Malam Jumaat lalu, 2 anak saya berusia 11 dan 14 tahun dibawa ke Damansara Specialist Hospital di Petaling Jaya, Selangor.
Mereka berdua demam, suhu badan tidak stabil, turun naik. Di permukaan kulit adik kelihatan bintik bintik merah dan dia mengadu sakit kepala teramat sangat.
Sebelum ke hospital swasta itu, kedua beradik telah dibawa berjumpa doktor di klinik berhampiran rumah.
"Kalau tiga hari selepas ini masih demam lagi, bawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan darah," ujar doktor.
Saya juga difahamkan, Kota Damansara dikatakan 'hot spot' bagi denggi. Malah anak jiran dan sahabat saya, Razali Harun, berusia 10 tahun baru sahaja keluar dari Hospital Sungai Buloh kerana disahkan demam denggi.
Syukur, anak kecil itu selamat.
Sebelum ke hospital swasta itu, kedua beradik telah dibawa berjumpa doktor di klinik berhampiran rumah.
"Kalau tiga hari selepas ini masih demam lagi, bawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan darah," ujar doktor.
Saya juga difahamkan, Kota Damansara dikatakan 'hot spot' bagi denggi. Malah anak jiran dan sahabat saya, Razali Harun, berusia 10 tahun baru sahaja keluar dari Hospital Sungai Buloh kerana disahkan demam denggi.
Syukur, anak kecil itu selamat.
Sebaik tiba di hospital, jururawat bertugas di Unit Kecemasan kemudian mengambil sampel darah anak saya. Lebih sejam kemudian, melalui keputusan ujian darah, mereka berdua disahkan oleh doktor mengalami demam denggi
Saya dimaklumkan oleh juruwang hospital terbabit, bagi kes seperti itu (menjalankan ujian darah dan bertemu pegawai perubatan), bil harus dijelaskan terlebih dahulu kepada pihak hospital dan kemudian dituntut dari ING Insurance.
Berikut salinan bil dilangsaikan kepada pihak hospital, RM611.70.
Dua anak saya kemudian dibawa ke hospital sama pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin untuk membuat pemeriksaan darah.
Bil lebih murah, kurang RM50, saya jelaskan.
Semalam, hanya abang sahaja diminta melakukan pemeriksaan darah.
Entah mengapa, sejurus selepas sampel darah diambil dari tubuh anak sulung saya, tiba-tiba terlintas di benak fikiran, satu soalan menarik untuk dikupas.
Mengapakah pelanggan perlu menjelaskan bil terlebih dahulu sedangkan dilindungi oleh ING Insurance?
Jujurnya, saya anak kelahiran kampung terpinggir di Tanjung Malim, Perak justeru tidak begitu arif berhubung kaedah dipraktikkan oleh ING Insurance untuk 'melindungi' pelanggan mereka.
Sementara menunggu anak untuk berjumpa doktor bertugas, saya memohon bantuan kakitangan kaunter hospital untuk menghubungi petugas khidmat pelanggan ING Insurance menggunakan nombor tercatat di belakang kad perubatan 1-800 88 7812.
"Saya bercakap dengan Kenny ING Insurance. Kata dia, memang encik kena bayar bil terlebih dahulu kemudian tuntut dari ING. Hanya kes kritikal seperti asthma, kecederaan akibat kemalangan jalanraya dan sakit jantung, syarikat insuran akan mengeluarkan GL (guarantee letter) kepada hospital," jelas petugas terbabit.
Sebelum beredar, dia menyerahkan kepada saya kertas dicatatkan informasi sewaktu bercakap dengan petugas khidmat pelanggan ING Insurance melalui panggilan telefon.
Tidak begitu memahami maklumat dicatatkan, lalu pada jam 7.58 pagi semalam, saya menghubungi sendiri petugas khidmat pelanggan ING Insurance menggunakan nombor bebas tol.
"GL hanya dikeluarkan kepada pesakit berada di tahap kritikal seperti ...." ujar petugas wanita.
"Asthma, mangsa kemalangan, sakit jantung," sambung saya.
Itu antara informasi dikongsikan petugas kaunter hospital sebelum saya membuat panggilan.
"Sekarang ini, demam denggi juga dianggap kritikal dan kesan demam terbabit boleh membawa maut. Untuk makluman, hospital kerajaan memberikan rawatan percuma kepada mangsa denggi supaya tidak membebankan mereka sediakala berada dalam kesusahan. Sebelum menjawab soalan berikut, ingin saya tegaskan, kenyataan cik akan saya quote di dalam blog saya, mazidulakmal.com untuk fakta dikongsikan bersama orang ramai. Adakah pihak ING menganggap demam denggi bukan kes kritikal berbanding asthma, kes kemalangan dan sakit jantung dan tidak perlu mengeluarkan GL untuk pesakit?," soal saya.
