Sabtu, April 21, 2012

ENTRI TERAKHIR SAYA

"Betul ke Maybank berhak untuk menyekat wang daripada didepositkan ke akaun pelanggan?," soal kru 666, Razali Harun awal pagi tadi.

"Pesanan ringkas dihantar oleh wakil bank mencatatkan, bank bertindak sedemikian rupa untuk mengelakkan kes money laundering," balas saya.

Klik di sini untuk mengetahui takrifan money laundering.

"Tetapi tidak ke wajar jika pihak bank cuba menghubungi pemilik akaun terlebih dahulu sebelum membuat sekatan terhadap wang ingin didepositkan ke akaun mereka?," soal Razali lagi.

Perbualan itu tercetus berikutan 2 kes saya ketahui, akaun pelanggan Maybank disekat sewaktu orang ramai cuba mendepositkan wang untuk membantu mereka ditimpa bahana.

"Tahun 2010, rakyat Malaysia kerugian lebih 10 billion ringgit akibat kes penipuan melalui internet. Duit dimasukkan ke dalam akaun pelbagai bank milik warga Malaysia dan kemudian dikeluarkan oleh selalunya penipu warga Nigeria. Wang itu dihantar ke negara asal lazimnya melalui Western Union. Jumlah trasnsaki itu besar. Kalau RM5, RM10 didepositkan, barangkali lebih molek jika bank menghubungi pemegang akaun terlebih dahulu. Apapun itu hanya pandangan peribadi," celah saya.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, ini adalah entri terakhir saya sebelum berangkat ke China pada jam 6 petang ini.

Di China, laman sosial dan blog disekat.

Dalam tempoh 10 hari, saya ingin mendapatkan pandangan, terutama daripada pembaca berpengalaman atau pakar dalam bidang perbankan. 

Adakah bank di negara kita berhak menyekat wang masuk ke akaun individu tanpa memaklumkan pemilik akaun?

... biarpun tindakan itu ternyata menyusahkan pelanggan mereka.

20 ulasan:

  1. Satu persoalan yang memarik. Harap sesiapa dapat memberikan penjelasan.

    BalasPadam
  2. semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air tercinta.mesti ada sebab sesuatu perkara berlaku..

    BalasPadam
  3. sepatutnya dimaklumkan kepada pengguna..manalah tahu org tu sangat perlukan duit, atau bisnes.kan susah tu.

    Saya fikir bro mazidul nak tutup blog dah ..haish

    BalasPadam
  4. tuan,
    semoga selamat pergi dan balik.Insha Allah dipermudahkan segala urusan di sepanjang perjalanan.

    BalasPadam
  5. semoga selamat pergi dan selamat kembali ke en MAS. dan semoga dalam tempoh itu ada lah jawapan yg kita akan dapat dari pihak bank.

    BalasPadam
  6. Kepada abg mazidul.. kenapa tidak gune kat VPN..ermm, software dye nah.. hotspotshield.com

    BalasPadam
  7. Salam bro.

    Dah lama mengidam nak komen about this. Sebenarnya, ia adalah standard guideline yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menerusi Anti-Money Laundering and Counter FInancing of Terrorism Sectoral Guidelines mengikut Anti Money Laundering and Anti Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA).

    Antara yang disebut dalam garis panduan itu adalah: kemasukan deposit wang secara jumlah kecil dari pelbagai cawangan adalah salah satu teknik yang dikesan bagi money laundering.

    Bagaimanapun, saya rasa apa yang dilakukan Maybank terlalu general berbanding standard guideline yang dikeluarkan Bank Negara:

    "The reporting institution should consider submitting a suspicious
    transaction report when it is unable to complete the customer due
    diligence process on any new or existing customer that is
    unreasonably evasive or uncooperative. The reporting institution
    should base such decision on normal commercial criteria and its
    internal policy."

    Adakah Bob uncooperative? Adakah due diligence process dilakukan terhadap akaun Bob Kuman? Atau ia terus dilakukan tanpa pemeriksaan kerana general policy yang termaktub pada SOP Maybank? Ia memang dibenarkan tetapi ia terlalu general untuk kes kes seperti ini.

