Selasa, April 10, 2012

BENARKAH PEMAKAI BESI KUNING KEBAL?

"Bongkah besi kuning dijual kepada kepada saya oleh warga Indonesia kira-kira tiga tahun lalu. Menurutnya besi terbabit ditemui di Cirebon," ujar Bob.


Bob, 37 tahun dan rakan niaganya, Badrul Hisham Husin, saya temui di kedai mereka di Lot GF 17A, Kompleks E-Mart, Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur.


Berikut gambar sebahagian daripada bongkah besi kuning, setakat ini dilaporkan hanyaa ditemui di Indonesia.


"Bahagian besi kuning solid dipotong menjadi pelbagai bentuk cincin," tambah Bob.


Cincin dan besi kuning di atas dijual dengan harga di antara RM600 dan RM1,200 mengikut saiz. Manakala cincin di bawah (kiri) ditawarkan kepada pelanggan dengan harga RM2,500.


"Benarkah pemakai besi kuning kebal?," soal saya.

"Kebal ada pelbagai jenis. Kadangkala manusia kebal apabila 'dicuba' oleh musuh tetapi apapun janganlah sesekali kita berasa atau bercakap takbur dan riak. Segalanya berlaku dengan izin Allah. Besi kuning memiliki keistimewaan tersendiri. Saya boleh tunjukkan untuk tujuan demonstrasi," kata Bob.

"Mana parang tadi Sham?," soal Bob.

Sham kemudian menghulurkan parang kepada rakannya.


"Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim," celah Bob.


Saya perhatikan tiada langsung kesan kecederaan di lengan Bob.


Selain daripada besi kuning, kedai Khazanah Nusantara juga menawarkan pelbagai koleksi barangan ganjil kepada pelanggan berminat.

Sila hubungi Bob di talian 019 306 2549 atau Sham di talian 016 6141 771.

Katakan anda pembaca blog ini sebab saya tidak fikir sebelum ini mereka mengetahui kewujudan Mazidulakmal.com

HEBAHKAN 

25 ulasan:

  1. pakai tangkal sebab yakin bila pakai ada kelebihan tertentu jadi syirik.

    tukang promosi ikut sama dapat habuan.

    BalasPadam
  2. Semuanya dengan izin Allah SWT..
    Kalau Allah izinkan keballah tapi kalau Allah swt tak izinkan sebaliknya..

    Begitu juga dgn sihir dan santau ni..

    BalasPadam
  3. sedangkan nabi saw semulia-mulia manusia kekasih Allah pun patah gigi dalam perang uhud. sangsi bila ada yang berbicara soal kebal, lebih parah bila kekebalan tu disandarkan pada sesuatu barang/makhluk.

    BalasPadam
  4. Kuasa Allah belaka,tapi kalau percaya pada besi tu mmg syirik,besi kuning adalah perantaraan sahaja.

    BalasPadam
  5. masa dia tetak tangan tu, dia hiris2 sekali tak?

    BalasPadam
  6. Hasil kerajinan yang begitu menarik. Indah, artistik, dan menawan sebagai hiasan di jari manis. Asalnya hanya sebongkah batu didalam bumi kemudian 'diolah' dijadikan 'batu aji' yang amat berharga. Tentu bila ada khasiatnya semuanya dengan idzin Alloh Tuhan Yang Maha Kuasa. Blog yang amat menarik dengan ilustrasi foto yang jernih, fresh dan komunikatif. Selamat dan sukses.

    BalasPadam
  7. oo besi kuning dia mcm tu ke... dulu ada org pernah cakap, besi kuning tu halus mcm rambut je dan letaknya di dalam 'sarang'nya. kalau org memilikinya leh angkat enjin kete guna sebelah tgn aje.. eermm x tahu laa yg mana satu betol. tapi saya pernah jmp org yg memiliki besi kuning halus tu, kena renjatan elektrik tapi x mati @ luka apa2.

