di pintu kasino.

Gadis Filipina membaling bola di atas roda roulette berputar dipaparkan di skrin komputer secara ‘live’ di lokasi tersembunyi berbanding di hadapan mata jika di kasino sebenar. Pelanggan menukar wang tunai ke bentuk kredit dijadikan modal perjudian ‘online’ terbabit.

"Perempuan baling bola tu dipaparkan secara langsung dari Filipina, kerja gangstar sana," sambung kenalan saya hubungi.

Jika menang pertaruhan, pelanggan mampu gelap mata berikutan hasil kemenangan mencecah ratusan ribu ringgit.

Malangnya, kejadian itu dilaporkan amat jarang berlaku. Majoriti pelanggan kecundang sekaligus kehilangan wang tunai. Bagaimanapun ‘tarikan’ roulette terlalu kuat, pelanggan ketagih. Biarpun kalah setiap kali berjudi, kebanyakkan mereka akan kembali berjuang di roda berputar sama. Diberitakan, sebilangan mereka terpaksa menjual pelbagai aset dimiliki, antaranya kereta dan rumah untuk membiayai tabiat ternyata merugikan itu. Lebih teruk, kekadang wang untuk membeli susu anak kecil di rumah disalahgunakan mereka bergelar suamai dan bapa untuk memenuhi nafsu berjudi.

Acapkali, lot kedai ditukar kepada premis perjudian dan penuh dikunjungi pelanggan. Ramai mengajukan soalan, adakah pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan, PBT tidak mengetahui berhubung operasi premis terbabit? Mustahil.

Sebelum ini di SS2, Petaling Jaya, Selangor, premis perjudian didapati beroperasi hampir dengan Balai Polis Sea Park. Berikutan laporan media, Ketua Polis Balai sama ditukar ke tempat lain dalam tempoh 24 jam. Kes terbabit menarik perhatian ramai.

Saya difahamkan, unit kosong mesin judi dijual dengan harga RM700.

"Selalunya kalau ada kedai, taukeh besar akan masukkan mesin. Keuntungan 50%-50%. Kalau dia baik dengan kita, mungkin dia beri 60%-40%," ujar pemilik pusat perjudian saya hubungi.

Kes samun premis perjudian tanpa lesen berlaku tetapi pemilik tidak melaporkan jenayah berlaku. Penjenayah memakai topi keledar 'full face' bersenjatakan parang, masuk ke pusat perjudian, menyamun wang kutipan harian berserta barangan berharga milik pelanggan, antaranya wang tunai dan telefon bimbit. Jika itu berlaku, masakan pemilik premis berani tampil membuat laporan polis kerana kegiatan dijalankannya sendiri bercanggah dengan undang-undang. Justeru itu, kisah premis judi disamun tidak pernah dimuatkan di akhbar atau dipaparkan di televisyen.

Apapun, polis dan PBT berulang kali melakukan serbuan dan menyita mesin judi namun kegiatan pusat terbabit masih berterusan dan tidak bernoktah. Semuanya kerana pihak sindiket mengaut keuntungan, pada masa sama disokong dek pelanggan kononnya kepingin mendapatkan wang terpijak.

Selepas komplen berhubung kehadiran warga asing tanpa izin, kewujudan mesin judi, masalah ke dua terbanyak dikemukakan kepada saya. Saya percaya jika kegiatan itu tidak dibendung, ramai orang Melayu akan papa kedana.

Sewaktu berada di Pulau Batam, Indonesia, saya dimaklumkan sebelum Susilo Bambang Yudoyono mengambil alih tampuk pimpinan negara jiran itu, kegiatan judi berleluasa di pulau dihuni lebih 958,000 orang terbabit. Kini perjudian berjaya dibasmi sepenuhnya.

Polis dan PBT Malaysia harus belajar daripada pemerintah pulau peranginan terbabit.

Sabtu, Januari 30, 2010

Ingat! Jangan Cuba Bermain Api!

Tajuk tempelan ini 'amaran' blogger ‘66Lyn99’ dilontarkan kepada saya di ruangan komen tempelan ‘Read And You Decide' sekiranya tempelan 'Budak Hingusan Hina Nabi' tidak dipadam seperti disarankannya.

Saya telah mencatatkan respon saya di bawah komennya.

Menulis tempelan ‘Read And You Decide', tindakan saya fikirkan adil untuk semua. Saya catatkan secara jelas, 100 komen pertama pembaca blog ini akan diambil kira. Jika majoriti pembaca bersetuju tempelan terbabit dipadamkan, itu akan berlaku. Andai sebaliknya, tempelan sama akan kekal di blog ini. Bayangkan jika peghinaan itu dihebohkan keseluruh negara, pasti 2 pemilik akaun Facebook itu akan lebih tertekan 'psychology' mereka.

Hemat saya, 66Lyn99 tidak perlu memberi amaran sebegitu keras. Saya mempraktikkan amalan demokrasi, biarpun dihubungkaitkan dengan penghinaan besar dan kurang ajar.

Perbuatan 2 remaja mengecam di Facebook (sebelum akaun mereka dipadamkan) dengan kenyataan ‘babi Muhammad’ merujuk kepada Nabi junjungan umat Islam, Muhammad, perbuatan ‘bermain dengan api’. Namun, berikutan tiada laporan polis dibuat, satu gambaran jelas majoriti pembaca blog ini bertindak memadamkan api itu sekaligus mengelakkan keberangan ramai.

Lihat, pemilik blog Aduka Taruna didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, dituduh dan akan dibicarakan pada 31 Mac akan datang. Dia juga memadamkan tempelan mengakibatkan dirinya dikecam masyarakat pelbagai bangsa dan kepercayaan politik.

Inikan pula apabila rasul terakhir dihina. Namun, penganut agama Islam di negara ini memang penyabar. Buktinya, tiada laporan polis dibuat, majoriti sekadar inginkan tempelan tidak dipadamkan agar menjadi pengajaran kepada kelompok berhasrat melakukan perbuatan sama di masa akan datang.

Barangkali pandangan 66Lyn99 berbeza. Justeru, dia berhak menjelaskan kepercayaannya, saya bersedia memuatkan komen 66Lyn99 di blog ini sekiranya dia sudi melontarkan komen seterusnya.

Bila 'Kekasih Kekasih' Ku Mengamuk



Mereka bukan marah tetapi sayang. Mereka memanggil saya 'Abang Dul' sejak dahulu lagi kerana perbezaan usia hampir 6 tahun.

Semua bekas pelajar Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi Mara, Kuantan, Pahang terbabit saya kenali 16 tahun lalu.

Kini mereka berusia 37 tahun, purata mereka beranak 3 tetapi masih berjiwa remaja ketika saya temui di majlis ringkas makan tengahari di Restoran, B’s, Precint 4, Putrajaya.

Mereka datang dari Kulim, Kedah, Kuantan, Pahang dan majoriti Lembah Klang untuk bertemu dan berkongsi kisah hidup, sedih dan gembira.

Oya (kanan), masih bergincu merah seperti ketika berusia 21 tahun. Merah is MERAH, ok.

“Masa nak masuk bilik bersalin sahaja, aku tak sempat nak bubuh benda ni,” katanya sambil kelihatan bangga memegang lipstik.

Manakala Tini (kiri) berkongsi kisah peribadinya.

“Anak Tini 3 orang, semua muka international,” katanya.

2 suaminya sebelum ini, lelaki berkulit hitam. Tini pernah menetap di Perancis dan di Jakarta, Indonesia dan kemudian mengambil keputusan pulang ke Malaysia.

