Ahad, Mei 20, 2012

KEPALA TERPOTONG

"Ingat ke sebelum ini untuk merakamkan gambar, kita kena membeli filem 36 exposures, 24 atau 12?," soal saya.

"Itu 36 exposures, harga lebih kurang RM30," ujar taukeh perabot, rakan saya, Ah Chai.


Ketika itu keluarga saya, Ah Chai dan blogger, Kak Jee sedang makan malam di restoran di Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Zaman Kak Jee ambil gambar dulu ...," celah saya.

Kak Jee atau nama sebenar beliau, Fauziah Samad, bekas wartawan hiburan juga pelakon drama, kini blogger terkenal, klik di sini.


"Kak Jee, badan sahaja besar tetapi bukan kuat sangat makan," ujarnya. 

Berikut hidangan sebelum dijamah.


Ini pula rupa hidangan setelah kami selesai menjamu selera.


Sepanjang jamuan makan malam itu, aksi anak Ah Chai dan Angel, Caleb merakamkan gambar menarik perhatian saya.


"Sekarang, bila kita rakamkan gambar, beberapa saat kemudian kita boleh tengok, preview. Dahulu tidak boleh. Kadang-kadang, terakam gambar tali kamera dan tangan," jelas saya kepada pelajar berusia 12 tahun itu.

"Kadang-kadang, gambar orang kepala terpotong," celah suami Kak Jee, Uncle Pali.

Kami tertawa.


Barangkali Caleb tidak memahami kenyataan kami kerana pada usianya, dunia memperkenalkannya kepada kamera digital sahaja.

Teringat sewaktu menuntut di sekolah menengah, gambar dirakamkan di kelas kemudan dicuci di kedai. Semua gambar dimasukkan ke dalam album dan dicatatkan nombor untuk dipesan oleh rakan sekelas. Untuk rekod, setiap keping gambar dijual dengan harga di antara 70 sen dan seringgit. 

Kekadang sebilangan gambar dirakamkan kabur tetapi tetap disimpan sebagai kenangan.

Jelasnya, teknologi photografi berubah, gambar direkodkan puluhan tahun dahulu tetap indah.

"Caleb, setiap saat kita lalui tidak akan berulang lagi. Contohnya, hari ini uncle makan dengan Caleb, lain kali pun mungkin kita akan makan bersama lagi tetapi masa tidak akan sama. Maksudnya, setiap kejadian kita rakamkan itu, unik," kongsi saya.

Tiba-tiba, Angel bersuara ...

"Happy birthday!," katanya.


Kek diletakkan di atas meja oleh pekerja restoran.


Tertera nama anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq, di atas kek, dieja secara tepat. 

Spontan Afif tersenyum dan saya amat yakin dia langsung tidak menduga Angel telah menyediakan kek ulang tahun kelahirannya selepas makan malam.


"Saya ternampak status dalam Mazidul punya Facebook. Hari ini birthday dia ke 14 tahun," celah Angel.

Sungguh prihatin hati ibu kepada 3 anak itu.

Barangkali kerana sifat sebegitu, kilang perabot diusahakannya bersama Ah Chai kini dikunjungi lebih ramai pelanggan. Kilang mereka menawarkan pelbagai jenis perabot berkualiti dengan harga 30% lebih murah berbanding harga perabot dijual di kedai ternama.

Untuk mendapatkan diskaun istimewa itu, nyatakan kepada Ah Chai, pembaca mendapatkan maklumat mengenai kilang mereka dari blog ini.

Sila hubungi Ah Chai terlebih dahulu sebelum membeli perabot di kedai menawarkan harga lebih mahal.



Tidak guna membazirkan wang secara melulu.

Apapun terima kasih kepada Ah Chai dan Angel, sudi menjemput saya dan keluarga untuk makan malam bersama.


6 ulasan:

  1. Selamat hari lahir Afif, semoga menjadi anak yang baik!

    BalasPadam
  2. happy besday afif... ingatkan kepala apa yg terpotong rupanya kepala ikan hahahahaha

    by the way bro mazidul, tau tak pasal warga singapore murtad yg sekarang ni aktif dgn gerakan kebebasan beragama di malaysia... boleh rujuk sini:
    http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/perempuan-singapore-murtad-yang-lahanat.html

    BalasPadam
  3. Selamat hari jadi Afif!

    Memang seronok bila diraikan - tanda ingat, tanda sayang & tanda dihargai.

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday Afif..moga menjadi insan cemerlang satu hari nanti..

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir afif.

    sekarang, peminat kamera analog
    kebanyakannya berkumpul di www.lomography.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.