    BalasPadam
  8. Besi kuning/kursani/tahi emas atau its mineral name is Pyrite (Iron Sulphate)- orang putih kata 'Fool's Gold' (kerana warnanya seakan kuning emas) adalah mineral asosiasi yang biasa dijumpai bersama Bijih Besi,Emas, Galena (bijih plumbum) dan lain-lain mineral/batuan dan bijih. Formula saintifik pyrite adalah FeS2 (Font = 2 subscript). Jumlah yang dijumpai bergantung kepada proses pembentukan dan sekitaran pembentukan pyrite tersebut. Walaupun pyrite mempunyai besi (Fe) tetapi ia tidak digunakan sebagai sumber besi atau sebagai bijih besi (mineral bijih besi adalah Hematite dan Magnetite). Di zaman perang dunia kedua pyrite digunakan sebagai sumber sulfur (S2- belerang). Di zaman sekarang, pyrite adalah sumber utama untuk menghasilkan sulfur dioksida, indsutri kertas dan menghasilkan asid sulfurik. Pyrite juga digunakan di dalam industri semikonduktor

    BalasPadam
  9. Saya pelik dengan manusia zaman sekarang nih, senang2 jer nak kata syirik, syirik tu, syirik ni.... Anda nak pakai baju atau jaket untuk melindungi badan anda dari sejuk. Siapa yg mengelakkan anda dari merasa sejuk sebenarnya?
    Anda ingin bertolak ke kedah dari kuala lumpur, sudah pasti anda, menaiki kenderaan untuk sampai ke destinasi anda. Siapa atau apa sebenarnya yg membolehkan anda sampai sebenarnya? Pasti dengan izin Allah S.W.T jua anda mencapai tujuan anda dengan baju atau kenderaan yang Allah telah berikan bukan? Jadi jika besi kuning ini Allah S.W.T berikan dengan khasiat yg blh melindungi diri anda katakan syirik, bagaimana dengan anda yg menggunakan baju dan kereta tadi.... Renung2kanlah saudara dan saudari.... di mana letaknya syirik itu dan siapa yg syirik sebenarnya...... Assalamualaikum....

    BalasPadam
  10. Salam. Masyarakat kita masih diselubungi misteri dalam babbatu oermata ni. Sedangkan masyarakat barat rajin mengkaji. Besi Kuning bukanlah perkara mistik, sebaliknya sama sahaja macam permata yang lain. Dalam istilah sains besi kuning dipanggil Chalcopyrite. Dalam istilah orang kita juga dipanggil bijih tembaga. Begitu juga dengan kursani, mineral biasa yang boleh dijumpai di mana2 di bumi dikenali sebagai pyrite.

    BalasPadam
  11. Boleh tak sesiapa sahaja menolong saya dapatkan besi kuning yg dijual di kedai bob ini dan poskan ke singapura? Saya akan beri duit penat kepada sesiapa yg ingin membantu saya dan yg memerlukan bantuan wang memadai dgn pertolong ini tapi saya hendak bukti yg ia adalah dari kedai bob ini. Sila balas untuk sembarang pertanyaan disini. Terima kasih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kwn di johor ingin tawarkan besi ini jika ada yg berminat....

      Padam
    2. saya ada sebiji lekat magnet
      email saya untuk gambar
      beethoven2220@gmail.com

      Padam
  12. Kalau percaya kat docter ke panadol pun jatuh syirik gak. Kalau takut syirik sakit g mesjid je sembahyang mintak doa je tak payah usha cari ubat .

    BalasPadam
  13. Wahh pak cik bat sham masuk sinilah.....alhamdulillah....semoga dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  14. Besi kuning yg asli hanya wujud 1000 tahun sekali.....yg dijumpai diantara langit dn bumi.......

    BalasPadam
  15. besi kuning yang asli ada rumah seperti kepompong berwarna emas, di dalamnya ada besi kuning sebesar jarum. besi kuning yg asli bukan senang nak dapat.apatah lagi dg harga ciput cam tu je. besi kuning ialah benda ber khodam. besi kuning adalah pasangan dari mustika merah delima.

    BalasPadam
  16. besi kuning adalah jodoh dari mustika merah delima. bukan senang senang nak dapat. apatah lagi dg harga ciput camtu. besi kuning adalah benda ber khodam. bukan sekedar untuk kekebalan tetapi multi fungsi.

    BalasPadam
  17. Allah bagi kebal yg mematikan yg menghidupkan memberi manfaat dan mudharat semua nya dtg dari allah swt

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.