Tini dan Oya merancang untuk ke Sierra Leone, negara di barat Afrika membeli bekalan batu permata untuk diniagakan kelak. Semoga mereka menjadi saudagar berjaya.

Apapun ‘happy belated birthday’ kepada Youhanita Yahya (kanan) kerana menyambut ulangtahun kelahirannya semalam.

Kepada semua, semoga menjadi ibu mithali. Sebilangan masih bujang, carilah pasangan sesuai.

Seronok bertemu rakan lama tetapi berjiwa segar.

Jumaat, Januari 29, 2010

Read And You Decide!


Komen berikut berhubung tempelan ‘Budak Hingusan Hina Nabi’, baca di sini.

Semalam, 28 Januari saya menerima emel seorang daripada pemilik akaun Facebook dipaparkan. Dia meminta nama sebenarnya tidak dicatatkan di sini. Hasrat itu saya penuhi.

Di bawah, petikan kandungan emel dihantar berserta komen saya.

“Perkara ini tidak akan berakhir selagi ianya masih dipostkan, harap maaf bagi umat Islam, ok. Saya sedar perbuatan saya melampau, tolong delete please, I will support you, please reply. Saya sudah delete account kami. Kalau ada orang macam kami ini, tolong maafkan”

Komen saya:

Untuk pengetahuan awak, screenshot Facebook terbabit dihantarkan pembaca blog ini kepada saya. Sebagai penganut agama Islam, dia amat tersentuh dengan komen dilontarkan awak berdua. Pemilik blog, Aduka Taruna juga mengambil langkah sama, memadamkan tempelannya selepas dikecam hebat masyarakat Melayu (sedangkan dia Melayu) berhubung dakwaan menghina Almarhum Sultan Johor. Hari ini dia didakwa di Mahkamah Majestrit Seremban, Negeri Sembilan. Gambar Aduka Taruna dirakam Kosmo! dimuatkan di atas kanan.

“Saya ingin minta maaf berdasarkan perkara racist ini. Kami ini bukan apa, terlalu ikut perasaan. (based on gereja terbakar) berjanji tidak akan mengulanginya dan diharap tolong delete blog pasal saya dan kawan saya. Saya hanya memberi persoalan sahaja, tolong jangan dihebohkan”

“Kami pun meminta maaf berdasarkan Nabi Muhammad, kawan saya tu terlalu ikut emosi sampai kata begitu dan saya tahu perbuatan ini tidak patut dimaafkan tapi, kami ini budak2,tolong”

Komen saya:

Syukur, kamu berdua sedar. Mengatakan ‘babi Muhammad' bukan tindakan racist. Perlakuan terbabit lebih kepada menghina rasul terakhir umat Islam seluruh dunia. Lain kali awak harus berhati-hati sewaktu melontarkan komen di ruang boleh dibaca ramai warga Malaysia dan dunia, Facebook.

Kebebasan bersuara melarang kita menghina mahupun memperlekehkan agama lain khusunya di negara ini. Saya percaya, melentur buluh biar dari rebungnya.

“Why don’t you comment something that relief all of the citizen? Like stop the racist, make a new law that can stop people from being racist supaya tidak berlaku apa2 bencana yang tidak diingini. Maafkan saya dan kawan saya, kami akan hormat semua agama seperti agama Islam hormat semua agama, once again, peace no war ramai lagi yang tidak berpuas hati juga yang gereja kena bakar”

Komen saya:

I don’t have to write about racism. It is understood by all adult Malaysians that any issue considered sensitive, be it about racism or religious matters should be strictly left untouched therefore avoided. Let's do that together for the sake of this lovely nation.

Berhubung isu gereja dibakar, hemat saya, izinkan pihak berkuasa menjalankan siasatan, menahan dan mendakwa suspek terbabit. Surau juga dilapor cuba dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab. Berikutan itu, kerajaan menggesa umat Islam bertenang dan itu sedang berlaku pada ketika ini. Mereka tidak terlalu melatah dan membuat tindakan di luar batasan.

Yes, I totally agree with you, 'Peace No War'.

Kepada semua pembaca, adakah wajar tempelan berhubung ‘Budak Hingusan Menghina Nabi’ dipadamkan?

100 komen pertama akan menentukannya.

Mesej Kepada semua penganut agama Hindu, selamat menyambut Hari Thaipusam.

Manusia Keparat!

Saya difahamkan sumber boleh dipercayai, ada lelaki bermotosikal cuba ‘mengumpan’ anak kecil perempuan bermain atau ditinggalkan bersendirian dengan wang ringgit.

Sasarannya, perkampungan Melayu.

Tujuannya, Allah sahaja tahu. Apapun, jangan sampai anak hilang, masuk surat khabar dan televisyen kemudian menangis air mata darah.

Semalam ada lelaki bernama Syed, mengubungi saya. Katanya jalan motosikal selepas Plaza Tol Sungai Besi dari Seremban ke Kuala Lumpur ditabur banyak paku.

Pesan kepada rakan bermotosikal menggunakan laluan sama, berhati-hati. Ada pihak semata-mata mencari keuntungan menukar tiub tayar sanggup membunuh orang lain.

Kelompok manusia keparat!

Update Penulis blog dikatakan menghina Almarhun Sultan Johor, Aduka Taruna, 29 tahun didakwa di Mahkamah Seremban hari ini mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau 1 tahun penjara atau keduanya.

Diurut Jemari Lembut

Saya baca isu rumah urut di Selangor dilaporkan semakin bertambah bilangannya.

Lesen rumah urut dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, PBT mengikut Undang-Undang Kecil Negeri. Di Selangor lesen dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007. Di negeri lain, mungkin berbeza namanya.

Selain PBT, Jabatan Imigresen juga berkuasa memeriksa dokumen pekerja pusat urut. Jika pekerja warga asing menyalahgunakan pas lawatan sosial, mereka boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Polis pula berkuasa memberkas pelanggan ‘wanted’, tersenarai penjenayah dikehendaki polis. Tidak mustahil, penjenayah juga mungkin lenguh tubuh badan dan bernafsu, justeru menagih perkhidmatan sebilangan pusat urut menawarkan khidmat seks. Manakala Jabatan Agama menggunakan Enakmen Syariah berhak menahan lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam keadaan meragukan.

Maksudnya, jika semua pihak berkuasa memeriksa operasi rumah urut secara bersepadu dan konsisten, nama pusat urut refleksologi menjalankan perniagaan mengikut undang-undang tidak akan tercemar.

Melalui pengalaman menyertai operasi pusat urut, majoriti pelanggan, golongan muda tetapi kelompok lelaki bergelar suami juga tidak terkecuali. Mereka berkunjung berulang kali untuk membetulkan urat badan terseliuh dan ‘banyak angin’.

Mungkin isteri kurang arif, suami sewaktu diurut bukan berpakaian lengkap seperti ke pejabat. Mereka hanya bertuala didampingi tukang urut berusia awal 20 an di dalam bilik (ingat perumpamaan kucing dan ikan?). Urutan jari jemari lembut tidak kematu mesti jauh nikmatnya berbanding picitan Wak Jongos berketurunan Jawa di Kelang, Selangor.

Jadi, kepada semua isteri, cubalah urut suami sendiri. Jangan malas andai enggan suami dibelai dek tukang urut sudi menawarkan ‘urutan batin’ dengan bayaran tambahan hanya RM30!

Saya Takut

Saya takut.

Saya takut dengan manusia kelihatan baik tetapi hati mereka busuk bak bangkai anjing. Dicemari perasaan hasad dan dengki. Ramai saya bertemu manusia 'spesis' ini.

