Jumaat, April 20, 2012

SINGKIRKAN WAKIL RAKYAT ITU!

Ramai individu kepingin menjadi pemimpin di negara kita samada mewakili parti kerajaan, pembangkang mahupun bebas.

Mereka dicalonkan dalam pilihanraya. 

Sebilangan kecundang manakala sebilangan lagi berjaya diangkat sebagai pemimpin.

Desas desus didengari, mengatakan Pilihan Raya ke 13 akan berlangsung pada bulan Jun akan datang. Kini bendera beberapa parti telah mula kelihatan dikibarkan di tepi jalan utama. Ramai pengguna menggunakan jalan terbabit barangkali hanya sekadar memandang bendera dikibarkan. 

Sebahagian lagi mungkin melihat dan kemudian berfikir ...

Adakah wakil rakyat diwakili bendera itu akan terus dipilih oleh pengundi?

Sekaligus kita secara spontan mula mengenang kembali, bagaimanakah prestasi wakil rakyat dinobatkan sebagai wakil rakyat sebelum ini? Adakah mereka telah melaksanakan tugas diamanahkan oleh pengundi? Atau sebilangan langsung tidak mengambil pusing berhubung kebajikan orang ramai? 

Oh! Sebaik selesai menaip perkataan 'kebajikan' di atas, lantas saya teringat kepada Maybank. Dalam 2 kes sebelum ini, akaun pelanggan disekat lalu menghalang orang ramai mendepositkan wang untuk membantu pelanggan mereka ditimpa musibah.


"Bob, wakil Maybank sudah datang ke rumah?," soal saya kepada Bob Kuman semalam.

"Ada bang, datang pada waktu hampir senja, 19 April lalu," balasnya.

Untuk rekod, akaun simpanan Maybank Bob, mula disekat pada 16 April 2012. Kesannya, ramai pembaca blog ini berasa amat kecewa kerana gagal membantu pelawak terkenal itu. Masalah didepani kemudian diajukan kepada pihak institusi kewangan terbabit. 

Tiga hari kemudian barulah akaun itu diaktifkan semula. 

Itu pun barangkali setelah saya menghubungi pegawai besar mereka di Menara Maybank sekaligus membuat kunjungan tanpa diduga ke Maybank Cawangan Kota Damansara.

Tentunya, kita berasa gusar jika wakil rakyat kita undi bertindak seperti itu kerana lembab dan bersifat kurang prihatin.

Apapun terima kasih kepada Maybank kerana akhirnya bertindak menyelesaikan masalah pelanggan, biarpun sedikit terlewat. 

Berbalik semula kepada kisah wakil rakyat.

Pernahkah mereka berdalih, mengatakan masa diperuntukkan tidak mencukupi untuk mereka memenuhi janji ditaburkan sewaktu kempen pilihanraya? 

Itu tindakan lazim. 

Cuba congak, berapa kali sejak dilantik mewakili rakyat, kita melihat kelibat mereka? Adakah mereka muncul di majlis perkahwinan atau menghadirkan diri ke kenduri arwah di kawasan mereka? 

Atau mereka mendakwa sentiasa sibuk?

Kalau begitu dakwaan mereka, biarkan sahaja. Jangka waktu mereka sebagai wakil rakyat, hampir tamat kerana kita juga boleh berbuat sibuk dan tidak lagi perlu mengundi mereka dalam pilihan raya akan datang. 

Itu kuasa kita dan itu juga hak kita. Kita tidak perlu berdemonstrasi di jalanan untuk menyatakan bantahan terhadap wakil rakyat. Kita harus menggunakan kuasa diperuntukkan kepada warganegara Malaysia sebagai pengundi untuk memastikan kebajikan dan kehidupan masa hadapan anak cucu kita lebih terjamin.

Singkirkan wakil rakyat itu!

Saya sebenarnya enggan melontarkan komen berhubung wakil rakyat lain tetapi berhasrat menyentuh tindakan dan prestasi wakil rakyat di Kota Damansara.

Ketika nyawa rakyat terancam dek tindakan syarikat membenarkan driving range beroperasi tanpa menggunakan jaring keselamatan, di manakah wakil rakyat terbabit?

