Ahad, September 23, 2012

BANTAHAN PEKIDA KOTA DAMANSARA

Jam 9 pagi tadi kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah, PEKIDA Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, membuat bantahan secara aman terhadap penerbitan filem menghina Nabi Muhammad S.A.W berhampiran Plaza Tol Plaza Kota Damansara.


Saya perhatikan ramai pemandu melintasi  jalan membunyikan hon sebagai tanda sokongan mereka.


Pegawai dan anggota polis berada di lokasi sama untuk memastikan perhimpunan berada dalam keadaan terkawal.


Bantahan jelas juga dilaungkan kepada DAP dan  Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berikutan kelancangan dan kedunguan mesej Twitternya sebelum ini.


"Beliau pun sudah mohon maaf , apa lagi kita boleh buat, tak kan kita nak hapuskan dia pula dan saya yakin Islam agama yang murah hati," ujar Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.


                                             Klik di sini untuk membaca respon penuh Tan.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin lain mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Ngeh dilihat memperlekehkan usaha bantahan umat Islam terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad.


Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah memaafkan Ngeh, klik di sini.

Ngeh boleh memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia tetapi samada dia dimaafkan atau sebaliknya bukan keputusan dia.

3 ulasan:

  1. Ngeh dah minta maaf. Yg susah nak minta maaf ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek yg baru2 ini berkata org yg mahu undang2 Allah sbg mereka yg "hilang akal". Pekida pasti akan lebih dihormati jika mereka juga berani menentang Soi Lek yg anti-Islam itu...

    BalasPadam
  2. Rasanya dh tiba masanya PAS kuat dr Pakatan yg makin hari makin nyanyuk tu. PAS skng i think is strong enough to be on their own.

    BalasPadam
  3. Dah tiba masanya Islam bersatu. BN + Pas = Malaysia aman dunia akhirat. InsyaAllah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.