Sabtu, April 07, 2012

TIDAKKAH ADAM ADLI MELAKUKAN RISK ASSESSMENT?

Ramai mengenali Adam Adli Halim, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI,  di Tanjung Malim, Perak. Andai kata selepas digantung belajar dia meneruskan pembelajaran di UPSI, Adam bakal menjadi guru.


Baru baru ini dia dirakamkan berada di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur bersama beberapa rakan aktivisnya.

Dia dilaporkan ditumbuk sewaktu turun dari rumah pangsa 4 tingkat dimajukan oleh PKNS. Perhatikan gambarnya 2 dari kiri.

Sememangnya Adam menjadi tumpuan media, insan terkenal, infamous, kerana menurunkan bendera dicetak wajah Perdana Menteri sebelum ini.


Tumbukan dilontarkan ke mukanya tanpa diduga.


Adam kemudian diiringi rakan aktivisnya cuba beredar dari kekalutan di lokasi kejadian.


Satu lagi tumbukan kemudian dipercayai hinggap di wajahnya.


Dia kesakitan ...


Berikutan dikatakan cedera di bahagian mata dan mulut, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Dalam.

Itu berita klise.

Persoalan timbul, perlukan Adam berada di Kampung Kerinchi pada ketika itu? Tidakkah dia dan rakan lain melakukan risk assessment terlebih dahulu?

Barangkali sebilangan pembaca blog ini ingin melontarkan buah fikiran berhubung kejadian terbabit.

Silakan.

23 ulasan:

  1. saya pun berfikiran sama.kenapa dia perlu berada disana? atas sebab apa dan kenapa? mungkin dia juga mempunyai unit disitu, mungkin dia perlu lebih berhati2 dalam mencari perhatian

    BalasPadam
  2. Seorang yang berani tetapi kurang bijak. Ditarik kesana sini seperti lembu dicucuk tali oleh mereka yang mempunyai kepentingan sendiri.

    BalasPadam
  3. barangkali beliau mendapati UPSI mempunyai penempatan di Kerinchi...

    BalasPadam
  4. nak buat-buat bagus kat tempat orang, tu lah balasannya.. biarlah dia yang memilih kesakitan .. biar rasa sikit .. baru sikit je tu..

    BalasPadam
  5. owwhhh... OK la tu... at least baru dia tahu, bukan semua orang suka dengan apa yang dia buat...

    Normal laah kan... Kalau kita sebagai pemimpin, memang amat sukar utk mencari penyelesaian yang akan dipersetujui oleh orang lain... dan disebab itu juga lah wujudnya demokrasi...

    BalasPadam
  6. owwhhh... OK la tu... at least baru dia tahu, bukan semua orang suka dengan apa yang dia buat...

    Normal laah kan... Kalau kita sebagai pemimpin, memang amat sukar utk mencari penyelesaian yang akan dipersetujui oleh orang lain... dan disebab itu juga lah wujudnya demokrasi...

    BalasPadam
  7. masalahnya kenapa menumbuk digunakan? kekerasan? adakah Adam ahli juga mengunakan kekerasan disana? tidak. Akal minda.

    BalasPadam
  8. inilah...belajar belom habis.. tp berlagak nak jadi ahli politik..kejar glamour...mmm...apa la nk jadi ngn mahasiswa skrg...

    BalasPadam
  9. padan dengan muka tu...beli rokok pun hrap duit mak bapak...tau nak mengamok jer

    BalasPadam
  10. SMTI - padan muka, suruh belajar, main-main. Bodoh Sombong!

    BalasPadam
  11. SMTI....MR.J..mmg kekerasan tidak digunakan...tapi adakah dia menggunakan minda ketika menurunkan bendera bercetak wajah PM? adakah itu dikatakan 'akal minda'? tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam
  12. masuk kg org pastu nak berlagak jadik yb...ambik ar ubat.tu baru dia kene sikit jer hahahha..pasni aku suggest kat dia ambik kursus setiausaha jer lagi baik.lpas grad boleh apply jadik setiausaha alat sulit hahahhaha

    BalasPadam
  13. aku xla suke mamat nih tapi dalam hal ni aku rasa org yang menumbuk tu yg bodoh..ntahpape yg ko g tumbuk org xttu pasal.PM pon takde pi tumbuk dia ape..yg tumbuk pon aku rase 2x5 la ngan adam adli nih..ceh..memalukan org kerinchi btul

    BalasPadam
  14. pinkytigress ..kalo tanya iman tadenye nak jadi tumbuk menumbuk la..malula melayu sama melayu..cina tengah2 tepuk tangan..

    BalasPadam
  15. dier tak tau aper tuh risk assessment...maner nak tau, sibuk nak propa saner sini..blaja ntah ke mana...macam nieyh nak jadik guru?haha...hampeh jerk laaa...better suh dier berhenti blaja jerk laaa...bg peluang orang lain masuk blaja dan betol2 ingin jd cikgu...

    BalasPadam
  16. Kenapa perlu berada di situ...... Apa tujuan yg sebenarnya?? jika membuat kacau, memang tak sepatutnya dilakukan....... tetapi, adakah menumbuk / membelasah sesuka hati itu dibenarkan dlm negara ini? jika tidak, yg membuat kacau dan menumbuk itu juga perlu diambil tindakan undang2 agar menjadi pengajaran u kepada yg lain... baru adil begitu?? kalau dibiarkan, makin ramai yg membuat undang2 sendiri... bertindak sebelum terlambat

    BalasPadam
  17. adam adli tak patut berada kat situ, kalau nak datang sebagai pemerhati jer, datanglah, tak perlu nak buat lebih2, biar org tua2 yg uruskan..

    BalasPadam
  18. tak perlu la bertumbuk..langsung tak matang kot buat perangai camtu..biasa yang suka bertumbuk ni budak2 je..

    BalasPadam
  19. terlalu gopoh budak ni
    bukan ke kena berbincang dulu
    nama pon masuk kwsn org..jgn sesuka hati buat mcm kwsn sendiri. hormat tuan rumah

    apa pon org yg menumbuk pon salah juga..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.