Isnin, September 03, 2012

APAKAH KAITAN DI ANTARA ANGELINA JOLIE DENGAN TEKNIK MENGURANGKAN GEMURUH DALAM PENGUCAPAN AWAM?


Jam 11. 30 pagi tadi saya menemu bual Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad di pejabat beliau di Putrajaya.


Temu bual terbabit berkisar kes lambakan pengemis warga asing di negara kita. InsyaAllah bingkisan 'Kisah di sebalik tangan yang menadah' beserta komen bernas beliau bakal dipaparkan kepada semua penonton pada jam 9 malam, 22 September kelak.


Terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen, Abdul Haidir Mohd Sukor kerana sudi mengaturkan rakaman temu bual itu.

Mungkin bagi sebilangan kita, bertemu orang kenamaan, VIP,  mencetuskan situasi kurang selesa. Apatah lagi apabila berkomunikasi bersama mereka. Maklum sahajalah, mereka insan bermaklumat dan siapalah kita sebenarnya untuk berhadapan dengan mereka dari aspek intelektual.

Teknik berhadapan dengan audien VIP bakal saya kongsikan dalam entri bersesuaian.

Bagaimanakah pula jika kita harus berdiri di hadapan khalayak diketahui memiliki pengetahuan pada tahap berbeza? Mungkin mereka juga mempunyai maklumat lebih lengkap berbanding data kita miliki. 

Itu antara cabaran dan dilema seringkali didepani oleh majoriti pengucap awam.

Teknik berhadapan dengan audien kategori itu juga,  InsyaAllah akan saya catatkan di blog ini kelak.

Di entri lalu saya berkongsi sedikit panduan untuk kita berasa selesa sebelum berucap di hadapan orang ramai, klik di sini

Tidak kisahlah bilangan mereka lima, sepuluh, dua puluh atau lima ratus orang sekalipun.

Panduan kedua ingin saya kongsikan bersama pembaca, aspek berpakaian.

Sebelum melangkah ke pentas, pastikan kita mengenakan pakaian selesa mengikut kesesuaian majlis. Kot, baju Melayu, baju kurung dan kemeja antara pilihan lazim.

Pakailah asalkan kita berasa selesa.

Kekadang sebilangan kita memakai baju Melayu tetapi kelihatan tercekik akibat butang di leher terlalu ketat. Justeru ketika itu keselesaan kita untuk berucap diragut. 

Kepada wanita, usah memakai pakaian terlalu jarang atau berwarna teramat cerah. Kita harus ingat, audien ingin mendengar dan mencerna  informasi bakal disampaikan, bukan menumpukan perhatian sepenuhnya  terhadap warna coli cerah di dalam baju.

Mereka memerlukan santapan minda, bukan santapan mata.

Benarkah begitu? Lebih kuranglah ...

Pembaca budiman,

Ramai akur, berdiri bersendirian di hadapan khalayak ramai sambil bercakap mengakibatkan butterfly in the stomach, suasana gementar di dalam jiwa.

Seorang daripada pembaca menghubungi saya melalui WhatsApp 0192445354 melontarkan satu soalan menarik.

"Bagaimanakah kaedah terbaik untuk tidak berasa gemuruh jika bercakap di hadapan kira-kira 20 orang audien?"

Teknik saya gunakan selama ini tidak mengira bilangan penonton, sama sahaja dan amat mudah sekaligus praktikal.

Sebelum melangkah ke ruang di hadapan mereka, jika berpeluang, cuba beramah mesra terlebih dahulu. Sesi ice breaking bersama audien itu amat penting untuk membuatkan kita berasa selesa.

Tanyakan mereka soalan lazim ...

"Berasal dari mana?", "Mengapa ingin mendengar ucapan atau maklumat ingin kita sampaikan?", "Bertugas dalam bidang apa?" ... antara contoh soalan.

Jika boleh, cuba mengingati beberapa nama lengkap audien kita. Manusia amat gemar dihargai, itu fakta tidak dapat disangkal dek sesiapa jua. Maklumat berhubung nama itu boleh digunakan untuk sesi pembuka bicara.

Contohnya ...

