Ahad, April 15, 2012

LIPUTAN DAN IKLAN PERCUMA UNTUK PENGUSAHA PREMIS MENJUAL MAKANAN

Selama ini saya berkarya di blog untuk memenuhi minat dalam bidang penulisan. Pada masa sama, saya berpeluang berkongsi buah fikiran sekaligus membantu anggota masyarakat sedaya mungkin.

Semalam sewaktu berbincang bersama rakan, Eddy, di restoran mamak, tercetus ide di minda saya. 

"Kita hebahkan di blog ini, kepada pengusaha kedai menjual makan atau restoran berminat untuk mempromosikan juadah di premis mereka, saya akan merekodkan gambar pegun signature dishes, merakamkan temubual bersama pemilik dan pekerja di premis mereka, mengikut kesesuaian. Bahan terbabit kemudian akan saya muatkan di blog Jom Libur," ujar saya.

"Tetapi kita harus menetapkan kriteria tertentu sebelum membuat liputan di premis terbabit, bukan secara semberono sahaja," celah Eddy.

Saya amat bersetuju dengan cadangan itu.

Berikut antara pra-syarat harus dipenuhi jika pengusaha premis menjual makanan berhasrat mempromosikan pelbagai juadah di kedai mereka di blog Jom Libur kendalian saya.

1. Premis harus bersih.
2. Makanan dihidangkan enak dan sesuai untuk disajikan kepada pelanggan pelbagai bangsa.
3. Jika pengusaha bukan beragama Islam, Sijil Halal dikeluarkan HANYA Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia wajib dipamerkan.
4. Pengusaha harus menyediakan juadah istimewa untuk 2 orang sewaktu kunjungi kami. Tujuannya, untuk kami menjamah sendiri makanan terbabit sebelum berkongsi rasa dan kualiti bersama ribuan pembaca lain.


"Berapakah bayaran dikenakan kepada pengusaha premis makanan berminat?"

Itu tentunya soalan menarik untuk kami jelaskan.

"Percuma selama sebulan. Entri berhubung premis dibuat liputan dicetak di blog Jom Libur selama 30 hari TANPA sebarang bayaran. Tempoh itu digunakan secara jujur oleh pengusaha untuk memantau sekaligus menganalisa samada pengiklanan di blog terbabit berkesan atau sebaliknya. Jika kaedah pengiklanan itu terbukti membantu menambahkan bilangan pelanggan berkunjung ke premis mereka, hubungi saya untuk berbincang berhubung kadar bayaran berpatutan untuk memuatkan entri sama secara kekal di blog itu," jelas Eddy.

"Tetapi kalau mereka ingin menghulurkan sedikit sumbangan untuk membiayai duit minyak dan bayaran tol sewaktu saya membuat liputan pertama, kita ucapkan terima kasih," celah saya.

Eddy bersetuju.

"Berikan nombor telefon kepada pembaca blog ini," pinta saya.

"Hubungi saya di talian 013 888 9020," ujar Eddy.

"Kaedah penyebaran maklumat berhubung premis mereka mudah. Rakan Facebook saya di 4 akaun lebih 15,000 orang. Manakala blog Mazidulakmal.com dibaca oleh purata 20,000 pelawat setiap hari dan hit tekini mencecah lebih 6.5 juta. Jelasnya, setiap entri akan dikongsikan bersama lebih 35,000 setiap hari. Saya yakin, InsyaAllah, ramai rakan dan sahabat sudi membantu," celah saya.

Perbincangan kemudian diteruskan.

"Kalau kita perhatikan, hotel dan restoran ternama di Malaysia mempunyai bajet tersendiri untuk mempromosikan premis mereka. Manakala banyak gerai, kedai makan dan restoran kecil, kekadang terkial-kial untuk menyebarkan maklumat, walhal judah disajikan istimewa hanya kerana kekangan kos pengiklanan, terlalu mahal. Sedangkan, orang ramai kerap kali dibelenggu persoalan sama, hendak makan di mana? Persoalan itu kekadang sukar untuk dijawab. Jadi kita akan menyediakan satu landasan mudah untuk rujukan pelanggan, " terang saya.

Jika perancangan ini mampu dizahirkan, saya bercadang menjadikan blog Jom Libur mampu dibaca dalam 3 bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Kepada semua pembaca blog ini, dengan perasaan rendah diri, saya memohon bantuan untuk menyebarkan informasi di entri ini.

Terima kasih di atas kerjasama bakal dihulurkan dan saya amat menghargainya.

HEBAHKAN

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum...saya ada Gerai di FoodCourt Bursa Malaysia, KL. Layak ke bang?...
    Cili Merah cafe hidangkan Sizzling Mee, Ayam Penyet stail Melayu, Nasi lemak sambal emak, cucur udang kampung....

    Layak ke bang? Gerai kecik je...

    BalasPadam
  2. Saiz bukan masalah, asalkan memenuhi syarat ditetapkan.

    Sila berhubung dengan Eddy.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. askum... kalo bagi perniagaan katering home based ada x ruang untuk join iklan....

    BalasPadam
  4. kalo nak mintak tolong iklankan/promote satu produk air boleh ke? terima kasih-ujeemie@gmail.com

    BalasPadam
  5. Saya nak promote pembukaan stokis, kedai organik dan farmasi dengan modal minima dimana-mana juga di Malaysia dan di 18 buah negara lain. Rose 0166115878

    BalasPadam
  6. assalam saya nak promot bisnes n produk saya di sini boleh ke.. mazni.marsya@yahoo.com/019-2846050
    http://slimdiet4u.blogspot.com

    BalasPadam
  7. salam.. sy ada warung je, layak ke? soal kebersihan, standard warung jer. layak ke nk promot? sy jual produk char koey teow BOM, nasi BOM, dan char koey teow NUKLEAR (1st in Malaysia)
    http://www.facebook.com/bomkitchen

    BalasPadam
  8. Mehdi, layak.

    Sila berhubung dengan Eddy Libur, 013 888 9020.

    D'Qis, sila berhubung dengan Eddy.

    SlimDiet4u dan Unknown, sla hubungi Sabil 0172563 850 untuk pengiklanan di mazidulakmal.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.