Biar saya bersahabat dengan manusia berwajah bengis tetapi hati mereka seputih salji.

Apapun, satu bonus jika kita berpeluang bersahabat dengan mereka berwajah baik dan berhati baik.

Khamis, Januari 28, 2010

Pisang Berbuah Ratusan Kali

Berikut berita saya petik daripada Harian Metro semalam.

[ Kuala Langat, Selangor: Seorang jurujual yang baru beberapa hari berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki terbabit di ladang sawit di Jugra, Banting, dekat sini, baru-baru ini.

Ketika kejadian mangsa, 19, diugut menggunakan pemotong buah sawit sebelum ditolak ke dalam semak dan dirogol, malah sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun wang mangsa RM100. Dalam kejadian jam 4.30 petang Jumaat lalu itu, mangsa sedang menunggu teksi di sekitar rumahnya untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Banting sebelum suspek tiba-tiba muncul. Lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar ke tempat kerja dan mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek. Bagaimanapun, di tengah perjalanan, suspek melencong motosikalnya ke kawasan ladang sawit sambil memberitahu mangsa dia mahu mengambil barang yang tertinggal di sebuah rumah. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ditolak ke dalam semak sebelum digertak menggunakan senjata tajam dan dirogol ]

Saya tidak sedikit berasa hairan berhubung kejadian rogol berlaku kerana kes terbabit, kejadian berulang. Maksudnya, sebelum ini kes bermodus operandi sama pernah berlaku.

Apapun, mari kita analisa kenyataan paling penting dan faktor pendorong kepada kejadian jenayah boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.

[ Lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar ke tempat kerja dan mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek ]

Mengapa terlalu mudah remaja berusia 19 tahun itu membonceng motosikal individu tidak dikenali? Bukankah sejak kecil majoriti kita dinasihatkan ‘don’t talk to strangers’, usah melayan individu tidak dikenali apatah lagi mengikut arahan atau mudah menerima pelawaannya.

[ … tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek ]

Jika difikir, apakah kaedah digunakan mangsa untuk menilai ‘niat’ suspek hanya berdasarkan kata-kata dan fizikal lelaki itu sehingga dia [ hanya menuruti pelawaan suspek? ]

Kepada ibu, ayah, teman lelaki dan suami, tolong ingatkan anak perempuan, teman wanita dan isteri agar tidak terjebak dalam kejadian sama. Pisang ini bukan berbuah dua kali tetapi berulang kali, mungkin mencecah bilangan ratusan kes di negara kita.

Jika berita sama dibaca dek penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, pasti beliau terkilan. Saya percaya sudah berbuih mulut beliau mengingatkan masyarakat, usah terlalu mudah terpedaya dengan pujuk rayu individu tidak dikenali namun kejadian sama masih berlaku.

… dan akan terus berlaku.

Saya yakin.

Rabu, Januari 27, 2010

Bukan Mencarut!


Kes 4 Kepala Babi

Diberitakan subuh tadi, kepala babi ditemui di dalam kawasan Masjid At-Tarmizi di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur beserta wang tunai RM35. Pasukan polis forensik dan unit anjing pengesan K-9 dilaporkan berada di lokasi menjalankan siasatan. Pada ketika ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilapor berada di lokasi.

Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun juga dikatakan ditimpa kejadian sama.

Menuduh bangsa tertentu melakukan perbuatan khianat terbabit, satu kesilapan besar selagi tiada bukti kukuh.

Apapun, mengikut hemat saya, jelas ada kelompok bersungguh-sungguh benar ingin melihat perpecahan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

3004

Dilaporkan lebih 3 juta blog wujud, hasil tulisan rakyat Malaysia. Sebilangan bloggers bergelar 'jutawan blog'. Setiap hari blog mereka dilawati ribuan pembaca, majoriti pembaca setia dan baharu.

Blog ini mula ditulis pada 13 Mei 2008. Semalam 26 Januari, blog ini mencatat 3,004 'unique visitors' dan 1,450 followers.

Justeru, di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembaca sudi melayari blog 'Bersama Mazidul'. Lawatan anda, semangat bagi saya terus menulis untuk berkongsi pandangan dan pengalaman 'Hitam Putih Kehidupan'.

Saya akur tidak semua bersetuju dengan hasil tulisan dan pandangan saya lontarkan namun itulah manusia. Pandangan dan citarasa berbeza.

Salam.

Mazidul Akmal Sidik.

Marahkan Pengguna Facebook Bukan Agama Mereka Anuti

Saya tertarik dengan komen ‘ged’ di tempelan 'Budak Hingusan Hina Nabi' (di bawah). Malangnya setelah diperiksa 'ged' tidak mempunyai profile lengkap untuk pembaca blog ini mengenalinya.

Jadi saya menganggap, catatan saya petik dari komen 'ged' sekadar tindakan melontar batu sembunyi tangan. Apapun, bagi saya itu tindakan normal bagi kelompok 'tin kosong', bunyi kuat tanpa isi.

Komen 'ged':

‘Salam bro Maz, saya kurang bersetuju dengan posting bro kali ni, tapi saya faham itu tanggungjawab bro sebagai seorang Muslim untuk mempertahankan dan memperjuangkan agama dan kepercayaan bro Maz. Cuma realiti di Malaysia bukan hanya agama Islam yang selalu dihina, agama lain LEBIH kerap atau MUNGKIN SENTIASA menerima nasib yang sama'

Komen saya:

Ya 'ged', tepat kenyataan awak. Sebagai penganut agama Islam saya bertanggungjawab mempertahankan dan memperjuangkan agama saya. Untuk pengetahuan awak, jarang saya berjumpa orang Islam menghina ugama lain seadainya mereka tidak diprovokasi. Awak boleh mengemukakan bukti sekiranya terjumpa orang Islam menghina agama lain TANPA sebab. Saya dan pembaca lain pasti akan mengutuk tindakan bercanggah dengan tuntutan Islam itu. Jika tiada bukti sahih, saya menganggap komen awak sekadar tanggapan atau ‘pure assumption’ semata-mata. Kenyataan awak mengatakan 'agama lain LEBIH kerap atau MUNGKIN SENTIASA menerima nasib yang sama', cukup subjektif. Justeru saya menganggap itu juga tanggapan awak sahaja.

Komen 'ged':

‘Pelik gak kan sebab rasanya lagi BANYAK muslim di Malaysia yang mengutuk/menghina bangsa lain. So kalau orang lain pun buat benda yang sama jangan la pulak nak terasa sebab kamu pun buat benda yang sama jugak kan. Kalau tak percaya pegi la buka kat youtube atau mana2 blog, cuba tengok ayat "seorang muslim" yang digunakan, tidak mencerminkan keIslamam langsung. Jadi janganlah cepat terasa, dunia ini bukan untuk umat Islam sahaja, perhatikan dahulu sekeliling, jangan perasan diri sendiri baguih sangat noh’

Komen saya.

Kenyataan berulang awak, juga satu tanggapan. 'Pelik gak kan sebab rasanya lagi BANYAK muslim ... '. Perkataan 'rasa', justifikasi jelas, catatatan terbabit sekadar telahan sahaja. Saya yakin 100%, tidak semua perkara awak 'rasa' itu ternyata benar. Andai awak yakin benar, sila kemukakan secara spesifik bukti nyata.

Komen 'ged':

‘Muslim di Malaysia boleh kira beruntung sebab boleh berbicara perkara sensitif tentang agama lain tanpa teragak2, tapi klu bangsa lain mulakan dulu, lu fikir la sendiri, buka mata dan jangan hipokrit, saya percara ajaran Islam tidak mengajar begitu bukan?’

