Jumaat, Mac 27, 2009

Hukuman Mati Najib Kekal

“Kau kenal siapa tu?,” tanya Sarjan pengiring Ahmad Najib Aris ke kamar mahkamah untuk dibicarakan.

“Kenal,” jawabnya ringkas.

6 tahun lalu beberapa kali saya bertemu Najib di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berwajah lembut dan berkopiah putih, dia senyum setiap kali melihat saya duduk di kerusi berhampiran pintu kamar mahkamah.

Semalam bekas penyelia pencuci kabin pesawat itu, kini berusia 33 tahun gagal dalam rayuan terakhir mengetepikan hukuman mati sabit kesalahan merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian pada 14 Jun 2003.

Mayat Canny ditemui dalam keadaan rentung dengan tangan terikat terperosok dalam lubang sempit di tepi lebuhraya.

Kekadang riak wajah tidak menggambarkan naluri dan perlakuan ganas di dalam diri manusia.

Berhati-hatilah.

14 ulasan:

  1. betul bro mazidul..apa yang kita lihat dari pandangan mata tak semestinya menggambarkan sifat sebenar seorang manusia. Apatah lagi dengan macam2 jenayah yg berlaku kebelakangan ni..

    BalasPadam
  2. salam...zaman sekarang sukar untuk membaca siapa kawan siapa lawan...dengan hasutan syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan manusia,,sekelip mata yg baik bertukar menjadi sejahat2 manusia....

    tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam
  3. hmm
    setiap keburukan dan kebaikan,ada hikmahnya.
    kadang2 bile tgok orang yang buat salah ni berubah,hati kite pun kesian.
    tapi kalau la itu blaku kat sanak saudara kita,tak mungkin rasa marah dan benci tu boleh hilang.

    tapi Wallahualam.
    moga tuhan mengampuni dosa2 beliau.

    BalasPadam
  4. SIFAT LUARAN SESEORANG TDK MGGAMBARKN KEPERIBADIAN..

    SPT KATA PEPATAH :
    "rambut sama hitam,
    hati lain lain"

    KITA KENE BERWASPADA PADA SEMUA ORG, BERINGAT SEBELUM KENA...

    BalasPadam
  5. tdk semua yg bertudung labuh,
    bersongkok bkopiah itu baek akhlaknya, cuma 5% yg bkelakuan d luar jangkaan. Pernah tdk kes, Ustaz rogol anak, Ustazah campak tudung demi kerjaya pilihan.
    ape semua ini??
    di mana perginya akhlak?
    sepatutnya luaran mlmbgkn sifat
    dalam. Bersih Di luar dan dalam..

    BalasPadam
  6. Salam,

    Setuju bro.Kadang² orang sekeliling kita juga tidak boleh di percayai.Kena sentiasa berhati².

    Akhirnya..si pembunuh Canny Ong terima pembalasannya.

    BalasPadam
  7. Kita sering terkeliru dengan penampilan penjenayah2 yg berhadapan dgn hukuman mati. Justeru terbit rasa kasihian ke atas mereka. Kita imbau kembali di hari canny ong dilarikan, diugut, diikat, diperkosa, dibunuh dan mayatnya dibakar. Bagaimanakah ketakutan dan kesakitan yang dialami gadis kecil itu yg tidak berdaya melawan kudrat si pembunuhnya hingga ia menemui ajal. Haruskah kita memberi simpati kepada perogol dan pembunuh yang akan berhadapan dengan hukuman atas perbuatannya.

    Amat tepat sekali ungkapan"Meniai buku bukan dariada kulitnya". Masyarakat pada hari ini telah hilang "value" di dalam diri mungkin disebabkan kemajuan yang terlalu pantas daripada pencapaian fikirannya. Pada hari ini, kita hidup di dalam dunia yang tidak selamat. Awasilah "Musang berbulu ayam" yg akan mengambil kesempatan sekiranya ada ruang dan peluang.

    What say you?

    BalasPadam
  8. "org yg BERSONGKOK PUTIH & BERPURDAH tapi menghisap rokok lebih bodoh dari lembu"

    statment ni combi dgr dari seseorg yg bole dianggap tokoh agama negara kita.

    combi setuju 200% :)

    BalasPadam
  9. Kekadang riak wajah tidak menggambarkan naluri dan perlakuan ganas di dalam diri manusia.

    siapa sangka... jangan disangka air yang tenang tiada buaya...

    BalasPadam
  10. ermm. org baik x semestinya baik. org jahat x semestinya jahat. pendek kata jgn percaya bulat pada manusia...

    BalasPadam
  11. Bro Dul

    Memang patut kita berhati hati

    Zaman sekarang ni telalu banyak jenayah...

    Jenis jenis jenayah adalah seperti berikut:
    1. Jenayah berat
    2. Jenayah komputer dan jenayah siber
    3. Jenayah terhadap manusia
    4. Jenayah ke atas harta benda
    5. Jenayah terhadap keselamatan negara
    6. Jenayah hakcipta dan paten
    7. Jenayah dadah
    8. Jenayah seksual
    8. Jenayah senjata
    9. Jenayah perang
    10. Jenayah juvana
    11. Jenayah Pengangkutan Jalanraya, jalan udara dan maritim

    Cegah jenayah sertai Rakan Pencegah Jenayah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.