Sila baca entri ini dan entri ini.

Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat? Apakah tindakan beliau laksanakan untuk membantu menjamin keselamatan orang ramai? 

Waima penyokong PAS, PKR atau BN. 

Entah!

Apakah pula beliau lakukan ketika laporan berhubung gangguan lalu lintas akibat sikap tamak sebilangan peniaga mengguakan banyak ruang parkir untuk meletakkan meja dan kerusi? Sedangkan sebilangan peniaga berbangsa Melayu dihambat dan disaman dek penguatkuasa kerana berniaga di tepi jalan demi mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. 

Entah!

Sila rujuk entri ini.

Sanggupkah beliau berdiri di belakang kedai berbau bak bangkai sewaktu sampah didakwa peniaga tidak dikutip pihak bertanggungjawab?

Entah!

Sila baca entri ini.

Untuk rekod, kes terbabit berlaku di Kota Damansara, BUKAN di London, Hamburg ataupun Beijing!

Wakil rakyat antaranya berfungsi menjaga kebajikan hidup rakyat, sebilangan besar pengundi mereka. Rakyat tidak meminta mereka mengeluarkan wang poket sendiri untuk dihulurkan tetapi cukup sekiranya mereka berada di samping masyarakat ketika mereka mendepani masalah tidak diduga.

Saya tidak pernah mengimpikan kehidupan sebagai wakil rakyat dan undi saya rahsia. Apapun, saya pasti tidak akan memilih wakil rakyat terkini dalam pilihanraya akan datang.

Itu janji saya.

Terkini, sebilangan peniaga di Up Town D'Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, merungut kerana terpaksa membayar sewa lebih mahal kepada PEMILIK premis perniagaan berbanding sebelumnya.

Milik siapakah sebenarnya premis itu?

Teringin saya untuk tahu.

12 ulasan:

  1. SMTI.

    Alhamdulillah, wakil rakyat kawasan N.19, Pantai Manis memang berjiwa rakyat. musibah yang berlaku pada rakyat, beliau sentiasa turun padang membantu. Majlis perkahwinan juga beliau akan hadiri walau hanya selama 30 minit dek kerana masa tidak mengizinkan. Cuma sedikit kecewa kerana ada beberapa individu yang tidak menyenangi wakil rakyat ini, padahal bernaung di bawah parti politik yang sama, kerana gusar kedudukannya di ambil alih oleh wakil rakyat N.19 ini. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Janji sekadar janji. Selepas pegang jawatan terus menghilangkan diri.

    Haih!

    BalasPadam
  3. Semua di atas adalh wajah wakil rakyat yg sbnrnya berlaku.ini lh rupa yg mewarnai senario semasa.mungkin ada yg mjd btul2 wakil kpd rakyat tetapi nisbahnya sgt kecil berbanding spesis wakil rakyat yg satu lg itu.
    Setuju- perubahan yg dibuat thdp wakil rakyat patut kita buat dgn cara yg btul.tggu PRU dn kita buat tanggungjwb kita.
    Satu lg cuba sdr mazidul bongkarkn betapa byk pmbazrn wakil rakyat kita thdp benda yg mmbzr.berita hr ini yb SA membelanjakan sejmlah wang yg bsr pd setiap hujung minggu semata krn perempuan.persoalannya; adakah rakyat yg diwakilinya itu sudah ckup sempurna semuanya sehingga dia blh berbenja sebegitu rupa?..mmg btul- wakil rakyat spt ini HARUS DISINGKIRKAN!!!

    BalasPadam
  4. SMTI- Rasanya semua isu yang dibangkitkan dan dilaporkan serta diusahakan oleh Bro Mazidul adalah tugas Wakil Rakyat, malah lebih lagi. Apa yang sampai ke pengetahuan saya wakil rakyat sekarang sedang sibuk untuk Bersih 3.0 dan issu PTPTN percuma.

