Selasa, April 03, 2012

ABS ATAU POLI?

Beberapa hari lalu sambungan paip air di bawah tanah dilaporkan tertanggal. Kesannya, air terkeluar ke permukaan jalan berhampiran rumah.

Untuk rekod, Apartment Salvia di Jalan Kenyalang 11/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dan mula dihuni kira-kira 6 tahun lalu.

Semalam, kawasan paip tertanggal digali oleh kontraktor.


"Apakah berlaku sebenarnya?," soal saya.

"Pihak penyelenggaraan memanggil kontraktor berpengalaman untuk menangani masalah ini. Mengikut kontraktor, paip diperbuat dari bahan dipanggil ABS. Rasanya kegunaan bahan itu  tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh PKNS," ujar wakil pihak penyelenggara.

ABS, Acrylonitrile  BUtadiene Styrene.

Baca di sini untuk perincian mengenai ABS.



"Bahan ABS tidak sepatutnya digunaka di bawah tanah. Itu mengikut pengalaman saya," ujar wakil kontraktor.

Lalu tukang paip berpengalaman selama kira-kira 8 tahun dihubungi.

"Paip Poly berwarna hitam, sepatutnya digunakan," katanya.

Sesiapa lebih berpengalaman berhubung jenis paip sesuai digunakan? 


4 ulasan:

  1. mengikut jadual 605.3 International Plumbing Code, pipe ABS (ASTM D 1527, ASTM D 2282), pipe uPVC (ASTM D 2846, ASTM D 2241, ASTM D 2672) adalah dibenarkan digunakan untuk "water service pipe" dan sekiranya ditanam dalam tanah haruslah mempunyai ketahanan tekanan tidak kurang dari 160psi (11 bar) atau lebih senang pipe PN10Saya rasa pihak JBA mempunyai senarai paip yg dibenarkan.
    Sebagai pengamal bidang pembinaan, saya lebih suka menggunakan pipe HDPE sekiranya ianya perlu ditanam.

    BalasPadam
  2. harga berbeza .......tu sebabnya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.