Jika benar usia pemilik akaun Facebook, AR Rahman seperti dicatatkan, kita seharusnya berasa gusar dengan perkembangan berlaku dalam dunia gay di Malaysia.
Kenyataan itu saya petik di laman berikut.
'Diasaskan pada 2011 untuk mengumpulkan blogger-blogger gay seluruh Malaysia dan membentuk sebuah organisasi yang akan dikenali di seluruh dunia'
Itu objektif dicatatkan di laman Facebook mendapat sambutan hampir 6,000 pengikut.
Melalui penelitian saya, laman sama dijadikan tempat blogger gay berkongsi kisah ditempuh sebagai lelaki songsang. Biarpun kandungan blog itu menjijikkan bagi majoriti manusia normal tetapi alah bisa tegal biasa kepada mereka.
Dalam satu daripada entri ditulis, blogger gay, Nickky, secara terbuka mendedahkan kisah peribadi, 'Pecah Teruna Cikgu Zul' untuk tatapan pengikut blognya.
Untuk rekod, sebelum ini saya pernah mendedahkan secara berterusan, kisah guru lelaki bertugas di Jeli, Kelantan, berkongsi pengalaman mengadakan hubungan seks dengan pelbagai jenis lelaki di blognya. Malah secara berani, dia memaparkan ratusan gambar pasangan lelaki bersamanya dalam keadaan berbogel dan ketika beraksi.
Lebih mengejutkan guru lelaki mengajar subjek Bahasa Inggeris terbabit mendakwa pernah mendapat Anugerah Guru Cemerlang.
Berikutan pendedahan berulang kali, guru terbabit telah menutup blognya, klik di sini.
Sebagai ibu bapa, kita patut berasa bimbang jika sebilangan guru terbabit dalam kegiatan seks songsang. Setiap hari mereka bertemu dan mendidik anak kita.
Bagaimanakah jika didikan itu juga disongsangkan?
Kesan tindakan naluri songsang itu telah terbukti dan dilaporkan oleh media. Antaranya kes guru Melayu, berusia 30 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah, didapati bersalah meliwat dua anak muridnya berusia 11 tahun.
Sila baca laporan lengkap, klik di sini.
Bersama, kita seharusnya memerangi kegiatan kelompok ini kerana mereka tidak lagi berasa segan silu menampilkan diri dan kisah seks songsang mereka secara terbuka di alam maya.
Sila hantarkan bantahan kepada Nickkyhelp@gmail.com mendesak blogger terbabit menukar status blognya kepada 'private' agar tidak mampu diakses oleh anak kecil di Malaysia.
Yes! Nickky needs help!
... ATAU catatkan bantahan di WALL Facebook Persatuan Blogger Blogger Gay SeMalaysia.
Yes! Nickky needs help!
... ATAU catatkan bantahan di WALL Facebook Persatuan Blogger Blogger Gay SeMalaysia.
Terima kasih.
smti... ini perkara yg sangat merisaukan
BalasPadamsmti saya sokong pendedahan saudara mazidul... tp rasanya ia terlalu terdedah, harap2 ia tidak akan menjadi iklan percuma utk blog dan fb berkenaan. (Blog ni diikuti oleh ramai pembaca dari pelbagai golongan dan terbukti antara medium iklan yg efektif - sbg contoh entri fasal sofa dan hafei, maklumbalasnya amat positif).
BalasPadamkomen saya, tak perlu lah nak buat link kat setiap cerita tu.. dari orang tak tahu cerita tu, dah ramai yg tahu penulisan macam tu.. saya tak baca pun sebab tak sanggup tapi mungkin encik mazidul boleh bantu untuk kurangkan pengetahuan orang ramai yang membaca blog encik ni dari tahu blog2 yang merapu tu. terima kasih
BalasPadamastaqfirullah....
BalasPadamYa Allah! Jauhkanlah anak-anakku dari perkara terkutuk itu, lindungilah anak-anakku dari manusia yg berniat jahat.
Astagfirullah!!!!
Lebih merisaukan apabila ada ahli politik secara terang-terangan menyokong LGBT ini..
BalasPadamAbg Mazidul, saya dah p tgk blog depa tadi..meloya tekak..
BalasPadamberderau darah saya..Mcmana kita nak bendung perkara ni..mati akal saya..
Nur Hareza, jika tidak didedahkan, barangkali awak pun tidak tahu.
BalasPadamSebagai pembaca dewasa, nilailah informasi itu dengan baik, menggunakan akal waras.
Itu sahaja.
It goes the same to every reader.
Maklumat dipaparkan, fakta. Hemat saya, lebih baik kita menyedari fakta itu lebih awal.
Sekurang-kurangnya kita berhubung maklumat tepat untuk memantau laman dilayari oleh anak remaja.
geli weh...semua kena alert ni, bala Allah swt terhadap mrk serupa kaum luth ni tempiasnya pada semua org...adoiii
BalasPadammungkin.. tapi saya masih lagi rasa, ada perkara yang tak perlu diberitahu secara begitu kpd generasi muda.. katakan lah sekiranya anak saya berumur 12 tahun yang minat membaca blog en ini, menekan link tersebut, apa perlu saya terangkan? kalau tak ditanya dan dipendam shj, bagaimana? cthnya pelajaran seks di sekolah, saya mendengar cerita kaedah pembelajran yg tidak sesuai.. cubalah datang dan lihat pembelajaran seks yang disjar pada murid tahun 1 tu bagaimana? bukan kah lebih mais disaingkan lelaki dan perempuan dan diterangkan satu persatu oleh guru sejantina tentang apa yang boleh, dan tidak boleh mengenainya.. pendekatan yang sekolah ambil adalah terlalu terbuka dengan mengambil pendekatan jika tidak didedahkan, barangkali mereka pun tidak tahu..
BalasPadamsekadar pendapat saya sebab saya masih mempunyai anak yang kecil.. saya dibesarkan dengan kaadaan sederhana.. tiada internet, percakapan melalui telefon terhad, tidak dibenarkan keluar malam, pergaulan juga dipantau.. dan saya tak tau menda2 macam tu dan saya rasa itu yang terbaik! naluri remaja ingin mencuba walaupun kita dah nyatakan bahawa aksi begitu TIDAk boleh dan JANGAN..
saya jadi bingung kaedah mana yg perlu untuk besarkan anak itu.. dengan mendedahkan segalanya dan memberithu itu adalah TIDAK BOLEH atau cuba mengelak daripada perkara begitu diketahuinya??
Nor Hareza, memantau bahan bacaan anak awak, tanggungjawab ibu dan bapa.
BalasPadamsetelah mengamati facebook berkenaan , mostly of them are indonesian .
BalasPadamGay ni dah macam barah dalam Malaysia, remaja sekarang, nampak orang gay, kawan gay kat ipt, still anggap biasa sebab nak nampak open dan bandar.
BalasPadam