Selasa, Oktober 14, 2008

Andalusia

Ramai mempunyai impian melanjutkan pelajaran ke menara gading demi memburu segulung ijazah (Degree). Tidak berpuashati dengan hanya ijazah, mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (Master) dan kemudian ijazah kedoktoran (Phd).

Bagi lelaki tidak timbul masalah. Malang bagi wanita ..

“Huih! Tak berani aku nak pinang. Dia ada Phd tu, aku degree jer,” komen lelaki.

Akhirnya ramai wanita berpelajaran tinggi bergelar ‘Andalusia’, Anak Dara Lanjut Usia, membujang sepanjang hayat.

Mengapa jadi begitu?

18 ulasan:

  1. takut nak pinang kerana pHD itu mentaliti orang dulu. Now lelaki sekarang, saya nampak tak takut tapi kejar, sebab dia tau dia tak perlu susah payah tanggung makan minum belanja pelbagai. Semuanya kerana RM. Ada suami orang, lagi suka kalau ada andalusia nakkan dia, jadi yang ke 2 atau ke 3. For ladies, hopefully mereka tak tertipu, biarlah apa orang kata, andalusia ke, janda ke, jangan tanggung biawak hidup, jangan jadi kuli atau isteri yang dipergunakan. perkahwinan tu sangat baik dan adalah perkongsian susah senang, bukannya menjadikan wanita mangsa.

    Saya suka melihat pembaca berita Hamidah Hamzah, sabar hinggalah berjumpa jodoh yang baik untuknya.Contoh saja ye, jangan marah.......... Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Setuju dgn 'tanpa nama'. Semua point dia dah cakap.

    BalasPadam
  3. jodoh pertemuan d tangan tuhan..bezanya cepat n lambt je...
    tiada istilah andartu ke andalusia ke sbb ada kalanya baik untuk seseorang perempuan tu d temukan lambt dengan jodohnya...

    lelaki mane sanggup terima perempuan yg lebih pandai o tinggi pangkatnyer..tercabar la ego...

    BalasPadam
  4. Akmal,

    Saingan kerjaya pada masa kini mungkin memaksa mereka membuat keputusan begitu.. wanita kini lebih optimis, lantas kerjaya diutamakan. kesian juga..kena dengar nasihat tanpa nama..banyak sekali kes begini berlaku sekarang..

    BalasPadam
  5. Fitrah lelaki itu memimpin, rasa kalah terhadap tahap pendidikan wanita yang ingin dijadikan isteri itu adalah perkara biasa.

    Pemimpin adalah pembuka laluan kepada orang yang mengikutinya, maka dia berasa berada di belakang itu bukan sifat pemimpin dalam jiwa lelaki.

    Walhal dalam beberapa keadaan, berada di belakang itu juga kualiti pemimpin yang baik.

    Ada lelaki yang rendah pendidikan, tetapi beliau menonjol dalam bidang lain.

    Di sini beliau menjadikan ia ruang memimpin. Sebagai contoh wanita si PhD itu mungkin seorang book-smart, tetapi dalam kebanyakan hal lelaki yang menjadi street-smart memainkan peranan menampungi kekurangan pengalaman si wanita.

    Saya rasa di sinilah apa disebut dalam Quran bahawa lelaki dan perempuan itu saling melengkapi.

    Dalam satu segi, lelaki sedikit sebanyak berhadapan dengan ego-bodoh dan mempunyai ego-pandai.

    Ego-pandai ini adalah kemahiran belajar dan menampung kekurangan diri dengan belajar daripada orang lain.

    Ego-bodoh ini, faham-faham sahajalah. Ia sebaliknya.

    Tapi dalam satu kes, ada juga lelaki menjadikan kepandaian perempuan sebagai cara dia meningkat.

    Saya kenal seorang lelaki, isterinya ijazah suami itu setakat STPM. Ketika berkahwin si suami hanya kerani, si isteri itu pegawai bank.

    Lelaki itu akui dia rasa rendah diri kerana dia adalah contoh kepada anak-anak. Walhal si isteri tidak kisah pun lulusan akademiknya.

    Tapi kepandaian isteri membuat dia berusaha. Bermula dengan mengambil sijil jangka pendek di universiti sekarang ini dia sambung diploma pula.

    Sambil bekerja sambil belajar. Ditambah lagi dia gunakan sepenuh kudratnya bukan sahaja di pejabat, dia usahakan agro tani dan MLM.

    Ini juga contoh ego-pandai. Dia tidak mengakui kekurangan dengan membuktikan segala macam keupayaan.

    Bagi saya untuk perempuan pandai yang mahu memikat lelaki ini ialah bukan menunjukkan dia pandai dalam akademik sebagai pembuka pintu hatinya. Tetapi pandai mengiktiraf perbezaan, pandai mengiktiraf kejayaan kecil dan besar dan pandai mengurus hati dengan akhlak yang menyejukkan hati, semua itu jadikan lelaki itu lupa sebentar ketinggian akademik wanita yang didepannya kini.

