Ahad, April 08, 2012

PELIK, KAN?

Di Malaysia, banyak kerja kosong. Jika tidak, masakan ribuan rakyat asing membanjiri negara kita untuk mencari rezeki. 

Mereka  antaranya bekerja direstoran, kilang, ladang dan di tapak pembinaan.

Membanting tulang empat kerat, mereka meraih pendapatan sehingga mampu menghantar sebahagian wang diraih kepada anak isteri ditinggalkan di kampung halaman.

Sedangkan sebilangan lelaki bergelar suami di negara kita makan tidur disara dek isteri.

Pelik, kan?

Itu tidak termasuk golongan generasi muda, mendakwa tidak berpeluang mendapatkan pekerjaan dan perbelanjaan harian terus ditanggung oleh  ibu bapa.

Pelik, kan?

Barangkali pembaca mempunyai pandangan untuk dikongsikan berhubung hal ini.

18 ulasan:

  1. org skrng ni memilih kerja.nk kerja sng gaji besar.sdgkan kerja kilang,tapak pmbinaan pon kerja jgk.halal ape...

    BalasPadam
  2. memang pun pelik, pendatang asing datang ke negara ini hanya sehelai sepinggang tapi mampu meraih pendapatan berganda-ganda, lalu apa alasan warga kita mengatakan di negara kita ini tiada pekerjaan, dan penganggur pula ramai..ternyata warga kita memang pemalas..jangan salahkan pendatang jika mereka bekerja dimana-mana sektor, kerana mereka tidak memilih apa juga juga jenis pekerjaan. warga kita terlalu pemilih, hanya mahu yang mudah saja.

    BalasPadam
  3. Rakyat Malaysia malas berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Bagi mereka, semuanya kena datang bergolek, datang melayang turun dari langit. Rakyat Malaysia perlukan lebih motivasi untuk mula mengorak langkah menuju wawasan 2020 yang dicanang canang.

    BalasPadam
  4. Saya rasa di mana2 negara pun, biasanya penduduk asalnya (cth: Melayu di Malaysia)ada rasa superiority. Mereka rasa "ini tanah aku, so rileks shj".

    Selain tu, dimana2 negara pun, saya melihat bangsa asal rakyat negara itu adalah yg hidup sbg 'middle class income family'.

    Tidak semua, tapi segelintirnya.

    Saya kini menetap di New Zealand, perkara sama terjadi kpd bangsa Maori. Kebanyakannya bekerja sbg pekerja bawahan sahaja. Sehinggakan pendatang yg menetap disini diatas title refugee (under UN) hidup lebih mewah sbb mereka rajin bekerja. Disini juga ramai majikan yg suka mengambil pekerja dr kalangan pendatang Indonesia dan pelajar2 Malaysia yg belajar disini.

    Saya melihat perkara yg sama semasa berada di Fiji. Ramai rakyat asal Fiji yg berpendapatan rendah. Sedangkan, kaum India disana ada yg hidup senang lenang sbb mereka rajin bekerja.
    Mungkin apabila seseorang berada dinegara yg bukan negara asal mereka kesedaran itu lebih lagi.

    BalasPadam
  5. Sebagai majikan, saya dah nampak banyak kerenah pekerja tanah air. Masalah utama ialah ATTITUDE atau SIKAP. Cuba bayangkan, bila saya iklankan pekerjaan sebagai programmer, email yang saya dapat bertanyakan "berapa gaji yang ditawarkan?".. bukannya nak tanya pasal tugas2 yang bakal dilakukan!.. Bagi saya, senang je, kalau anda tak ada kerja, sapu je kerja yang ditawarkan sebagai pengalaman. Dah cukup pengalaman, cari pulak peluang lain.

    BalasPadam
  6. Maaf Tuan, iklan sket (kalau boleh).

    Saya mencari pekerja.
    Bidang: 3D/Graphics Programming (C/C++, PHP, JS, Python, etc.)
    E-mailkan resume/profile (.pdf) kepada saya.

    Sekian. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. saya salah seorang panel interview majikan bagi program pemutihan 6P di Johor Bahru bagi salah satu sektor . Sehingga hari ini, hampir 3 ribu permohonan PATI bekerja telah diluluskan (bermaksud 3 ribu kerja kosong di negeri Johor di isi PATI!). Soalan temuduga yang sering saya tanya ialah 'kenapa tidak ambil pekerja tempatan?'. Antara jawapan yang selalu diberikan ialah 'orang tempatan tak nak kerja, orang tempatan tak boleh buat kerja berat, kerja busuk, berhabuk, orang tempatan tak rajin 'overtime'. Saya sebagai orang Malaysia turut malu. Sedangkan bentuk fizikal warga asing lebih kurang orang Malaysia tapi kenapa mereka boleh buat kerja-kerja itu? Pernah 1 majikan mengeluh kepada saya, beliau mengatakan pekerja asing sekarang sudah bijak. Sekiranya tidak dinaikkan gaji, mereka akan beramai-ramai berhenti kerja dan lari ke tempat lain. Sedangkan gaji mereka telah dibayar sebanyak RM40/hari tidak termasuk overtime. Mereka tahu pekerja tempatan tidak mahu bekerja jadi mereka pijak kepala majikan. Nak tak nak majikan terpaksa ikut kata disebabkan tak nak 'production' menurun. Inilah masalah paling besar yang perlu dicegah. Mentaliti orang kita rendah. Bukan majikan yang salah 100%. Tapi orang kita, orang Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat kenyataan tuan. Pekerja saya semua Melayu. Mereka memang pemalas. Saya pun bercadang nak ambil PA. Saya dah tak tahan kerenah pekerja tempatan terutama Melayu Pemalas.