    BalasPadam
  8. smti.

    selamat pergi dan balik dengan bahan2 berita yang menarik... :)

    BalasPadam
  9. Alah ..benda tu automatik ...dahsetupdalam sistem ...staff Bank yang patut follow up kena cepat supaya benda yang benar harus dibenarkan ....janganlah menyusahkan ..

    BalasPadam
  10. Alhamdullilah.. Semoga Abg Mazidul Selamat Berangkat Pergi Dan Kembali ke Tanah Air Semula. Jangan Lupa share entri menarik ..gambar-2 menarik sekembali ke negara nanti. AMIN AMIN AMIN

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah .. Semoga selamat berangkat dan selamat kembali kelak. Jangan lupa share entri menarik serta foto yg menarik sekembali ke tanah air kelak. AMIN AMIN AMIN

    BalasPadam
  12. org2 dari industri bank dah bersuara, maybank ja yg selalu buat kerja2 mcm tu.saya tak pernah hadapi layanan seburuk layanan dari maybank.ambank,cimb,rhb walaupun apa pun terjadi pihak bank akan call pemilik akaun. Kes bob ni, yg terlibat adalah Maybank, jadi saya tak hairan sgt sebab bank bila dah besar memang akan mendongak ke langit saja. Ingat zaman hujung 90 an servis dan budaya kerja Maybank tak macam sekarang. Kurang mesra dan pendidikan staf sgt kurang.Bila kes Bob ni terjadi, bukan salahkan sistem tapi staf Maybank sendiri yang patut lebih bertanggungjawab.
    Walau bagaimana pun canggih sistem kita cipta, manusia tetap perlu di utamakan. Jangan jadi macam Maybank, semakin byk ATM dan deposit machine semakin teruk budaya staf Maybank. Aummmmm....Dato` Wahid dah jadi jutawan apa nak heran pengguna mcm Bob ni melarat.Berlambak lagi pengguna lain yg pakai Maybank. Lehmann yg terlungkup kat US jugak salah satu gergasi kewangan...jgn pulak Maybank jadi mcm tu sudah la.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, En Mazidul..

    Saya mempunyai anak saudara yang disahkan kedua2 buah pinggangnya rosak, bagaimana boleh dia dapatkan bantuan bagi menampung kos perbelanjaan bulanan yang dianggarkan mencecah Rm4000 sebulan?

    BalasPadam
  14. Salam, bagaimana nak minta bantuan bg meringankan beban? Sepupu saya anknya disahkan buah pinggang rosak dan baru berusia 13 tahun. Jika En. Mazidul dapat membantu beri penjelasan? Sekarang adik Hasif berada di hospital Selayang kerana Isnin hadapan akan menjalani pembedahan menebuk lubang di perut untuk mencuci buah pinggang.

    Harap dapat perhatian.

    BalasPadam
  15. Biasa utk elak pengubah wang haram..guna akaun syarikat @ current account ;)

    BalasPadam
  16. Salam,

    Penjelasan saya sebagai ex-Banker:

    Selalunya akaun yang tidak aktif untuk beberapa bulan (terpulang kepada polisi Bank) akan di anggap tidak aktif (dormant) dan proses perubahan dari aktif ke tidak aktif ini di jana secara automatik oleh sistem Bank. Tidak kira berapa baki dalam akaun Bank, jika tiada sebarang transaksi (termasuk memeriksa baki akaun melalui mesin ATM), akaun tersebeut akan di klasifikasikan sebagai tidak aktif dan boleh di 'block temporarily' sehingga pemeggang akaun (atau wakil) datang untuk mengaktifkan semula.

    Surat pemeberitahuan tentang status akaun akan di cetak secara automatik dan di hantar kepada pemenggang akaun kepada alamat yang tersimpan dalam akaun bank.

    Saya rasa tiada isu 'Money Laundering' di sini. Sekian, Terima Kasih...Al-Fatihah buat keluarga Arwah Bob. Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh..Amin

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.