"Untuk mengeluarkan GL, kena ada refferal letter dari klinik," balasnya ringkas.
"Penduduk di tempat saya tinggal ramai dilaporkan diserang denggi dan saya telah membawa anak bertemu doktor pada hari Rabu. Melihat keadaan mereka pada malam Jumaat lalu, lemah, tubuh timbul bintik bintik merah dan mengadu sakit kepala, tidak wajar untuk saya membawa mereka ke klinik sekali lagi, terpaksa beratur dan menunggu untuk berjumpa doktor. Tindakan itu berkebarangkalian mampu membahayakan nyawa mereka. Maka saya membuat keputusan untuk membawa mereka terus ke Damansara Specialist Hospital," balas saya.
"Pihak insuran harus mendapatkan pengesahan dari doktor sebelum GL dikeluarkan," balasnya.
"Selepas ujian darah dibuat pada hari Jumaat, doktor telah mengesahkan mereka berdua demam denggi. Saya ulang, bukan saya mengesahkan status pesakit tetapi doktor hospital. ING dan hospital sepatutnya boleh berhubung untuk pengesahan status terbabit dan mengeluarkan GL. Apapun, ingin saya memaklumkan, saya membawa wang mencukupi untuk membayar bil. Cuma sekadar ingin bertanya dan mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini," ujar saya.
"Encik, berikan saya sepuluh minit dan saya akan menghubungi encik semula," kata petugas khidmat pelanggan itu.
Saya duduk menunggu berhampiran kaunter hospital.
Pada kira-kira jam 8.25 pagi, petugas kaunter memaklumkan saya, ING Insurance telah menghantarkan GL melalui faksimili.
Telefon bimbit saya kemudian berbunyi menandakan pesanan ringkas diterima.
"Encik Mazidul tandatangan borang ini dan tidak perlu membayar bil secara tunai," pinta petugas kaunter hospital.
Untuk rekod, bil itu berjumlah kurang RM30.
Justeru, saya keliru.
Bil awal, berjumlah lebih RM600 saya bayar kerana dikatakan untuk memenuhi prosedur ditetapkan oleh ING Insurance, 'pay and claim', kerana GL tidak boleh dikeluarkan.
Tiba-tiba bil berjumlah kurang RM30, GL dikeluarkan.
Pelik.
Barangkali wakil ING Insurance boleh memberikan penjelasan agar saya fahami.
Sebaik tiba di pejabat, saya bertemu dengan rakan setugas, Norzie Pak Wan Chek lalu kami berkongsi cerita.
"Sebelum ini, Norzie pun ada masalah sedikit. Doktor di klinik mengeluarkan refferal letter untuk Norzie membawa anak bongsu ke Hospital Gleneagle, Kuala Lumpur. Pada awalnya GL itu tidak boleh digunakan kerana Norzie difahamkan data tercatat dalam sistem menunjukkan kad itu milik spouse berusia lebih 70 tahun walhal anak Norzie baru berusia lingkungan tiga tahun," ujar perantara dikenali ramai itu.
"Kemudian apakah berlaku?," tanya saya kepada ibu tiga anak itu.
"Dia orang kemudian meminta maaf dan memperbetulkan maklumat itu," balasnya.
Apapun, itu lumrah manusia, tidak mampu melarikan diri daripada melakukan kesilapan. Namun saya percaya manusia mampu untuk memberikan penjelasan berhubung kekeliruan dihadapi oleh manusia lain.
Saya gemar mendengar bait bait awal lagu dendangan Ramli Sarip, 'Bukan kerana nama'.
Mari kita hayati bersama.
Saya juga keliru..
BalasPadamKes saya baru2 ini, saya kena jangkitan buah pinggang, saya di bawah lindungan ins EtiQa, setelah check-up saya ditahan, tp hubby saya dikenakan dep sebanyak rm400, setelah 4mlm 3hr, saya dibenarkan keluar...dan byr melalui claim ins tu serta merta tp tidak termasuk dep yg di byr, itu kena claim kemudian katanya..
Dan seterusnya saya kena follow-up di hopsital yg sama, dan sewaktu temujanji dgn Dr tu, misi yg bertugas bertanya pd saya, 'ada srt GL kak?', saya kata 'takde, ins saya tak bgtau apa2 pun', tp sebelum tu saya dh tanya pd agen saya tentang app saya seterusnya dan dia bgtau yg GL tu dia akan terus hntr ke hospital pd date berkenaan, so misi tu check dn dapati tiada sebarang tranfer fax GL dr agen saya..
Tanpa malas menunggu saya jumpa Dr dan byr cash dahulu dan kemudian dikaunter byr, sekali lg di tanya pasal GL tu, katanya klu ada GL akak tak perlu byr, skrg akak kena byr,nnti akak terus direct dgn agen ye nk claim..
