Isnin, April 16, 2012

DI MANAKAH CUCU SENIMAN AGUNG BAKAL BERLINDUNG?

Hati kecil saya tersentuh sebaik membaca paparan Berita Harian berhubung kisah kedaifan hidup menantu serta 2 cucu seniman agung, Tan Sri P. Ramlee.

Ringkasnya, rumah pusaka peninggalan Allahyarham dilaporkan bakal disita oleh pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL kerana kegagalan menantu seniman terbabit, Suria Bakar, 43 tahun, menjelaskan cukai taksiran berjumlah RM10,000.

Jika Suria berkemampuan, saya percaya, tentunya dia akan melangsaikan bayaran cukai terbabit tanpa sebarang masalah.

Sila baca laporan lengkap di sini.

Terlintas di fikiran saya, andai rumah itu disita, di manakah mereka sekeluarga akan berlindung? Mengapakah kita harus menyusahkan kehidupan kelompok sediakala daif?

Barangkali begitulah lumrah kehidupan artis di negara kita, dipuja sewaktu nama menjulang tinggi dan kemudian dilupakan setelah mereka pergi meninggalkan kita.


Siapakah tidak mengenali nama besar dalam industri perfileman negara, P. Ramlee? Ramai berkata, setakat ini tiada lagi artis di Malaysia mampu menyaingi kebolehan dan bakat beliau. Sewaktu menghembuskan nafas terakhir, P. Ramlee dilaporkan bukan hidup mewah seperti majoriti artis terkini. Namun beliau memahatkan nama dan karya di persada seni tanahair, sehingga kini filem lakonan dan arahan P. Ra,lee masih menjadi bahan tontonan majoriti kita.

Kita terhibur sambil bergelak ketawa menonton jenaka beliau tetapi pada masa sama derita waris SENIMAN terbabit ditempuh tanpa bantuan?

Wajarkah begitu?

Tidak.


Kita terbukti mampu membina ikon negara, Istana Budaya dengan kos 210 juta ringgit, masakan kita tidak berupaya menjaga kebajikan waris seorang seniman agung?

18 ulasan:

  1. adakah cucu yg dimaksudkan ni, Najua Nasir yg muncul di program Mentor semalam?

    BalasPadam
  2. masha allah..cuaki apa smapai rm10k..? zalim nya

    BalasPadam
  3. mintak maaf nak ckp la..
    itu sebabnya ramai jadi penyangak penyamun... xkurang jugak penipu..
    xdak nama pun xpe..
    janji duit ada..

    ehhh..
    ada org marah ke ni..?
    ini kan realiti kehidupan..
    maaf skali lagi...

    BalasPadam
  4. rasanya perlu la ada peruntukan tapi takleh la kasi mewah2.

    BalasPadam
  5. Mana pergi Menteri Wilayah Persekutuan? Mana Rais Yatim?? Mana ZED ZAIDI yang dok sibuk bising bila Aaron Aziz dpt anugerah??

    Bro Mazidul... Mohon copy artikel untuk dimuatkan dalam blog saya...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum wbt..

    Berkenaan dgn isu ini, sepatutnya persatuan yang dibangga-banggakan main kan peranan dekat sini..kat mana yg dikatakan nak membela seni??

    Tapi, nak tanya..selama ni kita mainkan cerita2 arwah Tan Sri P.Ramlee ni, family dia tak dapat royalti ke?

    BalasPadam
  7. sya jugak spt komen di atas ingin bertanya; di mana perginya royalti bagi filem /lagu nyanyian arwah?tak smpai kepada warisnya ke?

    klu begitulah senarionya(tak ada royalti) maka pihak terbabik-persatuan artis mahu pun mntri terbabit kenelah buat sesuatu.

    bagusnya klu skrg ni tgh2 mood nk PRU- benda2 ni mmg blh je bwk ke depan.

    BalasPadam
  8. waris Tan sri yang daif....pity them..

    BalasPadam
  9. So sad.
    I came across a documentary, or rather a historical biography of the late P. Ramlee on History Channel over youtube.

    Memang kesian kalau kita tahu kedaifan yang dialaminya sewaktu ajalnya hampir tiba, semata-mata untuk memperjuangkan seni yang beridentitikan Malaysia.

    The introduction to the documentary narrates: "P. Ramlee... dies broke & broken"...

    Maybe we can say: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jugak orang yang tidak menghargai jasanya sampai rumah pusakanya kena sita"...

