Isnin, April 30, 2012

KENCING TERKEJUT

"Saya masuk ke dalam tandas, hendak kencing. Terkejut, melihat beberapa lelaki selamba berak di atas longkang berlapik kayu. Tandas tidak berbumbung, hanya berdindingkan zing sahaja. Tiada penutup langsung. Kalau hendak kencing sahaja di dinding," ujar Azhar.

Mohd Azhar Che Umar, juru teknik menyertai saya ke Beijing selama 10 hari bersama jurukamera, Rohaizat Roslan.

Untuk rekod, saya baru tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kini dalam perjalanan ke Gurun, Kedah.

Kejadian dilalui oleh Azhar itu ditempuh sewaktu kami tiba di kawasan berhampiran Tembok Besar China.

Kepada pembaca ingin ke China, pastikan mrmbawa bekalan air mineral di dalam beg kerana tiada air disediakan di dalam tandas awam.

Saya hendak makan nasi lemak dan minum teh tarik dahulu.

Arios!

21 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    saya ke Beijing 10 tahun lepas...ingatkan dah berubah. Masih begitu? hu hu hu

    BalasPadam
  2. Membacanya sudah boleh saya bayangkan betapa kotornya tandas awam mereka.. Yealllkkk...

    BalasPadam
  3. bukanke beijing tempat hot spot pelancong seluruh dunia?????

    BalasPadam
  4. saya tak penah ke sana tapi mak saya kata kalau orang perempuan kena bawak payung untuk tandas yang tak dak pintu....bau dia jangan cakp la.... nak tandas elok kena balik hotel la

    BalasPadam
  5. ingat kan kat Malaysia, kotornya..bertuahlah rakyat Malaysia, mari amalkan gaya hidup sihat. Bersihkan tandas..bersihkan akal fikiran. Insyaallah aman.

    BalasPadam
  6. saya juga mengalami pengalaman yang sama semasa di Beijing pada Disember 2010. Semasa tu saya masih belajar di U dan saya menyertai program pertukaran pelajar ke sana. Sebulan saya di sana dan saya tinggal di asrama sekolah kerana program tersebut adalah program menjadi guru sukarela, mengajar kanak-kanak di Beijing B. Inggeris. Tandas sekolah dan asrama tiada pintu, jika buang air kecil atau besar, orang yang berada di tandas boleh nampak kita. Malunya. Untuk tandas di blok junior (mungkin darjah 1,2 & 3) pula, jika masuk tandas, tiada penghadang atau barrier antara tandas bersebelahan. Jadi kanak-kanak boleh berbual sesama sendiri ketika sama-sama sedang buang air besar....

    BalasPadam
  7. Saya mengalami situasi yang sama ketika di Beijing pada Disember 2010. Ketika itu saya masih belajar di U dan menyertai program pertukaran pelajar selama sebulan di sana. Saya tinggal di asrama sekolah kerana program tersebut adalah program sukarela menjadi guru B. Inggeris, mengajar kanak-kanak Beijing. Jika memasuki bilik air asrama dan sekolah, setiap satu tandas hanya ada dinding penghadang (barrier), tiada pintu. Jika sedang buang air di dalam tandas, sesiapa yang berada di dalam bilik air akan dapat nampak kita. Malunya. Di blok Junior (mungkin darjah 1,2 & 3) pula, setiap tandas di dalam bilik airnya tiada dinding (barrier) dan pintu. Jadi, kanak-kanak yang sedang buang air besar boleh berbual antara satu sama lain.

    BalasPadam
  8. Salam....
    Saya dan keluarga ke Beijing dan Badaling Gate (Great Wall) hujung 2011 baru-baru ni takde la pulak jumpa keadaan camtu. Hotelnya bersih, restoran muslim banyak, masjid-masjidnya cantik, elok, sempurna.
    Mungkin sebab saya pergi dengan tour agent Muslim kot.....
    wallahua'lam

    BalasPadam
  9. ala hai... Malaysia juga yang terbaik... Cuma rakyat Malaysia sendiri je yg tak tahu menghargai nikmat sebagai warga negara Malaysia...

    BalasPadam
  10. Sy juga pernah mengalami situasi yg sama semasa berada di Kunming wilayah Yunnan. Seminggu sy disana mengalami traumatized apabila setiap kali menggunakan tandas awam mereka sy akan muntah dulu kemuadian baru boleh kencing. Ini setelah mengambil kira saat genting apabila sudah tdk blh tahan lagi baru terpaksa mencari tandas awam Bayangkan dgn tiada air, najis manusia berselerak di dlm longkang panjang dn disitulah tmptnya utk buang air kecil. Nasib cuaca suhu maka kuranglah bau dn hurungan langaunya.. Sungguh menyeksakn dlm suasana negaranya yg sejuk sdh tentu kita asyik nk terkencing je... selebihnya sy lebih suka kencing di belakang bonet bas sahaja!

    BalasPadam
  11. yang pasti nye, kalau keluar tandas awam kt sana, baju sure melekat bau ...kalau ada yg tak tahan, boleh muntah...

    p/s: kalau tandas awam dekat tembok besar lagi la tak lalu nk masuk.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.