"Kalau kamu boleh buat kami juga boleh" '

Komen saya:

Islam, agama rasmi Malaysia. Itu hakikat dan tercatat di dalam Perlembagaan Negara. Saya tidak pasti samada awak beragama Islam atau tidak tetapi berdasarkan kenyataan terakhir awak ‘kalau kamu boleh buat kami juga boleh’, tidak menggambarkan awak beragama Islam. Namun itu tidak salah, umat Islam di negara ini khususnya sentiasa menghormati penganut agama lain.

Untuk pengetahuan kamu, kenyataan Lynette Lincoln ‘not nabi muhammad’ tapi ‘babi muhammad’, penghinaan besar kepada penganut agama Islam. Lynette dan rakannya dilihat 'berbicara perkara sensitif tentang agama lain tanpa teragak-agak' (seperti komen awak) melalui komen mereka di Facebook. Itu kenyataan berbukti (tulisan dan gambar), bukan sekadar tanggapan seperti kebanyakkan daripada komen awak lontarkan.

Muhammad, rasul terakhir utusan Allah, itu kepercayaan umat Islam di seluruh dunia. Pastinya tidak bagi kamu, jika kamu mempunyai kepercayaan berbeza berbanding Islam. Apapun, saya dan pembaca lain tidak bermaksud untuk mencerca agama lain. Buktinya, lihat sahaja SEMUA komen mereka di tempelan sama. Majoriti mereka ternyata marah kepada 2 pengguna Facebook terbabit berhubung kenyataan menghina nabi tetapi tidak sesekali mereka menghina agama anutan 2 pengguna Facebook terbabit.

Jelas?

Bro 'ged', izinkan saya berkongsi cerita pendek bersama awak dan pembaca lain.

Suatu ketika dahulu saya berjalan berhampiran ibu dan ayah beranak 2 berbangsa Melayu melintasi gerai peniaga berbangsa lain.

Daging babi salai tergantung menarik perhatian anak mereka, saya anggarkan berusia 6 tahun.

"Yuks! Babi," kata anak itu.

Pantas ayahnya menegur, marah.

"Jangan cakap macam itu, tidak baik, itu makanan mereka"

Ya 'ged', babi itu haram di sisi Islam tetapi memandang hina terhadap makanan bangsa lain dilarang Islam, inikan pula agama mereka.

Selasa, Januari 26, 2010

Budak Hingusan Hina Nabi

Sebelum ini banyak pihak dari negara luar menghina nabi junjungan Muhammad S.A.W. melalui pelbagai cara. Namun penganut agama Islam di Malaysia jarang boleh mengambil tindakan selain daripada membuat bantahan.

Kini pemilik akaun Facebook saya percaya warga negara ini secara terang-terangan menghina nabi. Gambarnya disertakan sekali.

Saya telah memadamkan akaun Facebook sebelum ini.

Kepada pelayar masih aktif di laman sosial terbabit, sila ingatkan pemilik akaun, Lynette Lincoln dan rakannya Joanna Ann agar tidak berterusan terlalu celupar mengulangi perbuatan mampu menyusahkan kehidupan mereka. Tolong dapatkan maklumat berhubung pengguna Facebook ini, biar kita bogelkan identiti mereka. Mengatakan 'babi Muhammad', tindakan amat keterlaluan.

Jika dia ada di hadapan saya, pasti mulutnya telah lama kena cabai.


Kalau masih hingusan tidak pandai menghormati ugama lain, mungkin ibu dan ayahnya boleh diajar terlebih dahulu.

Apa lagi tidak dihina? Sultan, nabi dan Allah, semua sudah.

Blogger 29 Tahun Menyerah Diri

Saya difahamkan blogger, peniaga berusia 29 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan jam 4.40 petang semalam.

Berita penahanan blogger itu kemudian disiarkan dalam Night Line.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff, suspek berasal dari Paroi, Negeri Sembilan terbabit akan dibawa ke Johor Bahru, Johor untuk siasatan lanjut.

Manakala Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata menghina sultan mangkat, tindakan tidak bertamadun dan bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang kita.

Baca komen tempelan 'Raja' menulis laporan khas berhubung Sultan di sini. Rupanya ramai manusia gemar melemparkan komen negatif berhubung insan sudah tiada di alam fana ini.

Termasuklah komen di Facebook berikut. Nampaknya dia kepingin benar bercuti. Andai ditahan polis pasti dia menangis walaupun telah mendapat cuti diidamkan gadis dipercayai tinggal di Johor ini.

Isnin, Januari 25, 2010

Pak Cik Semakin Berusia - Updated

25 Januari, hari bersejarah bagi saya. Hari saya menjadi semakin tua. Dahulu ketika berusia awal 20 an, anak kecil memanggil saya 'abang'. Pada usia 30 an, sebilangan mereka mula berasa keliru.

"Abang Mazidul," kata mereka.

"Ish! Bukan abang lah, pak cik," tegur ibu atau ayah mereka.

Hari ini sah, saya tidak mampu lagi lari di panggil 'pak cik' atau 'uncle'. Malam nanti saya akan catatkan sebabnya, InsyaAllah.

Menggunakan ganti nama untuk panggilan orang lebih tua, cara Melayu. Janggal nadanya andai orang muda memanggil nama orang lebih tua begitu sahaja. Apapun, jika diperhatikan segelintir anak muda kini sudah lupa berhubung penggunaan ganti nama terbabit. Jadi, usah hairan jika ada orang muda berusia setahun jagung, hilang perasaan hormat, tanpa berfikir panjang sanggup menghina sultan mangkat.

Update Ha! Ha! Ha! Hari ini bukan hari jadi saya. Mengikut surat beranak, saya dilahirkan pada 19 Mac 1967. Apapun, terima kasih kepada pembaca mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran lebih awal berbanding tarikh sebenar.

Berikut kisah ingin saya kongsikan.

Jam 6.30 petang tadi saya tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Saya bertemu dengan bayi dilahirkan pada jam 9.44 pagi tadi dengan berat 2.48 kilogram kali pertama pada jam 6.46 petang.

"R-a-y-y-a-n namanya," kata ibunya.

Ibunya, Maizatul Azlin, satu-satunya adik kandung perempuan saya. Seorang lagi adik saya, Mushairil Azmil, 27 tahun (gambar terakhir di bawah), masih bujang. Ayah Rayyan, Saiful Yusri Yusof (gambar ketiga dari atas).

Pada awalnya saya ingatkan 'Rayyan' nama orang putih.

"Rayyan maksudnya pintu syurga," kata abah.

Apapun, kulit anak saudara pertama saya ini putih sedikit berbanding warna kulit saya ketika bayi. Diberitakan ketika dilahirkan 42 tahun lalu warna kulit saya memang gelap, barangkali kerana pada waktu itu tiada bekalan elektrik di kampung berbanding bilik bersalin di HUKM, terang benderang, banyak lampu. Ha! Ha! Ha! That's just an excuse, jangan percaya.

Sebenarnya, ibu Rayyan bimbang jika anak sulungnya kuat menangis malam. Kenapa? Kerana dia sewaktu kecil, kata orang tua, kena sawan tangis. Dia menangis pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam dan subuh. Mujur abah kami mampu memujuknya dengan marhaban hampir 24 jam sehari. Andai Rayyan kuat menangis, bukan kejadian menghairankan. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Namun, saya harap Rayyan menjadi bayi baik, menangis hanya apabila perlu.