    BalasPadam
  5. Salam Bang,

    Saya adalah penduduk terawal di KD ni. Menetap di Gugusan Siantan sejak berjaya mendapat kunci. Antara masalah lain yg sering menarik perhatian saya ialah jln raya di lampu isyarat kecil di Jln Sepah Puteri 5/7 menghala ke tol exit KD. Jln tersebut telah rosak & hanya ditampal sahaja. Sepjg yg saya ingat, ketika parti lg 1 memerintah, jln2 di Sgor ini akan diturap sepenuhnya tanpa mengambil masa yg lama. Di jln itu juga, akan banjir bila hujan lebat kebelakangan ini. Mungkin disebabkan longkang2 tidak diselanggara dgn berkala. Kebanyakkan pengguna2 jln tersebut yg saya perhatikan memandu kereta2 yg mahal2 tetapi tidakkah mereka ingin membawa isu ini ke wakil rakyat mereka? Maklumlah, bila org kaya bersuara,wakil rakyat akan segera mengambil tindakan.
    Wallahualam...

    BalasPadam
  6. betul2... apa2 pun itu tanggungjawab dan amanah yang diberikan. harap mereka sedar akan semua ini

    BalasPadam
  7. assalam ....

    sebut pasal mbb ... teringat kes petang tadi ....

    gini ... sebagai perlantikan baru krt ... jpnin bagi surat perlantikan dan nama tersebut akan menggantikan nama yang lama .... jd utk dana, penama yang baru akan ada akses utk kluarkan cek utk aktiviti krt .....

    oleh kerana krt adalah ngo bebas, jd tiadalah cop rasmi, sekadar cop yang tertera pengerusi krt, bendahari krt.. dsb ...

    masalah yang timbul ialah, bila kami nak minta kemaskini biodata baru ....dan juga buku cheque

    1) pertama kali pergi ... dia minta salinan surat dr jabatan ... kami tada ... jd kena minta dr jabatan ...

    2) bila dah ada surat dr jabatan ... maybank minta pula minit mesyuarat yang disahkan oleh jabatan pula .... okehh .. kami buat ... (boleh sabar lagiee nih ....)

    3) bila semua dah ada .... tetiba bila nak buat sign .... takleh baca laa plakk ic pengerusi ... siap leh claim ... ic reader kami yang paling mahal .... langsung pengerusi kena buat ic baru ... tapi masalahnya ... masa nak kluar duit kwsp tuk bayar duit rumah ... ok jee .... hahahah ...

    4) bila ic dah siap .. dan hanya pergie ke maybank utk buat sign, dia minta pula cop krt ...., bila dah call pihak jabatan .. depa kata memadai dengan surat yang dikeluarkan oleh pihak jabatan, bila suruh maybank cakap dengan pihak jabatan ... tak mau pulakk ....

    4 kali pergie ke maybank ....

    kemuskilannya : perlukah cop krt untuk keluarkan buku cheque ?? dan agak "pelik" ialah .... kami kena buat surat yang mengatakan cop krt yang lama telah tiada dan digantikan dengan cop yang baru .... tapi jawapan kami pada maybank ialah ... setiap cop pengerusi, bendahari atau setiausaha .. memang tertera nama KRT ....


    jika ada sesiapa yang boleh guide benda ini diharapkan boleh membantu .... yang pasti, krt bkn entiti perniagaan yang mempunyai cop tetap .. tetapi ngo biasa yang mempunyai sistem perlantikan setiap 2 tahun, yang tetap adalah nama KRT+Nama kawasan ... kerana kawasan tersebut telah didaftarkan dengan pihak jabatan ...

    hopefully boleh membantu ... maaf jika saya silap ....

    BalasPadam
  8. Adakah wakil rakyat sebelum ini menjalankan tanggungjawab lebih baik dari wakil rakyat sekarang?

    BalasPadam
  9. SMTI....Singkirkan ajer wakil rakyat itu..!!

    BalasPadam
  10. Saya tinggal jauh dari shah alam. tetapi sejak sambung belajar di shah alam, banyak kali bersemuka dengan wakil rakyatnya =) awesome! program2 ilmiah n kerakyatan, beliau selalu hadirkan diri, walaupun sebentar.

    tapi, satu tempat tu je lah. di kampung halaman, bandar tempat saya membesar, belum pernah lagi rasa begitu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.