Isnin, Mac 16, 2009

Di Antara Kaca Dan Permata

Tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang berjaya meraih 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Terus terang, saya kagum membaca kisah kegigihan anak nelayan itu belajar dalam keadaaan serba daif. Ayahnya, Nik Mohd Kamal, 41 mengaku tidak mampu membayar sewa rumah dua bilik, RM90 sebulan di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan sejak setahun lalu berikutan pendapatan hanya RM500 sebulan.

Kini Petronas, Bank Negara Malaysia dan MARA menawarkan anak sulung daripada empat beradik itu biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Manakala Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju memberikan rumah bernilai RM130,000 kepada keluarga Nik.

Nik meluahkan rasa terkejut kerana secara tiba-tiba kisah kemiskinan keluarga dan kejayaannya menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Saya percaya Nik akur, fitrah manusia, hanya bijak membezakan di antara kaca dan permata apabila kecemerlangan terbukti. Jika tidak kerana kejayaannya pasti keluarga Nik dibelenggu kedaifan berterusan, tidak ramai peduli.

Apa kata anda?

35 ulasan:

  1. Hakikat yg saya yakini ramai orang tau, sebenarnya terlalu banyak permata yang tersimpan di Negeri Serambi Mekah itu.

    Majoriti masyarakat kampung di sana adalah seperti keluarga Nik Nur Madihah. Di antara banyak2 permata itu, permata keluarga ini nampak lebih bersinar. Wajarlah mereka dibantu terlebih dahulu.

    Pembasmian kemiskinan adalah tugas pemerintah, baik di peringkat negeri ataupun pusat. Bagi rakyat macam kita, hanya ilmu yg dapat membebaskan kita daripada belenggu kesusahan.

    Seperkara yg saya kagum, walaupun masyarakat kampung di Kelantan majoritinya serba kekurangan, namun mereka punyai kesedaran yg tinggi akan kepentingan ilmu, khususnya ilmu agama. Itulah sebenarnya yg membezakan antara kaca dan permata...

    BalasPadam
  2. En Mazidul,

    Sekiranya adik Madiha mencatatkan keputusan 10A1 dan bukannya yang paling cemerlang di antara pelajar-pelajar cemerlang..mungkin tiada tawaran,hadiah yang mencurah-curah seperti apa yang diperolehinya sekarang.

    BalasPadam
  3. tiap2 tahun mesti ade pelajar yang dapat A sume subjek 10A...15A...20A....tp berita diorang hangat 2,3 bulan je...lepas tu terus senyap...ape cerita dengan budak2 spm tahun2 lepas yang dapat berbelas A...???sume dah senyap....diorang ni kerajaan perlu bagi perhatian...kalo tak....jadi la macam sufiah...

    BalasPadam
  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    kerajaan kelantan nak bantu keluarga miskin atau nak dapat pupulariti murahan kononnya mereka adalah penyebab kejayaan Madihah.

    PAS kata- Maduhah berjaya sebab PAS sedangkan keluarga mereka berpuluh tahun miskin PAS tak bantu dan bela.

    kemusykilan ialah kawasannya itu banyak didiami oleh orang miskin, kenapa keluarga Madihah sahaja layak.

    ADAKAH INI CARA ISLAM? BANTU SATU-SATU KAUM ATAU ORANG TERTENTU..dan kaum lain tak dibantu...

    Kaca- kalau dipolitikkan
    permata- kalau bantu semua orang.

    BalasPadam
  5. Salam,saya juga bangga.
    Sangat² bangga.Dia telah membuktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan.
    Dengan ilmu lah anak² dapat bantu mengubah nasib keluarga.
    Moga adik ni akan terus berjaya dan berjaya:-)

    BalasPadam
  6. harap pelajar ni akan sentiasa mengharumkan nama keluarga, negara, agama dan bangsa. Jgn sesekali lupe asal usul diri.

    BalasPadam
  7. WAH!! BERUNTUNG ADIK NEH, SERONOK KELUARGA LPS NI, BERTUAH DAPAT ANK YG SEBEGINI, WALAUPUN DAIF, TAPI TTP DPT KEPUTUSAN YG PALING CEMERLANG. SEMUA ORG DTG MMBANTU, HANYA ILMU DPT MMBEZAKAN SEGALA2NYA.. SEMUA DITAJA,

    p/S= bila agknye ak dpt kgembiraan sebegini?

    BalasPadam
  8. alhamdulillah... ada juga manusia prihatin kepada pelajar tersebut... memang sewajarnya pelajar tersebut menerima ganjaran yg mencurah-curah... semoga ini dapat menjadi inspirasi kepada calon spm 2009, jgn jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk berjaya...