Berikut beberapa gambar bayi bakal memanggil saya 'pak cik' jika dia pandai bercakap kelak. Menurut emak, saya mula petah bercakap ketika berusia 9 bulan. Saya harap Rayyan akan mampu bercakap lebih awal.

Padah Buruk Aduka Taruna

Berikutan tempelan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Jumaat lalu di blog Aduka Taruna, jawatankuasa penyiasat ditubuhkan. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff, 25 laporan polis dibuat mereka berang berhubung tempelan terbabit.

Semalam lebih 500 orang berkumpul berhampiran Mahkamah Johor Bahru membantah kandungan tempelan blog sama.

Kes akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersama Akta Hasutan 1948.

Benar kata pujangga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (tulisan) buruk padahnya.

Ahad, Januari 24, 2010

Go To Hell With Aduka Taruna!

Tiba-tiba nama blogger 'aduka taruna' menjadi ‘infamous’. Rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya, marah dengan penulisan dangkal blogger terbabit.

Ramai pembaca blog adukataruna berpendapat dia menulis menggunakan kepala lutut, bukan pemikiran waras. Bagaimanapun dia kemudian memadamkan tempelan ditulis dan membuat kenyataan memohon maaf, barangkali kerana gentar dengan laporan polis didakwa dibuat individu tertentu .

Apapun ada blogger lain sempat merakamkan screenshot tempelan ringkas tulisannya, boleh dibaca di sini.

Jika dia menulis tempelan terbabit mengulas berhubung kemangkatan pembesar negara, saya sekeras-kerasnya mengutuk tindakan dungunya itu.

Adukataruna, whoever you are, go to hell with you!

Ouk! Ouk! Ouk!

Orang zaman batu, pakaiannya diperbuat daripada bulu tebal binatang dan dia tinggal bersama keluarga di dalam gua sejuk dan tersorok untuk mengelak diserang haiwan ganas. Batu diasah menghasilkan senjata tajam, pisau, kapak dan lembing digunakan untuk berburu dan memotong bahan mentah sebelum dimakan.

Dia juga menggunakan bahasa tidak difahami masyarakat moden.

“Ouk! Ouk! Ouk!”

Begitu antara gambaran bahasanya mengikut tafsiran sebilangan kartunis dunia.

Jika dia dihidupkan kembali, apa bakal terjadi mengikut imaginasi anda sekiranya orang zaman batu itu diletakkan di tengah bandaraya Kuala Lumpur?

Ghairah Tidak Bertempat

Jam 2.30 pagi tadi sewaktu memandu pulang ke rumah saya terlihat pasangan bercumbuan di dalam kereta Kelisa di hadapan saya. Berkebetulan, lampu isyarat berwarna merah. Saya besarkan mata, bukan sekali, berulangkali mereka bercumbuan diselangi tawa.

Sekilometer kemudian, sewaktu memandu di lorong paling kiri tiba-tiba kereta sama meghimpit kereta saya. Terperanjat dan hampir terbabas, pantas saya membunyikan hon, pemandu dan penumpang terkejut. Sempat saya menjeling gadis berbadan gempal, berpakaian seksi duduk di kerusi penumpang. Pemandunya berkemeja, berambut pendek dan bertubuh kurus tersenyum memerhatikan saya, si gadis kelihatan keliru.

Geram, saya mengekori kereta Kelisa terbabit.

Hah! Rupanya pasangan itu tinggal berhampiran rumah saya, di apartment berlainan. Ketika memberhentikan kereta berhampiran pos pengawal, saya perhatikan Kelisa itu dipandu masuk ke kawasan apartment.

“Couple mana desperate sangat sampai bercium tidak berhenti di dalam kereta, cemas terlanggar kereta saya,” saya mengadu kepada pengawal bertugas.

“Driver itu pengkid dengan girlfriend dia. Mabuk lah tu,” ujar pengawal keselamatan sambil menulis buku laporannya.

“Kalau pun sudah tidak tahan sangat, jangan lah sampai macam itu, bodoh!,” balas saya.

Sebelum ini saya pernah menulis berhubung gay, ramai golongan sama marah. Kini saya tidak ambil kisah. Teguran telah saya lakukan, andai mereka ingin meneruskan gaya hidup dijalin nafsu songsang, itu hal mereka. Tanggungjawab saya selesai.

Kini, pengkid pula kelihatan lebih melampau. Perempuan, buat cara perempuan. Maksudnya dia masih berpayu dara dan alat jantinanya sama seperti perempuan lain.

Sebelum ini pengkid diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan, barangkali pengkid terbabit tidak ambil pusing berhubung hukum. Apapun, jika terlalu ghairah dan amat kepingin menggomol teman berjantina sama itu, balik kerumah dan berasmaralah sepuas dan selama mungkin, itu hal mereka.

Tetapi bukan di dalam kereta dipandu laju di jalanraya kerana tindakan melampias nafsu tidak bertempat mengancam keselamatan orang lain.

Bangang pengkid itu!

Sabtu, Januari 23, 2010

Pelacur Lelaki Berlesen

Pelacur, biasanya perempuan. Faktor pembeza, harga dan servis ditawarkan.

Kini di Amerika Syarikat, Markus, dinobatkan pelacur lelaki, ‘gigola’ pertama berlesen setelah Nevada meluluskan permintaan rumah pelacuran Shady Lady menggajikannya beberapa minggu lalu.

Pada usia 25, Markus semestinya ‘bertenaga’.

Namun dia dikatakan enggan melayan lelaki gay dan tindakan bekas pelajar kolej juga aktor filem lucah itu direstui majikannya, Jim dan Bobbi Davis.

Tidak disangka, biar seburuk itu kerjayanya, Markus langsung tidak berminat memuaskan lelaki bernafsu songsang. Terfikir, jika dia menawarkan khidmat seks kepada golongan gay di Malaysia, berkemungkinan besar setiap minit dia mempunyai pelanggan.

Curi Ayam Yuk!

Ada orang marah kerana saya menggunakan perkataan 'lonte', bukan 'pelacur', 'germo' bukan 'bapa ayam' di dalam laporan khas 999, 'Kupu Kupu Malam Batam', 21 Januari lalu.

Kata mereka, perkataan 'lonte' bermaksud 'jalang' dalam Bahasa Melayu. Saran mereka, lebih molek jika perkataan lebih lembut, 'pelacur' digunakan. Saya menerima kritikan itu dengan hati terbuka.

Apapun biar saya jelaskan di sini.

2 perkataan terbabit bukan ciptaan saya.

Berikut skrip asal perbualan saya bersama pemandu teksi, 'Ujang', 48 tahun mendakwa pernah bekerja di Malaysia selama 8 tahun dan fasih berbahasa Melayu.

Mazidul: 'Kalau di Malaysia bapa ayam, di sini panggil apa?'

'Ujang': 'Germo'.

Mazidul: 'Kalau perempuan, pelacur panggil apa?'

'Ujang': 'Lonte'

Melalui pengalaman berada 3 hari di Pulau Batam, hemat saya, tidak banyak perbezaan maksud perkataan 'lonte' dan 'pelacur', 'germo' dan 'bapa ayam'. Menurut wakil pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Batam, Yayasan Mitra Kesehatan dan Kemanusiaan, Husaini Tarmizi Widyanto, hampir 20,000 lonte menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan setiap hari. Sebahagian lonte memperdagangkan tubuh secara sukarela untuk meraih rezeki mudah manakala sebahagian lagi berhutang dengan germo dan terpaksa melakukan kerja sama untuk melunaskan hutang tertunggak.

Izinkan saya berkongsi pengalaman tidak sempat dimuatkan di dalam laporan 999 tempoh hari.

