Rabu, Mei 02, 2012

PINTU KECIL? TIADA MASALAH!

Alhamdulillah, saya telah kembali ke tanah air dengan selamat setelah berada di China selama 10 hari. Semua tugasan sempurna dilangsaikan dan InsyaAllah akan disiarkan pada 12 Mei kelak.

Pada 19 Mei lalu, sebelum saya berangkat ke Negara Tembok Besar itu, rakan saya, taukeh perabot, Ah Chai dan isteri, Angel berkunjung ke rumah.

"Bila Ah Chai design sofa ini, saya terus teringat Mazidul. Saya tahu Mazidul suka baring di atas sofa, so kita buat sofa ini lebih besar dan selesa," ujar Angel.


"Sebelum ini, bila kita mahu membawa sofa masuk ke dalam rumah, sebilangan pintu bersaiz kecil. Jadi susah tetapi sekarang kita sudah membeli tangki angin untuk memudahkan pemasangan skru. Kita ceraikan sofa kepada beberapa bahagian di kilang dan kemudian pasang semula di dalam rumah," celah suaminya.


Sofa terbabit diceraikan kepada 6 bahagian sebelum dipasang semula di ruang tamu.

"Kalau beli sofa di kedai biasa, susah mahu kasi cerai dan pasang semula. Kita dari kilang, senang. Kita design sendiri, ceraikan sendiri dan pasang di rumah pelanggan," jelas Ah Chai.


Saya difahamkan, ramai pembaca blog ini, termasuk mereka dari Melaka telah menjadi pelanggan kilang Ah Chai berikutan harga perabot ditawarkan 30% lebih murah berbanding harga di tawarkan oleh kedai perabot berjenama. 


Sila baca entri berhubung perabot Ah Chai, saya nukilkan sebelum ini, klik di sini.


Ah Chai dan adik iparnya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memasang sofa separa kulit sepanjang 7 kaki terbabit.

Sofa teguh dan selesa untuk saya.

Untuk rekod, Ah Chai dan Angel boleh dihubungi di talian 012 3966621 sekiranya pembaca berminat untuk membeli perabot baru dengan harga amat berpatutan.

7 ulasan:

  1. Salam Bang Mazidul..

    Alhamdulilah selamat kembali ke tanah air, tak sabar menunggu cerita2 sensasi utk dikongsikan...

    Agak menarik sofa yg diatas ni, sesuai juga klu orgnya menghuni rumah tinggi (falt,pangsa dll) kan, teringat adik saya yg mmg teringin nak pakai sofa tapi disebabkan duduk flat tgkat 4 yg saiz liftnya kecil jd terpaksa batalkan niat tu..

    Nnnti saya nk rekmen kat adik saya..TAPI klu ke JB ada ke bang? huhuhu

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing. Nanti la, kalau ada projek nak sofa baru... teman contact dia...

    BalasPadam
  3. Salam.. SMTI..
    ==
    Pada 19 Mei lalu, sebelum saya berangkat ke Negara Tembok Besar itu, rakan saya, taukeh perabot, Ah Chai dan isteri, Angel berkunjung ke rumah.
    ==

    19 April kot bro :)

    BalasPadam
  4. Kalaulah semua cina di malaysia ni mcm si ah chai kan bagus...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.