Rabu, Januari 01, 2014

MENGAPAKAH LELAKI INI DIGARI?

Akibat disyaki mengeluarkan catatan berbaur ancaman jenayah di laman sosial seorang bekas kakitangan awam berusia 34 tahun diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.


Kata AHLI Parti Keadilan Rakyat ini, dia ingin mendatan kecederaan parah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Berikutan itu suspek direman 3 hari dan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.


Jika ingin melihat wajahnya, sila klik di sini.

Kepada semua pembaca, berhati-hati tatkala melontarkan komen di laman sosial. Usah mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan jenayah, ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda. Kalau tiada individu membuat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan, selamat. Jika sebaliknya berlaku, padah diundang.

Apabila tangan sudah digari, kebebasan terhad. 


Kalaupun marah dengan Taib, tindakan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menempah bala. Gunakan hak mengundi pada Pilihan Raya Umum, PRU ke 14 untuk memilih pemimpin. Samalah, andai ingin mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan servis, tidak perlu kononnya menawan Dataran Merdeka.

Tindakan itu tidak berfaedah.



Jika percaya kepada kuasa rakyat, pada PRU akan datang, gunakan hak mengundi untuk memilih pemimpin difikirkan lebih sesuai. Memekak sana sini, bak anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh.

3 ulasan:

  1. Yusuf bin Baharudin, aku hanya mampu bersimpati saja. Kurang bijak dan itulah padahnya menentang orang berkuasa. Aku sangat menyokong pandangan saudra Mazidul, tiada faedah menentang mereka semua. Nanti bila dibebaskan, semoga saudara Yusuf boleh bertenang dan cuba untuk "Play Safe". Dunia hari ini bergerak mengikut arah angin adalah lebih selamat rasanya.

    BalasPadam
  2. Malang sungguh jadi 'kaki kipas' Chegu Bard-seorg kekitangan kerajaan yg mengutuk kerajaan tetapi sanggup pula hantar anak ke sekolah kerajaan dan 'kaki cium' manusia yg bernama Anwar Ibrahim.

    Sibuk-sibuk hantar cikgu bard balik ke kl, dia pula yg dapat pakej 'tangkap dan bermalam dilokap' sedangkan 'kepala besar'nya masih sibuk menghantarkan anaknya bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan

    BalasPadam
  3. Malang sungguh jadi 'kaki kipas' Chegu Bard-seorg kekitangan kerajaan yg mengutuk kerajaan tetapi sanggup pula hantar anak ke sekolah kerajaan dan 'kaki cium' manusia yg bernama Anwar Ibrahim.

    Sibuk-sibuk hantar cikgu bard balik ke kl, dia pula yg dapat pakej 'tangkap dan bermalam dilokap' sedangkan 'kepala besar'nya masih sibuk menghantarkan anaknya bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.