Setiap premis pelacuran bertopengkan pusat hiburan karaoke mempunyai purata lebih 20 lonte, majoriti muda, segelintir berusia sederhana. Tugas mereka mudah, berhias dan kemudian duduk secara berkumpulan di 'akuarium' bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

"Pilihlah, itu sudah kawin, itu pun sudah. Hujung sana belum," kata ibu ayam berusia 41 tahun menghampiri saya.

Purata harga mereka, 400,000 Rupiah (RM150) bagi servis 'over night', hampir 24 jam . Andai lonte berparas jelita dan berstatus bujang, harga ditambah mencecah 500,000 Rupiah.

Kata 'Diyanti', 30 tahun, lebih 100 lonte diperdagangkan di premis dia bekerja. Sewaktu berkunjung ke premis sama, beberapa 'pelancong' lelaki Melayu Malaysia terlihat kelibat saya pantas menyusup keluar sehingga tidak sempat saya bersalaman dan berkenalan. Terfikir, mengapa mereka harus lari? Apa ditakutkan? Bukan tujuan saya dan krew merakamkan visual mereka. Fikirkan, wajah lonte tidak didedahkan sewaktu siaran demi memelihara identiti mereka, apatah lagi wajah warga Malaysia.

Dalam tempoh liputan, saya berpeluang menjelajah hampir separuh pulau berkeluasan 175 kilometer persegi itu bersama jurukamera, Zulhazri Abu Bakar dan pembantunya, Ezreen Abd Talip.

Jika pemandangan indah dikatakan sasaran pelancong, saya muatkan beberapa gambar dirakam di pulau peranginan itu untuk tatapan dan penilaian pembaca. Hemat saya, tidak banyak lokasi menarik untuk dikunjungi di pulau terbabit selain padang golf dan pusat membeli-belah. Majoriti deretan kedai di tepi jalan kelihatan bak kedai di negara kita pada tahun 70 an.

Jika kepelbagaian dan keenakan makanan tempatan diidamkan, harga makanan tidak semurah dan sesedap dijangkakan. Contohnya, hidangan Nasi Padang, juadah untuk 3 pelanggan berharga RM60. Makanan dihidangkan gerai jalanan pula bukan pilihan sesuai bagi mereka mementingkan kebersihan. Noktah.

Majoriti pelancong, warga Singapura diikuti Korea dan Malaysia. Dari pengamatan saya, kebanyakkan pengunjung, lelaki. Selama 3 hari, saya hanya bertemu seorang wanita, ibu 2 anak menetap di hotel bersama suaminya.

Kunjungan saya ke penempatan semula 6 premis pelacuran di Tanjung Unjang, menarik. Bermula jam 8 malam, di hadapan setiap rumah 'one stop center' (pusat hiburan menyediakan bilik untuk perkhidmatan seks tempoh singkat) 'bersidaian' puluhan lonte berpakaian seksi.

"Di sini ada terma 'curi ayam'," kata 'Ujang'.

"Maksudnya?," soal saya.

"Sewaktu berhibur, karaoke atau menari dangdut, cewek boleh mengajak customer melakukan hubungan seks di bilik belakang rumah. Bahasanya 'curi ayam yuk!'," jelasnya sambil tersenyum.

Lonte di kawasan terbabit tidak boleh dibawa keluar. Kehidupan dan 'perkhidmatan' mereka dibatasi tembok simen tinggi, penghalang memisahkan mereka dengan dunia luar.

Benarkah?," soal saya.

"Tetapi kalau bapak mahu juga, itu bisa diatur," kata pekerja lelaki membisikkan kenyataan klise itu ke telinga saya.

2010, Tahun Melawat Batam dengan tema 'Experiance it!'.

Mungkin banyak lagi lokasi tidak saya terokai justeru skop penulisan ini boleh dianggap 'sempit' dek sesetengah pihak. Apapun, kesimpulan saya, Pulau Batam lebih sesuai dikunjungi pelancong lelaki bukan perempuan kerana Pulau Tioman lebih indah, pusat membeli-belah di Malaysia, 100% lebih gah.

Seperkara lagi, jangan pula selepas ini semua isteri menghalang suami berkunjung ke Pulau Batam. Nanti marah mereka kepada saya.

Hukum Menggunakan Facebook

Menurut Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam ruangan ‘Bimbingan’, Harian Metro semalam, hukum menyertai Facebook, harus.

Berikut petikan beberapa kesimpulan dirumuskan beliau.

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook, harus selagi Facebook tidak terbukti menggunakan pengaruh dan keuntungan untuk menyerang Islam melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook dinasihatkan tidak membuka dan menyertai Facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh pengguna Facebook melalakukan perkara haram.

3. Manfaatkan akaun Facebook untuk umat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang di Facebook wajar digunakan untuk mempromosikan kefahaman Islam melaui tulisan, video, audio dan sebagainya.

4. Had dan kurangkan perbincangan membuang masa berhubung soal remeh temeh.

5. Khusus bagi wanita, usah berkongsi terlalu banyak gambar peribadi sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana gambar terbabit bakal membawa mudarat berbanding manfaat.

Ulasan penuh beliau boleh dibaca di sini.

Berikut komen saya.

1. Saya telah menutup akaun Facebook dan tidak bercadang membukanya kembali. Pada masa sama saya tidak berhasrat mendorong sesiapa mengambil tindakan sama. Itu keputusan saya, anda mempunyai hak tersendiri.

2. Majoriti pengguna Facebook saya kenali kelihatan terlalu taksub 'melayan' laman sosial terbabit sehingga kelihatan tidak lengkap kehidupan harian andai tidak berinteraksi bersama rakan lain.

3. Bagi pengguna Facebook bertujuan mencari kenalan lama bertujuan mempereratkan hubungan, teruskan usaha itu.

4. Ramai pengguna Facebook berselindung di sebalik gambar dan nickname. Tindakan bijak untuk melindungi identiti tetapi sejauhmanakah mereka boleh dijadikan kawan?

5. Facebook antara laman sosial dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna mudah tertipu. Maka, berhati-hati sewaktu berinteraksi bersama kelompok tidak dikenali. Usah terlalu mudah jatuh hati dengan ayat-ayat cinta mampu mengundang bahana. Jangan sudah terantuk baharulah terngadah.

6. Usah terlalu kerap menggunakan Facebook untuk tujuan bersembang kosong sehingga mengganggu pekerjaan di pejabat. Kepada pengguna cuba menafikan kenyataan ini, 'those who are in denial', cuba jangan menggunakan Facebook sehari, anda faham maksud saya.

Jumaat, Januari 22, 2010

Desas Desus

Desas-desus kemangkatan pembesar negara di selatan tanah air bertiup kencang. Wartawan dan jurugambar sejak pagi lagi berada di hospital menunggu perkembangan terkini.

Namun setakat ini tiada pihak mengesahkan berita terbabit. Maksudnya, baginda dianggap gering.

Update Setakat jam 5.22 petang, masih tiada pengesahan resmi dilakukan. Saya dimaklumkan hanya Ketua Pengelola Diraja atau Menteri Besar berhak membuat pengesahan.

Update 5:38 petang, majlis mengangkat sumpah perlantikan Pemangku Raja difahamkan sedang berlangsung ketika ini.

Update Berita Harian : Di Johor Bahru, Johor, Jemaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata pelantikan itu berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

"Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

Update Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada 11.20 malam di sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Gaji Doktor Swasta Mencecah RM100,000

Kerajaan mensasarkan nisbah 1 doktor hospital kerajaan merawat 600 pesakit menjelang 2020.