"Assalamualaikum, salam sejahtera. Nama saya Mazidul Akmal Sidik, 45 tahun dan saya memang gemar bercakap sejak dari kecil. Emak saya, Sawiah Naein berketuruan Bengkulu memberitahu, saya mula petah berkata-kata ketika berusia 8 bulan. Sewaktu berusia 36 tahun, sahabat saya, Zakiah Anas berkata, "Mazidul, engkau kan, memang dilahirkan untuk bercakap ... sedangkan dia pun lebih kurang sama.

Pun begitu, sewaktu berpeluang bersembang sebelum sesi ini bermula tadi, saya terpegun buat seketika. Terpegun mendengar celoteh seorang daripada audien di hadapan saya ini, Amelia Shaffer. Amelia, anak kedua daripada 5 beradik dan kini tinggal di Pulau Pinang. Mendengar celoteh Amelia tadi, saya teruja lalu terfikir, mengapakah dia perlu berada di sini untuk mempelajari teknik pengucapan awam daripada insan seperti saya? Suara Amelia jelas, kepetahannya berkomunikasi tidak dapat dipertikaikan manakala penampilan akauntan berusia 24 tahun  itu cukup bergaya dan sederhana. 

Saudara dan saudari sekelian, Angelia Jolie kini dinobatkan antara 20 pelakon paling jelita dalam tempoh 20 tahun di Amerika  Syarikat.


Dari segi penampilan, andai diminta Amelia berdiri di kiri saya,  Angelina di sebelah kanan, saya bakal keliru memilih di antara kedua mereka" 

Saya percaya, majoriti audien akan tersenyum, begitu juga Amelia dan sekaligus perhatian bakal tertumpu kepadanya buat seketika. 

Reversed psychology, bertujuan untuk mengagihkan tumpuan audien agar bukan 100%  fokus terhadap kita antara teknik berkesan di awal bicara di khalayak ramai.

Namun pada masa sama, berhati-hati dan gunakan fikiran waras untuk memilih ASAS PERBANDINGAN  bersesuaian agar tidak sensitif  sekaligus mengecilkan hati audien kita.

InsyaAllah dalam entri berikutnya, saya akan kongsikan beberapa petua dan panduan lain, jika pembaca berminat untuk mengetahuinya.

9 ulasan:

  1. SMTI: Ehem-ehem.. biarpun nama hampir sama yang pastinya personaliti kami berbeza apatah lagi paras wajah & bentuk badan..:))) * Salam kenal buat 'Amelia Shaffer' :))

    BalasPadam
  2. err... Bukan 15 hb ke??. Takpe la.. Boleh tgk gak nanti

    BalasPadam
  3. Salam
    Thx bang for d credit ;)
    Teringat zaman masscom uitm bace entry ni hehe..

    BalasPadam
  4. saya rasa saya kenal amelia shaffer menerusi blognya, tapi dah lama beliau tak update blognya, sibuk melayan anak2 agak2nya

    BalasPadam
  5. Norina Omar: hahaha.. yer yer.. dh lama saya tak update blog Dari Lensa Turun Ke Hati tu..:))

    Kesibukkan yg terlampau menjadi penghalan...hehe. insyallah ada kelapangan nanti saya update.. saya amat berbesar hati andai masih ada yg sudi menjengah http://ameliashafer.blogspot.com blog bersawang tu..:))

    thx Norina Omar.:))

    BalasPadam
  6. Maklumat yang sangat bernas tuan Mzidul. saya ingin berkongsi, tugas saya sentiasa bersama masyarakat, berucap dihadapan khayalak ramai itu antara tugas utama, diawal pembabitan saya dalam tugas ini, perasaan gemuru, seram sejuk tangan berpeluh, nafas rasa sesak itulah yang sering berlaku bila setiap kali ingin berucap, saya terpaksa baca teks muka pula sentiasa tunduk, dahlah saya ini terlalu pemalu..namun setelah terbiasa dengan keadaan ini akhirnya perasaan malu perlahan-lahan berlalu, dan kini semuanya telah berubah, depan menterikah, atau siapa2lah Alhamdulillah kira oklah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.