Selasa, Disember 11, 2012

BUKAN SEMUA ... (UPDATED)



Bukan SEMUA penunggang motosikal berkuasa tinggi merempuh sekatan jalanraya. Ramai menunggang secara berhemah. Contohnya, motosikal 1000 CC ditunggang dengan kelajuan 110 kilometer sejam di lebuh raya dan 60 kilometer sejam di jalan biasa.

Jadi biarpun menunggang motosikal berkuasa tinggi TETAPI tidak pernah merempuh sekatan jalanraya seperti dipaparkan di visual di atas, usah berasa terusik.

Itu bukan anda, pastinya individu lain tetapi secara kebetulan dia menunggang motosikal berkuasa tinggi. Lagipun TIADA nama mana-mana individu ATAU nama kelab motosikal  dinyatakan dalam laporan itu.

Berikut satu daripada komen PELIK dihantar kepada saya.


Biar saya jelaskan.

Saya tidak pernah menuntut sesiapa jua memuliakan diri ini tetapi usahlah sampai sanggup memuliakan Yahudi. Penghantar mesej itu, pemilik motosikal berkuasa tinggi tetapi saya TIDAK pernah menggelar dia sebagai pelesit. Maka mengapakah deck officer itu perlu berasa amat marah?

Untuk rujukan Putra Iskandar, berikut sebahagian kenyataan dipetik daripada skrip asli Majalah 3 ...

'Pelesit jalanraya ini mungkin menyedari kehadiran kami namun tetap memperjudikan nyawa mereka, bersaing laju menuju ke arah selatan'

Phrasa 'pelesit jalanraya INI' merujuk kepada DUA penunggang di dalam video disiarkan dan TIDAK ada kena mengena langsung dengan penunggang motosikal berkuasa tinggi lain.

Tugas jurukamera, merakamkan kejadian berlaku di hadapan mata dari udara dan kejadian itu kemudian diolah. Turut bersama berada di dalam helikopter sewaktu visual direkodkan, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. Sila rujuk kenyataan beliau jika perlu.

Saya yakin Putra Iskandar tidak begitu teliti mendengar ulasan disiarkan lalu pantas membuat kesimpulan.

Berikut respon pemilik motosikal berkuasa tinggi terbabit melalui akaun kedua Facebooknya setelah penjelasan dipaparkan di entri ini.



Terima kasih kerana sudi membaca.

17 ulasan:

  1. Apabila membaca komen2 mereka di fb. Semuanya lari dari konteks. Marah melulu hingga ada yang menukar wajah lambang umno yang langsung tak ada kene mengena.

    Kalau naik superbike sudah begini lagaknya (orang yang educated & pro klaim mereka konon nya). Sudah pasti firaun pun kalah (sila rujuk mesej yang dihantar, atas) kalau mereka mula memandu ferrari..

    BalasPadam
  2. assalam ...

    pelan pelann ... sabar ...
    sapa makan cili ... dia yang terasa pedas .... huhuhuhu ...

    BalasPadam
  3. Ntahla..org Malaysia skang ni dh terlalu advance..beli sbk mcm beli ex5 je..dh terlalu ramai pakai sbk.. dulu kalau nampak sbk atas jalan mesti mcm "fuiyooo"
    tpi skarang dah x heran..biasa je.. hehe

    BalasPadam
  4. ni antara manusia yang tak syang nyawa mereka en mazidul...lain yang dicakap lain yang ditafsir...

    BalasPadam
  5. Yang rempuh sekatan polis ntah2 bernombor plat F.... hehehe...
    Dan lagi satu memang ya Tidak Semua macam tu... seumpama.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..... dari sbk dari yg ikut tata tertib.. kelajuan itu satu kepuasan...menjadi lumrah... bila rasakan selamat... pecut.....jika ada kesilapan dari pemandu lain contoh kereta menukar lane tibatiba atau pun tayar sbk terskid... boleh membawa padah.... sape yg tunggang sbk akan tahu perasaanini...

    BalasPadam
  6. Tak perlu layan manusia macam ni,ada kawan saya marah2 bro mazidul kat fb dia pasal motor dan majalah 3 haritu,.saya taktahu nak komen macamana

    BalasPadam
  7. Sebenarnya MAJORITI superbikers menunggang secara berhemat walaupun selalunya laju sebab superbike lebih sukar dikawal ketika perlahan berbanding ketika laju. Sebabnya rata2 superbike mempunyai berat kering lebih 170 kg (ada yg lebih 200 kg) jadi badan superbike yang berat itu memberi lebih tekanan kepada lengan dan bahu terutamanya ketika perlahan. Sebenarnya, pesalah jalan raya tak semestinya superbikers, semua jenis kenderaan pun ada. Senang cerita, siapa makan cili dia terasa pedas.

    BalasPadam
  8. sy sokong kenyataan squall-shinoda..klau kt xbersalah buat ape nk mrh2 kn..sy pun menunggang dgn berhemah juga..xkira apa pun..undang2 tetap undang2..igt sblm kena..

    BalasPadam
  9. bila skrip kata peleseit jalanan berduyun orang marahkan tv3 dan mazidul semua...

    konon memfitnah para penunggang superbikes la ape la...
    berkobar2 pertahankan nama kumpulan

    tapi agama islam kita da lama dihina oleh akhlak kita sendiri..
    nape xde perasaan berkobar yang setimpal untuk betulkan balik persepsi orang terhadap agama kita?

    manusia~

    BalasPadam
  10. yg rmai mrh kt mazidul ni sbnrnye bkn sbb gelaran pelesit jalanan. cuma penunggang yg dirakam tu mempamerkan aksi bahaya sbnrnya adalah plakon yg diupah. tgk num plat moto dlm gmbr tu pon da nmpk xde num plat kn?

    ni da nama tindakan memanipulasi kn org t'tntu utk m'brukkn pihak t'tntu. sape yg xmrh? sdgkn dia yg wartawan pon pnh isap dadah. xphm btol ak.

    BalasPadam
  11. Sekurang- kurangnye dia meminta maaf atas kesilapan yg dilakukan.. Tahniah sebab bukan semua orang boleh buat macam dia

    BalasPadam
  12. Yang salah tetap salah. Sesiapa yang memandu atau menunggang dalam erti kata lain berbahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mereka ini memang patut dikenakan tindakan. Tidak kira sesiapa pun.

    Cuma kalau boleh,persoalannya sekarang ini janganlah yang tiada diada-adakan semata-mata “mahu menghalalkan” setiap agenda yang dirancang.

    BalasPadam
  13. SMTI-Bro, ini ada pesanan dari sahabat saya dari ###### Bikerz Club "Saya pun ada superbike dan selalu menunggang dengan kelajuan 220/kmj - 260/kmj. Tak marah pun...Seronok dapat promosi percuma he he"

    BalasPadam
  14. jangan gaduh2,,, kita melayu,, setiap orang ada bt silap.. aku bukan sokong mana2 pihak, tapi apa yg mereka(tv3) buat tu ada reason dia,, jangan la sampai nak memuliakan yahudi,, kita islam, jangan gaduh sama islam k,,,

    BalasPadam
  15. salam saudara..
    saya cukup kagum dgn kcekapan saudara mengupdate blog nie..dari segenap penjuru..menuntut hak pengguna..blame MAS,airasia,celcom,maxis,tm..awang hitam,,isu mak nyah,gay..fuh..byk tu..tp bab nie...
    bleh mnunjukan yg AES tu bagus ke?
    @ AES ni nk mganaya rakyat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.