Jumaat, Oktober 10, 2008

Bonjol Sana Bonjol Sini

Memang semua orang tahu tetapi tidak berminat memperkata dan menyentuh isu ini secara terbuka. Barangkali ramai suami khuatir terpaksa tidur di luar rumah akibat dimarahi isteri.

Isu apa?

Isu majoriti wanita Malaysia gemuk selepas berkahwin dan mereka bagai tidak pernah ambil pusing.

“Huh! Dulu sebelum kahwin, seksi. Pinggang ramping, bersolek, stylish. Sekarang ni bonjol sana bonjol sini, hips macam batang balak. Tambah pula sekarang ni dah tak minat nak belai suami, manjakan suami. Bila masuk bilik tidur asyik pakai ‘baju kelawar’ menggelebeh. Manalah berselera nak tengok beb!”

Keluhan suami dalam bahasa Melayu tetapi boleh diapplikasikan kepada isteri pelbagai bangsa di negara ini, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Alasan isteri ..

“Dulu lain, anak tak ada lagi. Banyak masa nak jaga badan. Sekarang anak berderet, so sibuk, nak melawa macamana? Apatah lagi nak keep in shape. Alah! Tapi laki pun sama, asyik salahkan isteri. Walhal perut dia tu boroi tak sedar, lepas tu duduk rumah pakai kain pelikat! Selera ke?”

“Lelaki boroi, ada orang kata seksi, wanita berperut buncit?,” komen suami.

100 tahun lagi, mungkinkah keadaan masih sama?

33 ulasan:

  1. Salam Mazidul
    Isu menarik yang membawa kepada keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.Jika suami/isteri iklas dalam menyayangi pasangannya,perkara ini boleh dibincangkan dari hati ke hati.Takperlu mencemuh atau meyindir pasangan kalau saiz body dah bertukar.Yang penting perhatian terhadap pasangan jangan sekali diabaikan biar pun anak keliling pinggang.Bila saiz badan suami bertambah ,ertinya si isieri pandai melayan makan-minum.Bagi si isteri pula,bertambah saiz bermakna suami pandai jaga hatinya..sentiasa happy..tak gitu!!

    BalasPadam
  2. lelaki boleh kahwin ramai..apa susah?

    perempuan mana boleh?

    janji ada duit dan ada 'tomgkat ali' kira kerja lagi senang....

    kahwin ramai kan sunah..mesti saya hentam lepas nie...

    BalasPadam
  3. Oo sedara(Abe Mie Terjah), mmg la laki kawin ramai tu sunnah. Tapi, nawaitunye kena tgk plak. Kalo takat nak kawin ramai semata2 bini dah bonjol sana sini ,tu bkn sunnah, tu nak kena seranah. Hahahahah.

    Lelaki dibenarkan kawin ramai supaya dpt mmbantu golongan wanita yg memerlukan bantuan. Jg salah tu...Mereka memerlukan pasangan supaya diri mereka terbela.

    Kalau takat tongkat Ali je, bkn mmbantu tapi boleh jadi kematu. Dont get it wrong K.

    Anyway Slamat Hari Raya, Maaf Zahir n Batin.

    BalasPadam
  4. "wanita berperut buncit?,” ader 2 makna tu. haha, aduhai siapa nak jawab ni..tp takpe lah, diam kan sajer..

    BalasPadam
  5. Cikugu Mala :)
    Kekadang setakat menawarkan kasih sayang tidak mencukupi dalam rumahtangga. Analoginya, kereta bertayar baru, sport rims berkarat. Kereta boleh dipandu tetapi bila berhenti orang jeling-jeling ..

    BalasPadam
  6. Arryani, ops! Bila dua dua merajuk, ana kahwin tiga. Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang .. teringat lagu Allahyarham P. Ramlee.

    BalasPadam
  7. ishh... orang lelaki kena sedar, 99% dari kenaikan berat badan isteri berpunca dari suami jugak.. kengkadang jadi perempuan ni serba salah, bila tak nak anak sebab nak jaga badan, suami akan cari lain- dengan alasan, nakkan zuriat.. tapi bila isteri dah bagi zuriat, badan dah terbonjol sini sana, pun nak cari lain sebab isteri dah tak menarik.. tapi, lu pikirlah sendiri.. nanti bini baru pun akan jadi macam bini tua gak.. terbonjol sini dan sana gak... hehehe..

    BalasPadam
  8. nurdaniella, jadi lelaki ni kekadang serba salah ..

    BalasPadam
  9. alah..kalo kawen lain pn nti yg baru 2 pon akan benjol gak..sampai bila nk tukar2?nmpk sangat laki ni x ikhlas kawen ngn pmpn.bkn sbb syg tp sbb nafsu..

    lagi 1..kerap kali kita tgk pmpn yg cantik berkahwen dgn lelaki gemuk..tp ada ke lelaki yg handsome sanggup berkahwen dgn pmpn gemuk??

    bg sy pmpn lebih mementingkan keikhlasan dan ketulusan hati dlm berkasih-sayang..tp lelaki..begitukah??tepuk dada tnya selera..