    BalasPadam
  9. Walaupun, adik tu tidak menjadikan kemiskinan sebagai penghalang kpd kejayaan, kita tidak boleh jadikan alasan itu serupa kepada semua insan. orang lain mungkin memerlukan perkara yg dinikmati oleh rakan2 lain seperti murid2 dibandar. Oleh yg demikian, kerajaan negeri perlu berusaha lebih membawa kemajuan dari berbentuk fizikal (kemewahan & kekayaan>

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  10. Banyak faktor yang membawa kejayaan.

    Biasanya kita nampak faktor luaran saja - seperti faktor sekolah, guru2 dan kemudahan pembelajaran.

    Faktor dalaman jarang2 kita bincangkan. Amalan fardhunya, amalan2 sunatnya, adab dan akhlaknya, doa ibu bapanya, doa guru2nya..dan banyak lagi.

    Setakat faktor luaran, semua sekolah kat Malaysia ni ada. Tapi faktor dalaman itulah yg susah nak dicari.

    Kenapa agaknya ye.. negeri yang di anak-tiri kan oleh kerajaan pusat itu seringkali melahirkan pelajar2 yang cemerlang?

    Apa x-factor yg ada di sana?

    Barangkali Abe MIE ada jawapannya...

    BalasPadam
  11. Hanya pendidikan sahaja yang boleh mengeluarkan sesebuah keluarga itu dari lingkaran kemiskinan dan kecemerlangan sebegini seharusnya dijadikan ikutan kepada pelajar-pelajar yang mewah hidupnya. Dan kita tidak boleh lagi mempertikaikan PPSM dalam bahasa inggeris kerana ternyata adik ini telah berjaya..

    BalasPadam
  12. betol, betol, n n betol..
    xdinafikan ilmu dipelajari n kejayaan yg diperoleh 1 mase mmpu mmberi kite kesenangan..ngan kejayaan kite mula dipandang...exp sedare2 jauh dekat...tp kalo xberjaye usahkan mendekati malah..menjauh sejauh2 nye adelah...sedih bile ingatkan mase susah2 dulu, xde yg mengaku sedare...tp bile anak2 abah berjaya..semua masuk dekat..
    apa yg masyarakat pandang sebenarnye????

    BalasPadam
  13. ternampk baru nk terhegeh2.. sedangakn yng belambak2 pandang un tidak..itu la manusia..xpernah lepas dari mencari perhatian org..yg penting biarlah ikhlas membantu

    BalasPadam
  14. Salam..
    Kesusahan adalah guru terbaik. Percayalah, kesusahan mengajar beliau erti syukur. Bukan senang nak Jadi senang.

    Sebenarnya, kaya atau miskin itu tidak penting. Apa yang penting adalah KEBERKATAN rezeki. Walaupun gaji RM 10,000.00 sebulan kalau tidak ada keberkatan, tetap tidak cukup. Apabila tidak berkat, pelbagai implikasi lain yang akan timbul melibatkan baka atau kualiti zuriat.

    Namun begitu, sekiranya rezeki itu mendapat keberkatan Allah, gaji RM 400.00 sebulan pun cukup untuk sara 7 orang anak. Percayalah. Sepatutnya, temuramah ayah Nik dan tanya bagaimana untuk memperoleh rezeki yang berkat?

    Tahniah Nik. Usaha anda tidak berakhir di sini. Allah menguji anda dengan rezeki yang melimpah ruah. ALHAMDULILLAH...Rezeki Allah..

    BalasPadam
  15. alhamdulillah...terbela jua akhirnya...harap tidak disia2kan peluang yang ada

    BalasPadam
  16. emm, bila terbaca kisah Nik Madihah dapat 20A, rasa rugi sebab masa belajar dulu banyak main2, tapi tetap dapat jejakkan kaki ke Universiti.remaja2 kat luar patut amik iktibar, belum terlambat lagi..

    p/s : semuanya bermula dari rumah..

    BalasPadam
  17. Adat manusia menyanjung hanya yang terpuji, tetapi apabila miskin dikeji dan tersepi.

    Namun, kuasa Tuhan juga untuk menunjukkan kekayaan-Nya. Nasib manusia boleh diubah jika Dia mengizinkan. Dengan kejayaan adik Nik Nur Madihah, nasib keluarganya kini mulai berubah. Baguslah.

    Pemimpin-pemimpin setempat juga seharusnya membuka mata. Takkanlah sekian lama keluar Nik Mohd. hidup dalam kemiskinan begitu tidak dapat dihidu langsung.

    Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang membimbingnya dan ibu bapanya yang cekal dan tabah menghadapi hidup.

    p/s: Dijemput membaca komentar saya tentang kejayaan adik Nik Nur Madihah ini di laman blog saya http://nizammatsaari.com/blog

    Terima kasih.