    Sekadar pandangan kecil.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  6. apasal jadi isu kalau perempuan lambat kahwin?kenapa laki lambat kahwin takde pun yang mahu jadi isu?apa masalahnya bila seorang perempuan memilih untuk membujang?tak perlu tahu sebab apa.kalau seorang perempuan bahagia dengan jalan yang dipilih,siapa kita nak persoalkan mengapa? :)

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama, huh! tak perlu memiliki Phd, saya yakin ramai wanita kini menanggung biawak hidup, hanya kerana CINTA.

    Knowlee dan Tanpa Nama, boleh jadi kawan baik ..

    Atie, lelaki pun ramai membujang hingga ketua, panggil apa yer? LELUSIA?

    Mimi, rela ke hidup tanpa suami dan keluarga hanya kerana memburu kerjaya?

    Blog rasmi, 'lelaki dan wanita saling melengkapi' .. yup! Kadang kadang timbul persoalan, siapa lebih melengkapi?

    Cabincrew, sebab lelaki lambat kahwin masih 'segar'. Perempuan kan LEBIH cepat kelihatan tua biarpun usia mereka lebih panjang berbanding usia lelaki.

    BalasPadam
  8. apa ada pada title andartu/andalusia tu semua??!

    seandalusia or seandartu kaum wanita ni pun mostly nya.. depa tak menyusahkan org lain... very independent gitu...

    dan takde masaalah sangat sebenarnya.. asalkan pandai menjaga diri sudahlah..

    biarlah mulut org tak renti berkata...asalkan golongan tu tau membawa diri mereka ke mana saja berada...

    (wahh..emotional pulak aku yg dah beranak 3 ni..hehehe..)

    BalasPadam
  9. ANDARTU? Aduh! itu lah status yg paling digeruni oleh setiap wanita. ada betulnya jugak wanita yg berkerjaya & educated memilih sgt, nak cari suami pun mesti sebaris dgn dia.. baru sama level.

    Mana nak yang cikai2, dia ada PHD takkan nak cari lelaki yg kerja kilang. Jatuh saham. Malu pada org sekeliling.. bila dah cerewet sgt org lelaki pun takut nak dekat. sbb tu ar tak kawin2..

    Bila dah pegang gelaran tu, jgn nak salahkan takdir, alasan jodoh pertemuan kat tgn Tuhan. Parah la gitu!

    BalasPadam
  10. huhuhu...kita salah sorang tau yg join group ANDALUSIA nie..mudah2 an Allah mempercepat kan jodoh hamba Nya ini...Amin...

    BalasPadam
  11. sebab laki lambat kahwin masih segar,dan perempuan cepat nampak tua,maka statement ini memberi lesen kepada kita untuk mengupas isu andalusia ni?biar laki atau perempuan kahwin lambat, atau tak mahu kahwin sekalipun, siapa kita nak persoalkan keputusan mereka?dan tak perlulah nak salahkan perempuan belajar tinggi sebab alasan andalusia..saya tak rasa mereka malang pun..

    BalasPadam
  12. saya pun memang takut la education bakal isteri saya nanti lebih tinggi dari saya... takut nanti jadi lady boss... hahahaha...

    BalasPadam
  13. suka baca komen blog rasmi...

    tapi terpikir gak.. kalau sebaliknya.. isteri tiada ijazah .. adakah suami akan berusaha untuk membantu isteri menyambung pelajaran seperti cerita itu...

    emm...patut difikirkan...

    BalasPadam
  14. Akmal,

    wanita berkerjaya juga banyak membantu suami dari segi ekonomi keluarga.. tak slah kalau mereka memilih karier dulu, kahwin, kalau dah datang jodoh..zaman sekarang lelaki juga banyak memilih wanita berkerja daripada yang tidak bekerja sebagai pasangan.

    BalasPadam
  15. em topik panas.. setuju gak dengan komen tanpa nama yg mula2..

    lelaki mcm2 jenis ada..perempuan pun sama..

    setuju dgn pndapat tanpa nama tu, lelaki skg ni byk je kejar ppuan yg belajar tinggi/berharta.. suruh belikan itu, belikan ini (pengalaman :P)

    andartu pulak selalunya kacau suami orang (bukan semua).. ramai yang saya nampak kahwin dengan officemate.. Suami orang, kahwin dengan andartu yang sama berkerja satu pejabat, jadikan isteri kedua.

    satu lagi komen, tak semua perempuan belajar tinggi lady boss.. yang xbelajar tinggi pun ada lady boss jugak.. terpulang pada individu tu sendiri.. kalau dari asalnya memang suka jadi boss, mmg susah nk ubah personaliti mcm itu.. :)

    BalasPadam
  16. klakar...
    tatau nak ckp ape...
    tp mmg ramai biawak idup skang nih..
    huhu..
    Phd...
    kengkadang family jugak yg halang kerana tak setaraf pendidikan...
    tu yg ramai kawen lari tu..
    hak3..
    renungkan la..

    BalasPadam
  17. tapi kan, walau setinggi mana ilmu yang ada pon, sunnah tu tetap kena lunaskan..

    dan mungkin mereka yang andalusia ni nak cari yang sekufu dgn mereka kot..abg mazidul..

    sama2 ada phd, sama2 keje besar..maybe laa..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.