      Padam
  8. Tak menjadi pelik, kerana anak tempatan, pelajar tak setinggi mana, tetapi mahu kerja di tempat selesa, nak ada air cond, tak mahu berpanas, nak kerja senang, tetapi nak gaji besar, nak hidup mewah, dan sanggup tolak tawaran kerja dan menunggu peluang sebegitu, ruang yang kosong di sisi oleh "MEREKA" -

    sepatutnya anak tempatan perlu ingat "baru lahir belum tentu boleh berlari" - sebab kita ini manusia.... fikirkan lah

    BalasPadam
  9. Peluang pekerjaan tu ada tapi sikap yang menjadi punca ada sebilangan rakyat Malaysia terlalu memilih dengan pekerjaan yang ditawarkan.

    BalasPadam
  10. Bro, orang kita tidak memilih kerja, tapi cuba perhatikan, siapa 'Tauke' setiap syarikat? Mereka lebih suka 'mengalirkan' kekayaan mereka kepada agen orang asing (orang dia juga) daripada mengambil orang kita. Cuba hayati Lirik lagu Warisan (lagu Anak Kecil Main api...)

    Pernah saya dan rakan buat kajian dan siasatan tidak berapa lama dahulu, Orang tu tanya "Lu Malayu ka?", dan dan mereka kata "Semua sudah penuh...talak kosong", walhal setelah beberapa minggu, iklan "Walk-In-interview" masih terpampang.

    BalasPadam
  11. malas sangat kot??

    tak pun terlalu dimanja oleh ibubapa dengan kesenangan sehingga tak pernah tahu apa erti kesusahan sampai tak pandai berdikari, barangkali

    BalasPadam
  12. Sabtu lepas baru mendengar cerita drp adik ipar tentang sepasang suami isteri - Isteri asal Indonesia,suaminya Bangladesh.

    Yang menariknya :-
    Si isteri taukeh kantin (tak pasti kantin apa) di Puchong.
    Si suami pula taukeh ambil sub kerja-kerja renovation rumah/pejabat.
    Bila ditanya kepada anak perempuannya berusia 5 thn "Adik orang mana?" "Orang kampung" jawabnya yg membuatkan ketawa kami pecah berderai...

    BalasPadam
  13. Mungin ada pembaca yg pernah berniaga secara kecil-kecilan. Mungkin ada juga yg pernah cuba meluaskan perniagaan ke pusat membeli-belah dgn membuka kiosk2 kecil.

    Agak2nya ramaikah rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu mahu menggaji pendatang asing?

    Opss.. asal Melayu je, tempat dah full.. kalau nak gak, downpayment double.. opsss.. Maklum la.. tempat org.. opss.. Bukan tempat org Melayu.. Sekiranya rajin boleh survey kat pendatang asing yg jaga kiosk.. "Saper bos?"

    Tips sket: Gunakan kekuatan persatuan - disamping membantu org lain dgn mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  14. stuju ngan the red rambutan..janganla asik cakap org kita malas.anak mlayu dah semakin bijak..ramai dah ade degree takkan korang nak dorg keje angkat sampah..be realistic.ni zaman gen y..mmg antara sifat gen y is MONEY. harga barang dah naik kos hidup semakin tinggi so mmgla dorang akan tanya RM dulu.korang nak keje jawatan prgrammer gaji 700 sbulan??nak ke??konpem korang akan kata balik ish tak berbaloi ar..keje kjaan mmg banyak kosong tapi masa interview tanya soklan luar skop kerja..buat org muda malas plak nak join n give up ngan keje kjaan..aku penah kene interview ngan kjaan bole plak dia tanya maklumat sulit sykt yg aku sedang keje..maklumlah ade hubungkait politik.aku jawable ape kaitan ngan jawatan yg saya nak pohon..ish..ish..keje mmg banyak tapi harus ingat anak mlayu semakin bijak.imagine if anak korang ade degree n diploma pastu dorg nak keje sapu sampah..ha ade korang bagi..cakap tu kene pk gak

    BalasPadam
  15. Sebenarnya.. mereka tak jumpa "Start Button"...

    BalasPadam
  16. saya pekerja swasta
    suami bekerja sendiri
    sedaya upaya mencari pekerja tempatan yg sanggup bekerja membantu gerai suami.
    dulu pernah ada pekerja warga asing, tp beliau demand..sbb tahu mungkin org tempatan x sudi bekerja jaga gerai. xde standard..permintaan naik gaji x dipenuhi, dia meninggalkan gerai begitu shja...xpe la
    alhamdulillah kami dh dpt seorang pekerja warga tempatan. setelah 4 bulan mencari..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.