    NIZAM MAT SAARI
    http://nizammatsaari.com/blog

    BalasPadam
  18. Kejayaan Adik Nik Nur Madihah, akan menjadi inspirasi kepada anak-anak orang susah. Kesusahan itu bukan penghalang untuk berjaya. Itulah yang adik Nik Nur Madihah buktikan.

    BalasPadam
  19. Cerita mengenai adik Madihah ini menginsafkan...kesusahan adik ini tidak melemahkannya....

    Ramai yang mampu pun tak boleh berjaya dan menjadi secekal adik Madihah....semoga adik Madihah akan terus berjaya...

    BalasPadam
  20. alhamdulillah..

    semakin ramai student-student melayu berjaya mencatatkan sejarah dengan beroleh kejayaan yang amat membanggakan seperti Nik Nur Madihah.

    Semoga kejayaan ini akan dicontohi oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun hadapan.

    Bersyukurlah dengan kurnia yang diberi...
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  21. Betul la Mr. Mazidul, klu tak puteri En. Nik Kamal tak berjaya, sudah tentu tak ada yang amik tau...mana pg nyer org2 kaya yg byk cakap...x kan x wat keje kot?????

    anyway, congrats

    BalasPadam
  22. alhamdulillah..kejayaan adik nik nur madihah telah membuka mata semua pihak bahawa pelajar sekolah agam negeri yang dikatakan serba kekurangan masih mampu melahirkan insan yang berjaya..
    cayalah nik..
    i bangga jd budak maahad..

    BalasPadam
  23. Di Kelantan, sememangnya rumah rakyatnya agak sedarhana terutamanya mereka yang bekerja sendiri kecil-kecilan. Walaupun materialnya kelihatan sempit, tapi jiwa mereka lapang kerana disuluh dengan agama. Dengan agama, rakyat akan berjaya, dan selamat dunia dan akhirat. Wawasan kerajaan Kelantan jauh hingga ke Akhirat.


    Negeri Kelantan, adalah tempat istirehat para fakir miskin. Walaupun material kelihatan dhaif, hidup mereka tak sesempit seperti orang yang merempat disetinggan2 di KL dan Selangor.

    Soal material, Kerajaan Negeri urus ikut keutamaan sebab Kelantan agak terhad dari sudut kekayaan, ditambah lagi Kelantan dianak-tirikan oleh Kerajaan Pusat.

    BalasPadam
  24. tahniah adik Madihah tumpang gembira atas kecemerlangan orang senegeri..apa2pun itu rezeki dia dan keluarganya. sokong abuamin..

    BalasPadam
  25. tahniah..

    jgn terlalu memuji kerana manusia cepat lupa diri esp mereka yg tiba2 jadi popular.. :(

    sejarah telah membuktikan.

    kejayaan juga adalah ujian dari ALLAH.

    BalasPadam
  26. so moral of stori...

    pada mereka yg nak cepat dapt dapek durian runtuh.. sila la blajo gilos babi.. tgk kesenangan dtg bgolek.. sapa kata mesia miskin..

    kalo xbijak jd la papa kedana sampe mati.. 2 pasal islam suruh blajo..

    pada adik madihah smoga kegeniusan adik digunakan kejalan benar bukan songsang..

    semoga adik xtjebak pada anasir luar bila dh brada diluar seperti dak genius mesia yg lain... AMIN

    BalasPadam
  27. Sdr MAS,
    tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah yang tahu.

    Semoga adik Madihah tidak tersilap langkah...

    BalasPadam
  28. Sdr Zulkifli,
    Saya setuju sangat dgn saudara !

    1. Kejayaan hakiki ialah kejayaan yg seiring dengan tuntutan akhirat, bukan setakat dapat straight A's tapi solat fardu hanyut dan akhlak hampas...

    2. Urusan material diurus ikut keutamaan - yg lebih dahulu layak didahulukan. Kalaulah negeri itu dapat layanan yg sama spt negeri2 lain, dah tentu berpuluh2 lagi Nik Nur Madihah akan muncul !

    BalasPadam
  29. biasala... yang timbul di kejar....
    yang tenggelam terus tenggelam..

    BalasPadam
  30. abuamin berkata...

    Banyak faktor yang membawa kejayaan.

    Biasanya kita nampak faktor luaran saja - seperti faktor sekolah, guru2 dan kemudahan pembelajaran.

    Faktor dalaman jarang2 kita bincangkan. Amalan fardhunya, amalan2 sunatnya, adab dan akhlaknya, doa ibu bapanya, doa guru2nya..dan banyak lagi.


    bagus komen yang ini.... naikkan nama melayu madihah!!!

    BalasPadam
  31. pelek juga pelajar yg terlepas pandang BiasiswaPersekutuan????MALU

    BalasPadam
  32. Semoga jangan lupa diri bila berada di tempat orang.. berpijak dibumi nyata..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.