Isnin, April 09, 2012

DI MANAKAH ZON KOTOR INI?

Pelancaran Zon Bersih Peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dilancarkan pada 7 April lalu.

Pintu gerbang kelihatan gah.


Untuk pengetahuan pembaca, kawasan ini antaranya menempatkan restoran menawarkan makanan pelbagai kaum, rumah urut, bengkel membaiki kenderaan dan kedai menjual cakera optik cetak rompak.


Beberapa premis perniagaan di kawasan sama juga kelihatan kebal, pengusaha premis meletakkan meja serta kerusi di ruang parkir sehingga menyempitkan laluan kenderaan orang ramai. 


Baca entri Burger Babi untuk mengetahui perincian kekebalan peniaga terbabit. Baca juga entri Saya Bercuti dan MBPJ Mengambil Tindakan saya nukilkan sebelum ini.

Tidak jauh dari Dataran Sunway, sebelum ini golf range didapati beroperasi tanpa menggunakan jaring keselamatan dan menggugat keselamatan nyawa pengguna jalanraya utama terletak berhampiran, klik Mohon MBPJ Melaksanakan Siasatan Berkadar Segera untuk membaca laporannya.

Bagaimanapun setelah saya memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab itu di blog ini, jaring keselamatan dibina.


Jangan ketinggalan untuk membaca entri berhubung kegiatan memasarkan cakera optik cetak rompak secara terbuka di kawasan sama, klik di Kami Tidak Sempat Bertanya.

Saya berharap takrifan 'Zoin Bersih' itu boleh mencakupi usaha membanteras sekaligus MEMBERSIHKAN semua kegiatan ternyata melanggar undang-undang terpapar di hadapan mata.

Untuk rekod, sepanjang jalan berhampiran Dataran Sunway, digantung banting seperti di bawah.


Perhatikan catatan di atas banting, Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBPJ 2012.


Selain Dataran Sunway, Seksyen 6 juga terletak di Kota Damansara dan penyelenggaraan kebersihan berada di bawah seliaan MBPJ.

Tengahari tadi saya pergi ke kawasan perniagaan makanan majoriti diusahakan oleh peniaga berbangsa Melayu itu.

Lapar.


Baru sahaja menjamah hidangan nasi campur, saya terpandang ...


Lalu saya membasuh tangan, mengambil kamera digital lalu mula merakamkan gambar.


Biarpun perut kosong, saya kemudian membuat keputusan menapak ke lorong berhampiran, laluan di belakang kedai makanan dan runcit. 

Berikut antara gambar terawal saya rekodkan dari jarak jauh.


Kelihatan tidak begitu kotor tetapi semakin saya berjalan menuju hujung lorong berhampiran gerai menjual makanan, tekak saya menjadi semakin loya.


"Uncle, berapa lama sampai sudah tidak dikutip?," tanya saya kepada lelaki tua berbangsa Cina.

"Sudah satu minggu lebih. Sebelum ini kita ada bayar itu kutip sampah punya orang, lima puluh, satu ratus ringgit tetapi sekarang dia orang sudah tidak datang," ujar lelaki berusia 76 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah itu.


"Ini uncle punya kedai ke?," soal saya.

"Bukan. Saya tolong jaga sahaja," balasnya.


"Busuklah uncle. Orang mahu makan tengahari di gerai sana pun susah macam ini," ujar saya.


Dia mendakwa mula bekerja di kedai runcit turut menjual bahan mentah seperti ikan itu sejak 3 tahun lalu. Ikan di siang oleh pekerja warga asing di bahagian belakang kedai untuk dijual kepada pelanggan. Malangnya sisa dibuang ke atas tanah lalu bahu hanyir menusuk hidung saya.

"Macam mana mahu bikin, tidak ada orang mahu kutip sampah," katanya.

Sempat saya merakamkan gambar air berlendir diurungi lalat hijau, langau.


Amat menjijikkan!


'Zon Kotor' ini terletak berhampiran jalan ... 


Di KOTA DAMANSARA!

Molek jika MBPJ melaksanakan kempen kebersihan menyeluruh secepat mungkin.

HEBAHKAN

4 ulasan:

  1. Saudara Mazidul, Khamis malam minggu lepas saya ternampak MPPJ merampas kerusi meja yang diletakkan di luar sebuah restoran Thai terkenal di Dataran Sunway. Saman dikeluarkan tapi pada masa yang sama saya melihat restoran cina yang terletak 100 meter dari restoran tersebut masih beroperasi seperti biasa dengan kerusi meja di letakkan di kaki lima. Saya sebagai seorang Melayu Islam memang merasa marah dan malu bila melihat bangsa kita dengan mudah dibeli!

    BalasPadam
  2. saya tinggal di seksyen 4 kota damansara. saya kenal tempat ni. kawasan rumah sy dah ayah mertua di taman impian sungai buloh yang lebih kurang 15 minit dr kota damansara sudah seminggu tak angkat sampah sampai ulat sampah merayap rayap. masalah ni bukan di kawasan kedai sahaja. walau bagaimanapun, sy x paham kenapa zon bersih hanya di dataran sunway, kenapa di situ ramai cina kaya ke? entah la sy x phm dgn mbpj. mungkin mereka perlu turun padang sendiri dan lihat keadaan kawasan yang mereka selengara.

    BalasPadam
  3. saya tinggal di seksyen 4 kota damansara. saya kenal tempat ni. kawasan rumah sy dah ayah mertua di taman impian sungai buloh yang lebih kurang 15 minit dr kota damansara sudah seminggu tak angkat sampah sampai ulat sampah merayap rayap. masalah ni bukan di kawasan kedai sahaja. walau bagaimanapun, sy x paham kenapa zon bersih hanya di dataran sunway, kenapa di situ ramai cina kaya ke? entah la sy x phm dgn mbpj. mungkin mereka perlu turun padang sendiri dan lihat keadaan kawasan yang mereka selengara.

    BalasPadam
  4. Dataran Sunway is now the icon of Kota Damansara but shame to tell everyone, our oversea visitors/guest that this premier town is classified as Zon Bersih. Rubbish; illegal banners and just over election poster still seen at every corner. They jokingly asked whatif other areas that are not classified Zon Bersih! I keep my mouth shut.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.