Kerajaan bercadang untuk memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M buat kali kedua seperti dicadangkan oleh MCA.
Sebelum ini rakyat menepati syarat diberikan RM500.
Saya setuju, wang sebanyak itu tidak mungkin menyelesaikan keseluruhan masalah ekonomi keluarga tetapi sedikit sebanyak membantu rakyat.
Hari ini akhbar Sinar Harian memaparkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengatakan pemberian BR1M kali kedua akan memberikan gambaran pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengawal kos sara hidup rakyat.
Rafizi mendakwa BR1M juga bertujuan untuk memancing undi rakyat.
Klik di sini untuk membaca berita penuh.
Saya tidak pernah mendengar pra-syarat, setiap penerima BR1M diwajibkan mengundi Barisan Nasional, BN, pada Pilihan Raya, PRU 13. Undi rakyat, rahsia justeru tidak ada jaminan rakyat akan mengundi BN jika mereka menerima BR1M.
Ternyata jika BR1M diberikan, kerajaan bertujuan membantu rakyat berkelayakan dan memerlukan.
Sebelum ini sebilangan kenalan saya, penyokong kuat PKR juga mengambil wang bantuan kerajaan terbabit dan digunakan untuk perbelanjaan keluarga mereka.
Kata mereka ...
"Itu tanggungjawab kerajaan membantu rakyat"
Pada masa sama, saya teringat kenyataan beberapa rakan di Kelantan sewaktu menjelang PRU 12.
"Kami terima kain batik pemberian BN tetapi itu tidak bererti kami mengundi BN"
Saya bukan ahli politik seperti Rafizi tetapi jika beliau membaca entri ini, peringatan saya, molek jika pentadbiran PKR di Selangor pergi menjenguk penduduk di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Berikan bantuan kepada mereka sebelum pilihan raya andai inginkan sokongan penduduk pada PRU 13.
smti.
BalasPadamkalau dah nak membangkang, bagi salah tak bagi pun salah. memanglah BR1M tak membantu mengurangkan kos sara hidup,tapi sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan sedikit. bagi Rafizi, dia memang tak heran pun, sebab dia dah kaya raya. tapi bagi rakyat yang memerlukan, dah bersyukur beribu rahmat dengan BR1M... ini komen peribadi saya, walaupun saya sendiri bukan penerima BR1M. tapi saya sokong kerajaan memberi BR1M kepada rakyat...
em betul... ader y dekat ngan umah sy pun ader cakap.. tak semstinye y menerima bantuan tersebut akan mengundi BN... pemikiran seperti itu harus d buang jauh...
BalasPadamIsunya bukan ' mesti undi atau tak undi' Isunya, peruntukan duit tu guna dari mana? Wang rakyat kan? Itu yang rakyat persoalkan. Kerajaan di malaysia ini bersikap seolah olah rakyat perlu menagih meminta bantuan, padahal Kerajaan adalah pihak yang DIBERI TANGGUNGJAWAB UTK MENGAGIHKAN HASIL PENDAPATAN NEGARA (termasuk hasil mahsul + cukai), dengan sebaiknya.
BalasPadamTepuk dada, tanya Iman bro Mazidul.
Beri BR1M utk kali kedua, pabila pilihanraya makin hampir.
Kata mereka ...
BalasPadam"Itu tanggungjawab kerajaan membantu rakyat"
Statement yang mengesahkan kerajaan sekarang memang bertanggungjawab!
Daddy Ziyad, sah Rafizi kata antara tujuan pemberian BR1M untuk memancig undi.
BalasPadamBetullah, kerajaan mengagihkan bantuan kepada rakyat.
Kalau awak rasa tidak wajar dan tidak berkelayakan, biarlah mereka berhak menerimanya.
Do you have any problem with that?
duit tu bukan duit parti, duit pembayar cukai jugak. so biarlah yg berhak menerima. kalau dia tak sokong pun tu hak dia.
BalasPadamBagi salah, tak bagi pun salah..
BalasPadamBerat ke perkataan Alhamdulillah tu untuk diucapkan?
Itu cakap ahli politik biasalah...
BalasPadamSaya melihat semua isu pasti dikaitkan dengan wang rakyat, itu wang rakyat, ini wang rakyat...walaupun kerajaan berusaha membantu rakyat tetap timbul persoalan daripada pihak sebelah sana. Apalah salahya jika memberi cadangan penambahbaikan berbanding membangkang dan menyalahkan. betul tak bro Mazidul ?
BalasPadamRafizi Ramli mengatakan pemberian BR1M kali kedua akan memberikan gambaran pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengawal kos sara hidup rakyat.
BalasPadamApakah bukti atau fakta lain yang dapat kalian semua berikan untuk menafikan gambaran ini salah...Itu yang menjadi pokok persoalan..Apakah pula tindakan terbaik yang boleh pemerintah lakukan andaian gambaran ini benar berlaku..Sekadar bertanya..Mungkin ada yang boleh memberikan jawapannya..
saya pernah jumpe org yang tidak mahu terima bantuan ini sedangkan dia layak, bukan sebab dia tak bersyukur or tolak kerajaan sedia ada malahan dia penyokong tegar BN. alasan dia adalah biarlah orang yang betul2 tak mampu amik duit bahagian dia tu..
BalasPadambukan kah kita patut bersyukur atas rezeki yang kita dapat ni..tak perlulah semua perkara baik yang kerajaan beri kita tolak. mana yg baik amik..mana yg buruk bagitau agar boleh dipertingka kan lagi..
ok dalam kes ni semua kata nak undi BN atau PR itu hak mereka yang menerima BR1M. Hak yg dijamin oleh perlembagaan.
BalasPadamTp masalah realiti skrg ni, kalau seseorang tu sokong PR (terutaman kalau DAP atau PKR) terutamanya, mereka akan dikatakan sebagai tidak mengenang budi, tidak berterima kasih dsb.. apa benda ni? kata hak seseorang nak undi sesiapa pun.
cukai pendapatan hanya menyumbang 11% saja drp duit kerajaan..
BalasPadammazidul x de ulasan ttg himpunan belia ke....
BalasPadamPerlu juga diteruskan mana yang patut, cuma perlu juga diperhalusi bagi yang 'terlepas' lajak dapat BR1M juga..
BalasPadamabang Mazidul jumpa di www.kasihsalina.com