Ahad, Mei 03, 2009

Apa Jawaban?

Kemalangan jalanraya berlaku tanpa diduga dan musibah mungkin menimpa sesiapa sahaja tidak mengira bangsa dan ugama.

Kita kerapkali terserempak kemalangan maut. Mangsa mati, mayat ditutup menggunakan surat khabar atau plastik hitam. Pegawai polis trafik hadir di lokasi untuk menyiasat punca kejadian dan mengenalpasti pihak terbabit mengakibatkan kemalangan. Selesai siasatan, jip polis akan membawa mayat ke hospital untuk dibedah siasat.

Jika mangsa hidup, dia mungkin menggelepar kesakitan di atas jalan. Meraung dan menjerit tanpa kawalan. Kecederaan teruk dialami selalunya mengakibatkan tubuh mangsa berlumuran darah. Namun nyawa mangsa barangkali boleh diselamatkan jika rawatan segera diberikan.

“Tolong encik, boleh bawa dia ke hospital? Dah tunggu lebih 15 minit ambulan tak datang lagi,” pinta rakan mangsa kepada PEMANDU memperlahankan kenderaan.

Jika PEMANDU itu anda, apa jawaban diberikan?

Ingat, mangsa mungkin mati dalam kenderaan anda dalam perjalanan ke hospital.

9 ulasan:

  1. Ermmm dari segi mental tu agak berbelah bagi la.. kadang tak sanggup je rasa.. but bergantung kepada situasi ar.. kadang hati tu tergerak nak tolong ada kadang memang tak berhenti pun coz dah nengok lumur darah kan nyawa nyawa ikan.. but selalunya tolong la bergantung pada condition mangsa..

    BalasPadam
  2. ~saya ok jer bab tolong-2 nie..sebelum nie penah gak tolong satu uncle india..takper darah kena seat bole cuci..mana la tau dek kerana kita tolak takmo hantar..meninggal otg tue kat jalan..lagi menyesal seumur hidup.
    Hari kita nanti..tak siapa tahu.

    BalasPadam
  3. Yang susah kita tolong, mana tahu esok lusa kita pula yang akan meminta pertolongan

    BalasPadam
  4. saya selalu terpikir hal begini bila memandu tp..

    mayb bila terdesak saya sanggup kot.. :D

    BalasPadam
  5. bagaimana dalam tempat2 sunyi lagi gelap ..pertolongan anda diperlukan..silap-silap anda dirompak.

    bagaimana mangsa adalah langgar lari dikawasan kampung..anda berhenti utk memberi pertolongan tak pasal-pasal orang kampung membelasah kamu kerana disangkakan kamu yg melanggar mangsa..sebab ini pernah terjadi..

    BalasPadam
  6. saya penah ternampak mat motor ni kemalangan dan kebetulan pn ada seorang polis bersamanya pada masa tu..saya terpikir nak tolong tapi bila nampak darah tu, kepala lutut bergegar n mcm nak pitam pn ada..mcmana tu?

    BalasPadam
  7. susah juga yer..nampaknya kena bawa kawan kawan saksi penuh sebuah kereta ..mana tau meninggal pulak on the way ke Hospital.

    BalasPadam
  8. zeqzeq...bukan setakat itu saja ..pihak hospital akan mengambil keterangan dari kamu .. contohnya nama kamu dan sebagainya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.