    What an end :(

    BalasPadam
  10. ala nape nk kecoh keturunan p.ramlee ni..dh tu klu ank cucu p.ramlee kn hdp mewah ke??xpyh kerja mkn hasil royalti je??mm ambik pengajaran utk smua org,,tanpa ilmu duit gunung pn hbs,,dlm hdp kena kerja kuat cari rezeki halal,bkn hdp tmpng senang nama datik nenek..kn ada ilmu sbg panduan hdp..dulu ramai rakyat msia hdp sush time kegemilangan p.ramlee..skrg rakyat msia dh maju,,by the way sy agak xstuju dgn statement sila bantu artis or fmly dorg sbb drg byk menghiburkan kita..dorg belakon dpt payment,kluar movie kat wyg kita p tgk kn byr tiket,,bkn tgk wyg free,,even tgk cerita p.ramlee dkt astro pn byr langganan tiap2 bln,,dlm hdp kena beringat,,time mewah tunjuk kat org,,bila sakit blagak nk prvt hspital,,lps tu thegeh2 mtk bantuan,,kita blh nmpk pjalanan hdp artis ni,,klu org awam yg mmg xmampu mtk bantuan mmg ptt..lawak la,,abg mazidul xperlu nk bela keturunan p.ramlee ni,,dia pn xtinggal harta kat anak cucu napa kita pulak yg nak pjuang nasib dorg,,ank cucu smua dh besar dh tua2 pn,,pepandai la nk hdp,cari kerja,,suruh cucu blaja pepandai nk ubah nasib kluarga,,teguran ini utk semua org supaya beringat,,to artis juagak,,jgn guna statement menagih simpati sbb artis ni dh byk menghiburkan kita,,dorg dpt payment ok,endorsement product lg..income dorg lg byk dr kita,,cuma kita saving,,artis spend money

    BalasPadam
  11. menyampah statement kita kn hargai artis sbb dorg dh menghburkan kita,,hello they got payment frm what they r doing,,ok,,dan kami pn byr utk tgk dorg,beli cd,tgk wyg,byr fees dkt astro,,so bkn kita tgk free kat artis ni,,mslah ni dh berulang kali n i think seniman ptt conduct 1 workshop ajar artis2 cmana nk saving n invest,,simpan duit..by the way back to p.ramlee,,apa kejadah nk kena jaga waris dia???dia pn xtgl harta kat anak cucu..waris p.ramlee ni dh tua,dewasa,,pepandai la nk hdp cari kerja,belajar pandai2 ubah nasib keluarga,,xkan sbb to nenek seniman agung so kn sapot waris dorg pulak,,,lgpn dulu xda nk register harta intelect smua gambar yg p.ramlee blakon,,so mmg sesapa pn leh jual cerita2 p.ramlee la...ramai rakyat msia hdp sush struggle masa zaman gemilang p.ramlee..skrg kita hdp selesa sbb usaha sndiri,,bkn hdp kita brubah sbb tgk cerita p.ramlee..walaupn karya p.ramlee sgt hebat tp sy tak nmpk di mana relevannya perlu mjaga kebajikan keturunan dia..jd utk smua org,,ambik iktibar dr kejadian mcm ni,,abg mazidul,,sy suka bc bolg abg,,tp kdg kala kita perlu relistic dlm hdp..jgn smua benda nk kena suap,,xmustahil nanti ada pulak waris dari artis lain yg mtk simpati dgn cara yg sgt murahan ini,,kerja la,,cari rezeki halal,,penuhkan ilmu dunia akhirat dlm diri ank cucu kita,,insyAllah selamat dunia akhirat tanpa perlu meminta2...nabi pn ada pesan,,tgl la sdikitt harta utk keturunan supaya mereka tidak perlu meminta2 dgn org lain..

    BalasPadam
  12. Salam

    walau siapa pun orang tu, kalo niat nk membantu tu atas nama ikhlas sedekah, it doesnt matter dia adalah waris or not.. artis or not, dia tetap manusia biasa sama macam orang lain. sekarang adalah masa dia meminta bantuan kerana kesusahannya, if esok2 terjadi pada diri sendiri...? hidup ibarat roda, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. tak salah kalo bila kita senang kita bantu mereka yang sedang susah. kalo takda niat nak bantu, duduk diam2 jangan cakap apa2. renung2 kan lah.. wallahualam.

    BalasPadam
  13. Salam...
    Tak perlu caci cela...tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Mungkin hari ini bukan hari kita, esok siapa yang tahu?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.