Saya telah tiba di KLIA dan kemudian menghubungi kru 666, juga jururawat peribadi Bob Kuman, Mohd Farid Hamzah.
"Abang Bob tengah tidur selepas makan ubat," jelas bekas pelajar Kolej Segi itu.
Saya dimaklumkan wartawan Sinar Harian datang membuat kunjungan manakala Bernama dan Berita Harian menghubungi Bob mealui telefon bimbit.
"Mula mula saudara isteri dia menelefon untuk pengesahan berita. Selepas itu barulah kawan kawan lain menghubungi dia," ujar Bob.
Terlintas di fikiran, pihak mana dianggap beruntung jika Bob menghembuskan nafas terakhir? Apakah motif utama di sebalik penyebaran berita palsu melalui Twitter terbabit?
Jangan lupa menyaksikan kisah Bob di Melodi, esok.
Saya telah keluarkan statement dan gambar bagi pihak ELS di twitter dan FB sewaktu berita ini keluar sebentar tadi.
BalasPadamyer,,,siapakah agaknya yang untung, ,,
BalasPadamorang yang ada kepentingan utk diri sdiri je sanggup buat keje tak berakal tue..
BalasPadamMacam2 teruk betul lah diorang ni..
BalasPadamxpatut betul wat citer cmtu..hal mati pn leh wat main..ape nk jd la..
BalasPadamMemang tak masuk akal betul sapa yg bt fitnah itu!!...dan bg yg menyebarkan/retweet/share tu, kalau benar ianya Fakta, jgn terus menyebarkannya, dapat bukti dan kesahihan berita baru lah disebarkan, tak pasal2 1 Malaysia jadi kejutan 'Bob Kuman Meninggal'...huhuhuhu
BalasPadamSalam bang Mazidul...
BalasPadamSaya terbaca artikel ini...
http://mountdweller.blogspot.com/2012/04/bob-kuman-bohong.html
Assalamualaikum saudara mazidul,
BalasPadamSaya ada terbaca satu berita dari blog Pa'Ma. Berita penderitaan seorang bayi yang memerlukan bantuan kewangan untuk kos pembedahan. Mungkin saudara Mazidul boleh membuat sisipan untuk artikel ini di blog tuan.
.....
Dua kali dia diduga tetapi pasangan ini tabah menghadapinya. Namun hanya Tuhan yang mengetahui apa tersirat di dalam hati mereka. Dengarkan curahan hati pasangan ibu bapa ini.
Kediaman Zuraidah Abdul Rahman, 24 dan Idris Md Jadi, 30, sunyi dan sepi tanpa suara bayi kecil. Walhal si isteri baru seminggu melahirkan bayi diberi nama Nurzahra Damia. Bagaimanapun, si kecil ini terpaksa ditahan di wad NICU Hospital Sg Buloh kerana mempunyai masalah jantung.
Dua tahun lalu, kisah sedih keluarga ini pernah dipaparkan dalam majalah ini. Ketika itu, anak sulung mereka iaitu Robbul Izzati menderita sakit paru-paru akibat dijangkiti kuman sejak lahir. Penderitaan permata hati mereka itu berakhir apabila adik Robbul Izzati pergi meninggalkan mereka pada Januari tahun lalu.
Biarpun sedih dengan hakikat itu, namun Zuraidah dan Idris redha dengan ketentuan-Nya. Allah itu Maha Kaya apabila beberapa bulan selepas pemergian adik Robbul, si ibu dikhabarkan bakal menerima anak kedua. Kegembiraan jelas terpancar namun jauh di sudut hati si ibu, terselit rasa bimbang. Bagi Zuraidah, dia harus reda dengan apa jua ketentuan yang tertulis buatnya.
Diuji Lagi
Kini mimpi ngeri tersebut seakan berulang sekali lagi. Anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan caesarean pada 14 Februari lalu berkedudukan songsang di saat akhir turut menanggung derita kesakitan.
Menurut Zuraidah sepanjang mengandung anak kedua tiada sebarang kelainan dikesan pada janinnya menerusi ujian imbasan terperinci yang dilakukan oleh doktor pakar. Zuraidah yang sekali lagi menghidap kencing manis semasa mengandung dan tekanan darah tinggi yang turun naik diarahkan bersalin awal dua minggu daripada tarikh jangkaan.
Biarpun menjalankan pemeriksaan di Hospital Selayang di bawah pemantauan doktor pakar tetapi di akhir kehamilan dia bertukar ke Hospital Sg Buloh.
Lihat anak selepas tiga hari melahirkan Jika orang lain dapat mendakap anak yang dilahirkan sebaik selesai bersalin tetapi ia tidak berlaku kepada Zuraidah. Walaupun hatinya tertanya-tanya bagaimana rupa anak yang dikandung namun akibat bius yang disuntik membuatkan beberapa jam terawal dia tidak mampu membuka mata.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 162012795648 atau Bank Islam 14153020161917.
Baca selanjutnya disini, artikel terlalu panjang.
Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/04/adik-nurzahira-damia-perlukan-bantuan.html#ixzz1slWRBMr
agaknya ada orang tersilap info yar sebarkan tanpa niat paper kot... just tersilap sbb tak buat double confirmation... Little Puteri cuba berpikiran +ve.. hehe :)
BalasPadam