    BalasPadam
  10. haha.. nasihat utk yg blom berbini: cari lah bakal bini yg mmg bonjol.. lepas branak pn 'maintain' je bonjol dier!!

    Hi & Peace!!

    BalasPadam
  11. pandai sdr mazidul cari isu begini, Pandai pula provoke dari abang mie,
    Yang penting, moga kekal abadi,
    punya anak2 yang berbudi pekerti,
    hasil didikan sang suami dan si isteri,
    janganlah kata itu dan ini,
    bila dah bonjol sana dan sini,
    bukankah dulu sudah ikrar dalam diri,
    bahawa akan sehidup semati?
    Memanglah dasar lelaki,
    macam tak cukup seorang bini,
    tapi kalau makan sendiri belum pasti,
    ukurlah baju di badan sendiri,
    kata ikut sunnah nabi,
    yang lain tak pula diikuti,
    Balik rumah cerminlah diri,
    kemudian tenung muka isteri,
    .. juga anak-anak yang masih perlu dibajai,...
    hidup perlu disyukuri, dengan harta sepencarian punya rezeki,
    ikhlas dalam bicara dari hati ke hati,
    tang mana yang tak berkenan dihati,
    spa kan banyak sana dan sini, apalagi, modified la ikut potongan terkini, hingga hati tidak lagi tercari-cari,

    ialah umpama hp dan tv,
    hp is cute, slim, curvy dan dibawa ke sana-sini,
    but TV is big and bulky,mana boleh di 'carry',
    apa lagi got money change hp lagi, tapi janganlah sampai no money sell tv.
    TV, walaupun bulky, tapi kurang kos operasi, tak mcm hp ni, dahlah kos tinggi, demanding lagi,
    Lastly, TV ni tak pernah dengar kena virus lagi, tak mcm hp mcm2 virus mari, kalau virus HIV, alamaknya tunggu MATI.

    INSAFLAH DIRI.....
    (utk diriku ini...)

    BalasPadam
  12. Anim, isunya begini. Kenapa wanita barat contohnya, ada effort tinggi mengekalkan bentuk badan mereka dan majoriti berjaya sedangkan mereka pemakan lemak teramai. Di negara kita kebanyakan wanita atau isteri kelihatan tidak memandang endah isu ini. Membiarkan sahaja, barangkali seperti amalan generasi isteri sebelumnya. They just take for granted. Bentuk badan ni kan ada hubungkait dengan kesihatan?

    BalasPadam
  13. Mohd Kamal, orang bujang MASIH punyai pilihan. Just make sure bila awak menjeling wanita bertubuh langsing, isteri berjalan di sebelah tak mencubit!

    BalasPadam
  14. Zakaria MY, bukan masalah lelaki tak cukup satu bini. Kalau nak ikutkan isteri sekarangpun ada tak cukup satu laki.

    Persoalan pokok, kita nak tahu apa alasan lain, isteri sekarang sehingga bagai tak kisah tentang mengekalkan (atau hampir mengekalkan) bentuk badan berbanding sebelum berkahwin. Penat ke? Bosan ke? Tak ada masa nak bersenam ke? ATAU memang tak kisah sehinggalah suami mengalih pandangan kepada wainita lain ..

    BalasPadam
  15. Akmal,
    Maaf, tak boleh juga kata ' malays ladies take things for granted'..as pe my view, semua wanita suka pada kecantikan.. saya lihat rata-rata wanita jika ada produk baru mengenai kecantikan- especially kuruskan body, slim n ramping mesti produk tu laku. lazimnya brand kecantikan wajib ada produk slimming. itu menunjukkan produk ini hangat dan ada demand.
    Isunya ialah KEMAMPUAN masing2. kalau ciput budgetnya, maka setakat baju beautiful pun blum tentu boleh beli.. but kalau "che' abang sayang" boleh bagi extra setiap bulan, bolehlah pegi marie france ke, london weight management ke atau mayfair.sebulan dah nampak perubahan.. bolehlah maintain slim n beautiful.
    Pokoknya, bila nak dikeluarkan wang sebegitu banyak ke arah
    ITU. 'che abang sayang' boleh sponsor ke? tau nak merasa bahagianya sahaja..

    Akmal,
    mungkin komen saya agak menjengkelkan, tetapi susah nak jumpa lelaki/suami/kekasih yang sanggup sponsor bini/awek untuk slimming bodyshape(ikut kaedah semasa yg selamat) sekarang ni.
    kalau ada pun 5% jer.. yang lain semuanya guna duit sendiri berhad..he he he

    BalasPadam
  16. Saya kurang setuju kalo org lelaki sebut kawin ramai itu sunnah. Diorg ckp sunnah tp diorg faham ke maksud lebih mendalam drpd sunnah tu? Hurm.