*masaalah persoalannya...kenapa pihak ins ni tak bt follow up dgn clien nya dan bgtau apa yg perlu, so tak la menyusahkan bg yg tiada bwk duit byk cash!...
*saya jugak tak faham....
medikal kad group insurance memang inilah masalahnya...limit rendah, coverage untuk family & banyak restriction...hopefully posting brother mazidul kali ini akan membuka mata ramai orang tentang kepentingan memiliki medikal kad 1st party...saya selalu share tentang masalah ini dengan client-client pasal company medical coverage...hanya diberikan selagi bekerja dan limit tahunan yang rendah...untuk pakai sakit biasa2 bolehlah...tapi kalau pakai untuk critical illness? www.uwaismokhtar.com
BalasPadamsalam en. mazidul,saya nak tanya en. mazidul bolehkah kilang memproses gas silinder memasak dijalankan berhampiran kawasan perumahan?
BalasPadamUwais, adakah itu penjelasan?
BalasPadamSaya boleh bagi sedikit pandangan berdasarkan pengalaman saya dlm bidang Insurance yang masih mentah lagi.
BalasPadamKalau di syarikat kami, mmg amat jelas yang rawatan pesakit luar yg tidak perlukan admission tidak langsung dicover. Kecuali kemalangan.
Sekiranya client kena denggi saya akan nasihatkan supaya ditahan di wad serta merta. Once admitted automatically akan dibyr oleh Insurance. Cuma Pre and post hospitalisation adalah on claim basis.
Mungkin ada kesilapan teknikal antara hospital dan syarikat insurance. Tapi ingin saya cadangkan agar TUan review balik polisi2 insurance yang ada. Mungkin ada yang perlu diperbaharui pemahaman mahupun coveragenya. Wallahuallam.
saya pun penah kena.bila lutut nak kene operate..satu hari suntuk nak tunggu GL dari pihak prudential.dari pagi hingga petang saya tunggu GL tu tak jugak terima.keesokkan hari baru dpat.bayangkan dgn sakit lutut yg twist semlman saya tunggu GL dari pihak insuran.referral letter ek?saya check up kat spital yg sama..operate pun tmpt sama.tu pun payah nak dapat GL.ingat ada kad insuran senang skit tak payah kuar duit sendiri..tapi tak jugak.biler kuar wad dpt bil..masih lagi kena bayar jugak..katanya mmg rules bank negara..minimum 10% atau maksimum rm1000 mmg pesakit kena byar.pastu xleh claim dgn pihak insuran...betul ke? lagi satu bila pihak hospital tahu kita ada kad insuran dorang leh mainkan kita balik.contoh mcm saya..sepatutnya saya boleh operate major terus.tapi doktor pakai cakap buat minor surgery saja..dlm masa 1thn sakit balik baru buat major operation.hmm tak sampai 3bln lpas operate saya sakit lutut balik.bil utk minor surgery lutut saya je dah rm10k...kalau buat major kena rm20k lagi.kalau dulu dorang terus buat major operation dorang hnya dapat 10k saja..hmmm
BalasPadamSaya tinggalkan message kepada official ING FB.
BalasPadamhttp://www.facebook.com/ING.Malaysia
Saya highlight kan isu bro Mazidul pada official FB ING
BalasPadamhttp://www.facebook.com/ING.Malaysia
abg kena baca master copy polisi insurance terlebih dahulu...definasi sakit kritikal ada dalam polisi tu...sesetengah polisi langsung tak cover demam denggi...masa jumpa 1st medikal doctor, diorg akan tgk simpton dan keadaan pesakit...kalau dia ada insurans, doktor tu akan fill up report untuk mintak GL...fax ke company insurance dan tunggu...kat insurans company diorg process, dan kalau dari report tu memang serious, diorg akan keluarkan GL...cuma kes ING nie agak pelik...kenapa tak boleh admit? client saya masuk hospital ok jer...xde masalah...cirit birit, demam denggi, demam kura...saya pernah jumpa prospect yang maki hamum demam denggi insurance kompeni tak bayar sebab wabak penyakit...lain kompeni insurance lain perangai dan lain product... =)
BalasPadambrother NU-are, 10% co-takaful/co-insurance tu memang termasuk dalam pakej medikal kad Prudential/PruBSN..ada macam2 jenis medikal kad kat malaysia sekarang nie dan ada pro and cons diatara satu sama lain...pakej Pru/PruBSN nie termasuk elaun wad sehari RM50 ke RM400...bergantung kepada budget masa mula2 ambil dulu...keperluan utk amik medikal kad yang ada sekali elaun wad adalah untuk cover balik co-takaful/co-insurance yang dah kita bayar dan perbelanjaan lain2 semasa kita warded...maybe agent brother dulu tak explain betul2 pasal nie...