Itu objektif murni harus dipuji untuk memastikan setiap penduduk negara ini mendapat rawatan perubatan sewajarnya.

Setakat ini, sasaran itu belum tercapai. Dilaporkan sebilangan klinik dan pejabat perubatan di Sabah dan Sarawak hanya dikendalikan pembantu pegawai perubatan sahaja berikutan kekurangan doktor.

Kerajaan pada masa sama menetapkan, waktu menunggu bagi pesakit luar untuk mendapatkan rawatan, 30 minit. Hakikatnya, purata 3 jam.

Jelas, sasaran itu juga belum tercapai.

Manakala dilaporkan 7% daripada doktor pakar memilih berkhidmat di hospital swasta.

Mengapa?

Gaji bulanan doktor hospital kerajaan di antara RM4,000 dan RM10,000 berbanding di antara RM10,000 dan RM100,000 di hospital swasta seperti dicatat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 4 Mac 2009.

Pengambilan doktor asing untuk menangani masalah kekurangan doktor dilihat tidak praktikal. Pada Ogos 2006, kerajaan menamatkan kontrak 118 doktor asing berikutan prestasi kerja kurang memuaskan selain gagal berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain kurang berdisiplin dan melanggar etika kedoktoran.

Saya percaya ramai antara kita berpeluang mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana posisi dijawat di dalam syarikat atau berkemampuan membayar kos lebih tinggi andai bekerja sendiri.

Namun, nasib golongan kurang bekemampuan juga harus diambil kira kerana mereka juga manusia, sebahagian besar, pengundi.

"Beli Bukan Mati!"

Memakai tali pinggang keledar hadapan dan belakang ketika memandu atau menumpang kenderaan, satu kewajiban.

Itu arahan pihak berkuasa berpandukan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika tidak dipatuhi, pengguna kenderaan boleh didenda maksimum RM300 tanpa kompromi.

Memakai talipinggang keledar boleh menghalang kepala dan tubuh daripada terhantuk dan terhentak ke stering dan dashboard sekaligus mengelak kecederaan parah atau kematian jika berlaku kemalangan.

Hakikatnya, biarpun nyawa dicagarkan, ramai tidak ambil pusing memakai talipinggang keledar. Remeh, leceh serta mengganggu pergerakan antara alasan acapkali dikemukakan.

Tidak lama lagi, Akta Hak Cipta akan dipinda.

Pemilik bahan cetak rompak, CD, VCD dan DVD, biarpun sekeping, boleh dikenakan hukuman.

“Di bawah Akta Hak Cipta, menjual salah tetapi tetapi membeli sekeping bahan cetak rompak tidak salah, sepatutnya kalau menjual jual salah, beli pun salah juga,” ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob.

Tambah beliau, mengikut peruntukan akta sedia ada, hanya mereka memiliki 3 keping bahan cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Apapun, pindaan akta itu tidak membabitkan nyawa. Maksudnya, sekiranya pengguna membeli bahan cetak rompak, mereka hanya boleh didenda atau mungkin dipenjara bukan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Maka, saya menjangka pindaan akta terbabit tidak akan begitu berkesan untuk membanteras jual beli bahan cetak rompak di negara ini.

"Beli, bukan mati pun!"

Mungkin itu luahan pengguna bakal kita dengar kelak.

Khamis, Januari 21, 2010

Spesis Binatang Terbaharu 'Bajing'

Ada binatang bernama ‘babi’.

Ada binatang bernama ‘anjing’.

Ini binatang spesis terbaharu, bernama ‘bajing’, campuran babi dan anjing ditemui di Indonesia.

Eski Sudah Nenen?



“Ya sayang ku. Sudah makan belum? Mana sayang? Baby, ini Mama. Ini Mama sayang ku. Cium Mama mana? Lagi dong. Hey! Anak Mama, pandai dong. Eski sudah nenen ngak?”

Itu antara perbualan di antara ‘Diyanti’, 30 tahun dan anaknya kini diasuh ibu di Cirebon, Jawa Barat.

Saya menemubual ibu kepada 5 anak itu di Hotel Golden View, Batam, Indonesia pada 14 Januari lalu.

Mula terjebak dalam kancah pelacuran sejak lebih 3 bulan 9 hari lalu akibat berhutang lebih RM4,000 (15,000,000 Rupiah) kepada bapa ayam. Setiap kali memperdagangkan tubuh, ‘Diyanti’ mendapat imbuhan RM65 sahaja. Congaklah, berapa kali lagi dia perlu menjual diri bagi melangsaikan hutang itu.

62?

Biarpun batinnya mungkin terseksa, hemat saya, sifat keibuannya tidak pernah luntur dan terkubur. Kepada anak dan keluarga, dia cuba kedengaran bahagia walaupun setakat ini dia mendakwa dipaksa melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki berhidung belang.

Saksikan laporan khas 999 malam ini,’ Kupu-Kupu Malam Batam’, jam 9 malam.

Rabu, Januari 20, 2010

Hak Memilih Itu Milik Siapa?

Lelaki dikatakan mempunyai hak untuk memilih pasangan berbanding perempuan.

Bagaimanapun jika dilihat, lelaki terpaksa membuat 'proposal' kepada perempuan samada dia sudi diterima sebagai teman lelaki atau suami.

"Will you marry me?"

Itu proposal orang putih.

"Awak sudi menjadi girlfriend saya?"

Itu proposal orang Melayu.

Jadi, benarkah lelaki mempunya hak memilih mutlak?

Selasa, Januari 19, 2010

Kes 'Charge Kepala'

Jam 12 malam, 16 Januari lalu sewaktu dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Sayam berhampiran Hotel The Zon, Johor Bahru, Johor, saya diekori lelaki tidak dikenali.

Bertubuh rendah, kurus dan usianya saya anggarkan lebih 50 tahun.

Dia Melayu.

“Aku kenal engkau. Celaka! Sial! Bangsat!,” jeritnya.

Bau arak kuat.

“Apa fasal?,” tanya saya.

“Sebab engkau, anak sedara aku mati bunuh diri,” jerkahnya lagi.

Dia bergerak menghampiri saya sambil menghamburkan kata kesat berulangkali.

“Jangan bising-bising, nanti polis datang,” pujuk saya.

Saya tahu dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Puih! Puih!

Dua kali dia meludah ke arah muka saya, namun saya sempat mengelak.

“Aku polis! Stulang Laut ini aku punya! Kau tak kenal aku lagi,” jeritnya lebih kuat.

“Kalau pak cik polis, molek sangatlah, rasa selamat saya berjalan di sini,” ujar saya.

Andai kata dia orang muda, pasti sudah lama penampar singgah di mukanya. Perasaan hormat masih wujud, pertama kerana dia orang tua, kedua, kerana tubuhnya terlalu kecil untuk saya terjah. Ketiga, amat bodoh jika bergaduh dengan pemabuk.

Lalu saya mengambil jalan lebih baik, meneruskan perjalanan ke restoran tidak sampai 20 meter dari lokasi kejadian.

Saya kemudian memesan nasi daging merah dan teh ‘O’ ais limau. Memang lapar, maklumlah di Pulau Batam, makanan mahal tetapi tidak menyelerakan.

45 minit kemudian …

Puih!

Air liur masuk ke dalam pinggan nasi saya. Lelaki tadi kembali lagi, berdiri di hadapan saya namun pantas di tolak taukeh restoran dan pembantunya.