    Isu ni mmg ketara. Bukan setakat perempuan aje, lelaki pun sama. Sapa kata lelaki boroi seksi? Duhhh...saya sgt tak setuju.

    Sepatutnya masing2 kena ada inisiatif sendiri. Bukan kutuk mengutuk. Asik cakap tp takde usaha, tak pegi ke mana pun kan? Action speaks louder than word.

    BalasPadam
  17. Mimi, sukat baju di badan sendiri. Itu pandangan saya. Kalau benar2 ingin menjaga badan pelbagai kegiatan boleh dilakukan di rumah. Cuma kena tahu secara spesifik bagaimana caranya. Cara senaman nak kecilkan paha, pinggul, lengan etc. Dulu tak ada slimming centers pun.

    BalasPadam
  18. Knowlee, yup ur right! Action speaks louder than words. Masalahnya sekarang ni 'words' pun jarang dengar ..

    BalasPadam
  19. orang perempuan penting diri aje.
    orang perempuan suka bergaduh dan berkelahi.
    orang perempuan tak ada tolak ansur.
    orang perempuan ego tinggi sangat.

    sebab itulah dia tak mahu berkongsi kasih sayang. apa salahnya. bukannya luak pun.

    kalau kahwin satu, dok bergaduh aje. kahwin satu anak tak ada... baik jadi madu.

    MADU KAN MANIS. MADU ITU ADALAH UBAT PENAWAR.

    betul tak mazidul!!!
    (kita tengok komen orang perempuan pula)

    BalasPadam
  20. Suka tentang madu. Manis tapi bukan macam gula. Ada perempuan redha, ada tidak. Ada takut dimadukan. Tapi sesetengahnya tu dah lama baru tahu, sebab TAK pernah nak ambik tahu tentang suami dan kehendaknya ..

    BalasPadam
  21. Sdr. Mazidul, ada kawan saya beritahu, kawannya ada simpan 4 madu sekali gus dalam satu rumah!

    BalasPadam
  22. Zakaria MY, susah nak buat tu, mesti kawan kepada kawan tu BUKAN calang-calang orang ..

    BalasPadam
  23. Ape la korang ni dok fikir nak tmbah koata je. Cuba korang fikir mcmana nk tmbh pndpatan isi rumah. Mcm mana nak tingkatkan kualiti hidup. Mcmana nak didik ank2 supaya brjaya dunia akhirat. Mcmana nk jadi suami atau ayah yg di sayangi dan disenangi. Come on la. Kalau stakat laki beristeri lebih tu tak heran. Tapi mampukah mereka menjadi ketua keluarga yg boleh membimbing anak2 bini nnti.

    BalasPadam
  24. gendang gendut tali kecapi ..kenyang perut dua-dua happy...maintain sayang selalu demi anak2 dan kehidupan yang aman damai selalu.pokok pangkal sentiasa berkomunikasi selalu..insyaAllah

    BalasPadam
  25. tapi Mazidulkan, kemudiannya kawan kepada kawan saya yang beritau pada saya tu.. beritau kemudiannya, madu-madu itu diletakkan bukan sekadar serumah, tapi sebilik tau Mazidul... tapi rupa2nya bukannya bermadu... tapi madu makan.. brand je lain...
    bertuah punya kawan.
    Maaf ya Mazidul.... dan yg lain2.
    jangan marah.

    BalasPadam
  26. wah abe mie, sedap jer ye ngutuk orang pompuan.. rasanya yang gemar bergaduh dan berkelahi ni orang lelaki sbb bila ada tunjuk perasaan dan gaduh time pilihanraya, majoritinya lelaki.. sentuh bab ego ni, biasanya lelaki yang paling payah nak rendahkan ego.. kalaulah orang pompuan ni pentingkan diri dan tak boleh tolak ansur, mesti anak2 kat rumah tu dah tak cukup makan sebab duit dah dihabiskan untuk kuruskan badan.. lu pikirlah sendiri...

    BalasPadam
  27. ck..ck..ck.. macam2 komen ade kat sini, ade komen kelakar ade jugak yg xsedap dibaca... btw dalam pendapat saya sebagai sorang istri, badan yg canti memang kena dijaga... lagilah macam saya ni dapat husband lebih muda.. ingat sebelum kena jer.. nak menjaganya bukannya susah pon .. lepas bersalin tu jaga semua pantang terutamanya bahagian perut, dah habis pantang pon kena jaga jugak.... walaupon tak slim macam anak dara dulu.. tapi sekurang2nyer jgnlah sampai benjol sane benjol sini..

    BalasPadam
  28. ingat pompuan a.k.a isteri gemuk ni tak berusaha ke nak kurus?
    usaha tau..

    tapi.. at the mean time.. terimalah kita seadanya...

    BalasPadam
  29. saya setuju... majoriti wanita malaysia tak ambil kisah rupa bentuk badan selepas berkahwin...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.