BalasPadamSekadar berkongsi pengalaman. Saya pernah menerima rawatan kecemasan di sebuah hospital di Brisbane, Australia dan dimasukkan ke dalam wad selama 11 hari. Sebagai orang luar yang tidak membeli insurans untuk pelancong, saya terpaksa menanggung bil perubatan lebih 11,000 dollar (RM33,000). Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup, saya bersetuju untuk membayar 5,000 dollar dulu. Selebihnya saya bayar bila sampai di Malaysia. Tapi pihak hospital tersebut tidak mahu menerima wang sebanyak itu, sebaliknya hanya mengambil 1,000 dollar sebagai wang pendahuluan. Kata pegawai akaunnya, tuan memerlukan wang lebih daripada kami. Bila balik ke Malaysia nanti, bayarlah seberapa yang termampu, kemudian buat rayuan kepada pihak hospital untuk dikurangkan pembayaran.
BalasPadamHati saya sebak dan sedih menerima nasihat yang begitu menyenangkan hati dan mengurangkan bebanan yang saya tanggung. Itulah yang dinamakan kemanusiaan. Bila pulang ke Malaysia saya dimasukkan ke hospital swasta di Shah Alam. Sebelum diterima masuk untuk membuat pembedahan, saya diminta bayar RM5,000 pendahuluan. Dan sebelum saya dibenarkan pulang selang empat hari kemudian, saya diminta jelaskan baki RM6,000 kepada pihak hospital. Ini dinamakan kapitalisme...dua senario berbeza dan di negara berbeza....renung-renungkanlah!
terharu dengan sharing brother JJ...dua situasi yang sangat2 berbeza...
BalasPadamsaya terjumpa artikel pasal demam denggi ni... www.sihatselalu.com.my/2010/06/demam-denggi-berdarah-membawa-maut.html
BalasPadamSemoga Afif & Azard segera sembuh. InsyaAllah.
BalasPadamkomen dan isu yang sangat2 menarik dan berinformasi dan pengikut abg pun tak kurang ramai nya..tapi yang pelik nya kenapa blog abang mazidul ni tak dapat award "best celebrity blog" sebaliknya milik fatin liyana?.dari segi kandungan dan informasi memang sangat jauh berbeza.pls komen bang...
BalasPadamisu dan komen yang sangat menarik dan berinformasi..but why BEST CELEBRITY BLOG jadi milik fatin liyana..komen sikit bang...
BalasPadam2x join insurance...saya quit.keluarkan semua duit walau tak untung masuk tabung haji ,lagi puas hati ....
BalasPadamkena baca policy insurance la ape yg cover ape yg x..kalo kje dlm bidang insurance bru phm..
BalasPadampuan suzie, sebelum signup anything product yang berkenaan insurance atau takaful kena faham dahulu konseps perlindungan...setiap perlindungan yang diberikan perlu ada kos yang kita perlu bayar dalam bentuk charges...macam kalau takaful, ada wakalah charges, service charges, risk management charges dan yang paling utama adalah tabarru' charges...masalah paling utama dalam insurance ini ada dua...samada dengan service atau dengan agent...kalau berkenaan dengan insurance, maybe puan signup salah polisi dan tak boleh claims atau puan signup polisi yg berkenaan dengan investment dan mengharapkan untung...masuk insurance memang tak pernah untung...kalau masuk RM100 sebulan dan 30tahun nak harap ada 30juta dalam account memang takkan dapat...confirm agent misleading maklumat berkenaan product...sebabtu saya lebih prefered product takaful yg lebih telus...dah bagitau siap2...masuk for sure takkan untung...dan at least puan boleh kongsikan apa masalah puan sampai tutup polisi dan masuk tabung haji... :) maybe saya boleh bantu puan... :)
BalasPadamteringat documentary film by Michael Moore "Sicko", yg menceritakan ttg senario medical & insurans di US..yg sungguh2 kapitalis!!..sedih negara kita pun lebih kurang mcm tu.
BalasPadamCircle- Mmg betul. Filem itu membuka minda sesapa yg menontongnya. Harapnya ia dapat di siarkan oleh TV3 atau RTM. Supaya lebih ramai yg dapat menontonnya. Filem terbaru beliau "Capitalism A Love Story" fokus kepada krisis sub-prima di USA. Mcm mana rakyat amarika di usir dari rumah mereka kerana tak mampu bayar pinjaman rumah mereka.
BalasPadamAlhamdullilah semuanya selamat dan dah sembuh.
promote blog swndiri.
http://sendiriakucerita.blogspot.com/
Wasalam mz3
Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)
PadamSalam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)
BalasPadam