Saya kemudian mengikut lelaki terbabit diiring keluar dari restoran. Sewaktu melintas jalan berhampiran kedai, dia berpaling pantas cuba menghampiri saya sekali lagi. Tetapi kali itu dia tersilap, kesabaran saya ada batasnya.

Dengan satu tolakan dia tersungkur dan tersembam di atas jalanraya. Mengaduh kesakitan, dia kemudian bingkas bangun dan beredar.

1. Dia mendakwa anak saudaranya membunuh diri kerana saya. Perincian kes tidak dimaklumkan.

2. Dia mendakwa kononnya anggota polis. Saya pasti kenyataan itu tidak benar. Polis selalunya tidak mengaku polis, tambahan pula apabila mabuk dan bertindak liar. Gagal menunjukkan kad kuasa, dia boleh dituduh menyamar penjawat awam.

Sewaktu tiba di pekarangan hotel pada jam 2 pagi, pekerja di lobi bersuara.

“Orang tua itu, bila siang, dia kerja membersihkan kawasan di sekitar Stulang. Malam dia selalu minum (arak), charge kepala. Apabila mabuk, jadi macam itulah, huru-hara. Kerja asyik hendak bergaduh”

Apapun, sukar berhadapan dengan orang tua kurang ajar.

Teguk Arak

Dia berusia 72 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam masih meneguk arak bak minum air sejuk.

Lambang kemodenan atau ketagihan tidak terhindar?

Ahad, Januari 17, 2010

Lonte Batam

Sewaktu tiba di Pulau Batam, Indonesia pada 14 Januari lalu, hati saya berdebar. Memasuki negara jiran tanpa memohon visa bekerja, satu risiko. Saya dan krew 999 berhadapan kebarangkalian dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana membuat rakaman video tanpa permit.

Namun kerisauan itu saya pendamkan buat seketika. Misi ke Batam bertujuan membongkar kisah ‘Ranjang Persundalan’ kami teruskan.

“Bos, to tell you the truth, ramai orang kenal you di Batam sebab TV3 clear di sini,” ujar jurukamera, Zulhazri Abu Bakar.

“Saya pakai topi,” balas saya ringkas.

Hazri tersenyum biarpun saya tahu dia bimbang jika laporan tidak berhasil.

Pada hari pertama, 4 rumah pelacuran kami kunjungi. Di satu daripada premis karaoke, wajah saya dicam pelacur sedang melayan pelanggan dari Malaysia. Hazri memaklumkan perkara terbabit kepada saya.

Beberapa minit kemudian, dalam samar kegelapan, bapa ayam atau ‘papi’ menghampiri saya.

“Kamu bukan itu 999 ke?,” soalnya.

Saya membalas secara secara berseloroh.

“Bukan! Saya 666”

Samada dia percaya atau tidak, saya tidak pasti. Jelasnya tiada antara pelacur di premis terbabit sudi datang menghampiri saya biarpun beberapa daripada mereka kelihatan selesa dan gembira melayan pengunjung lain.

Kurang 20 minit kami beredar selepas Hazri mendendangkan beberapa lagu Indonesia.

Pada malam 16 Januari, Hazri menggunakan kamera ‘pin hole’ dilekat di lubang butang baju berjaya merakamkan visual ‘Cewek akuarium’, gadis dipamerkan secara berkumpulan untuk pilihan pelanggan. Majoriti mereka berusia di antara 22 dan 28 tahun berasal dari Jawa dan berstatus ibu tunggal. Sebilangan lagi, anak dara 'terpakai'.

“Saya pernah bekerja di Jakarta (sebagai ‘lonte’, pelacur) sewaktu berusia 16 tahun dan kemudian berhijrah ke Batam,” ujar ‘Jeny’, 22 tahun ketika ditemubual menggunakan kamera tersembunyi.

“Bagaimana kamu start?,” soal saya.
“Cemburu dong melihat teman sekampung sering mengirim jutaan rupiah kepada keluarga, hidup mewah. Dia mengajak saya ke bekerja, lalu saya ikut. Terlalu kasihan melihat ibu di kampung sudah tua tidak bekerja. Saya cuma kepingin membantu. Bagaimanapun apabila sudah bekerja, rupanya kerja ini tidak semanis digambarkan,” jelasnya kelihatan gusar.

“Pastinya kamu sudah bosan melayan lelaki?,” soal saya kepada rakannya, ‘Katy’, 28 tahun, duduk di sebelah.

“Ya. Bosan tetapi saya masih ada kontrak, hutang untuk dibayar,” kata lonte pernah dikecewakan beberapa lelaki sebelum ini.

‘Jeny’ dan ‘Katy’ berasal dari desa sama, Cirebon, Jawa Tengah.

“Kamu bekerja seperti ini kerana membalas dendam?,” soal saya kepada 'Jeny'.

Dia mendakwa ditinggalkan teman lelakinya pada usia 16 tahun.

“Ia,” jawabnya ringkas.

Setiap kali sebelum temubual, Hazri terlebih dahulu memasang mikrofon dan kamera tersembunyi di bilik hotel. Sesekali, dia dan pembantunya, Ezreen turut mencelah, bertanyakan beberapa soalan kepada lonte dibayar 500,000 rupiah bersamaan RM190 setiap seorang.

“Lelaki bagaimana menjadi pilihan kamu?,” soal Hazri kepada ‘Katy’.

“Dia semestinya baik dan jujur,” balas gadis agak pemalu itu.

“Jujur? Kerana kini kamu dijual lelaki tidak jujur?,” saya menyampuk.

‘Katy’ kelihatan tergamam lalu terdiam buat seketika.

Rakaman perbualan bersama ‘Jeny’ dan ‘Katy’ akan disiarkan di 999, pada Khamis, 21 Januari akan datang.

“Ayah ibu tahu kamu bekerja seperti ini?,” tanya Ezreen.

“Ya, tahu,” jawab mereka berdua serentak.

Ayah ‘Jeny’ dan ibu ‘Katy’ sudah meninggal dunia.

“Tahu daripada orang lain tetapi mereka tidak percaya,” sambung ‘Katy’.

Krew 999 turut berkunjung ke Kompleks 1001 Malam, di Tanjung Unjang, ‘One Stop Center’, pusat hiburan dan premis menawarkan khidmat seks lebih 700 lonte.

“Dahulu pemerintah berhasrat menjadikan kompleks ini premis pemulihan bagi lonte. Mereka sepatutnya tinggal di dormitories, diajar berhubung risiko HIV dan AIDS. Lonte diberi peluang belajar kemahiran diperlukan untuk mereka berhadapan tuntutan hidup di dunia luar tetapi kemudian kawasan seluas 9 ekar ini bertukar menjadi penempatan pelacur,” ujar Pengurus Harian Yayasan Mitra Kesehatan dan Kemanusiaan, Husaimi Tarmizi Diyanto

“Ada berapa banyak pusat hiburan di kawasan ini pak?,” soal saya kepada.

“Kesemuanya 38,” balasnya

Pada jam 8 malam, 999 berpeluang meninjau ratusan lonte ‘bersidaian’ di hadapan pusat hiburan juga dijadikan tempat memuaskan nafsu pelanggan, secara ‘short game’, dengan caj RM70.

“Bagaimana dengan kadar HIV/AIDS di sini?,” tanya saya lagi.

“Daripada 80 diuji, 48 positif,” balas pengurus pertubuhan bukan kerajaan terbabit.

Kepada pembaca, Pn. Liza, itu jawaban kepada soalan anda.

Sabtu, Januari 16, 2010

Telaga Punggor



Nota Gambar di atas saya rakamkan di Telaga Punggur, Batam, Indonesia.