Jumaat, Mei 04, 2012

ADA GERAI? ADA RESTORAN? INGIN DIPROMOSIKAN SECARA PERCUMA?

Saya percaya ramai pemilik gerai dan restoran menawarkan juadah enak kepada pelanggan tetapi sukar mempromosikan premis perniagaan mereka.

Jadi saya dan rakan, Eddy ingin membantu.

Sebelum berangkat ke China pada 21 April lalu, saya berpeluang berkunjung ke Restoran Le Lac di Shah Alam, Selangor, klik di sini.

Liputan dilakukan secara percuma, fakta dan gambar kemudian dimuatkan di blog Jom Libur

Pada masa sama, berita berhubung Le Lac dihebahkan di 4 akaun Facebook saya dengan bilangan rakan mencecah hampir 20,000 kesemuanya. Di samping itu, maklumat berhubung premis sama juga dipaparkan di blog mencecah hit lebih 7.1 juta ini.

Syarat kami kenakan mudah.

Sewaktu kunjungan saya ke premis perniagaan anda, sediakan ...

1. Hidangan utama, signature dishes untuk tujuan rakaman gambar.
2. Responden samada pemilik atau pengurus untuk saya temubual.
3. Maklumat tepat berhubung premis perniagaan.

Bahan liputan akan dihebahkan dalam tempoh 24 jam kemudian di Facebook dan blog milik saya selama SEBULAN secara PERCUMA. Selepas sebulan, andai pemilik premis ingin mengekalkan entri mengenai restoran mereka di Jom Libur, bayaran perkhidmatan akan dikenakan mengikut tempoh masa.

Sila hubungi Eddy di talian 013 888 9020 pada bila bila masa untuk mengetahui kadar bayaran ditetapkan.

Untuk liputan pertama, pemilik premis hanya perlu membayar kos pengangkutan 2 hala dan tol (jika ada). Kadar terbabit ditetapkan oleh Eddy melalui perbincangan bersama pemilik premis perniagaan ingin mengundang saya untuk membuat liputan blog.

Setelah liputan saya lakukan, beberapa pembaca blog Jom Libur mengemukakan soalan berhubung syarat kelayakan untuk liputan blog.

Syarat saya kenakan juga terlalu mudah.

1. Premis harus bersih.
2. Makanan dihidangkan enak.
3. Tiada masalah samada gerai, restoran atau pembekal makanan dari rumah (caterer).

Kepada pemilik premis sudi menjemput saya dan Eddy, terima kasih diucapkan.

Hubungi kami secepat mungkin.

SILA HEBAHKAN

7 ulasan:

  1. Salam bang Mazidul...

    Saya takde gerai utk dipromosikan, tapi klu saya nak prmosikan gerai kawan saya dan saya akan bgtau dgn pemiliknya boleh juga kan..?

    Tidak terhad pada mana2 negerikan? Gerai kawan saya tu di Johor..

    BalasPadam
  2. wahh.. peluang best utk peniaga2 kt luar sana..rebut peluang ni.. masak sedap2.. :))

    BalasPadam
  3. Gerai makanan atau restoran takda... tapi Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan yang saya pimpin perlukan perhatian dari pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan.

    Saya diiktiraf oleh Tuo Silek Lintau dari ranah Minangkabau sana sebagai satu2nya Tuo Silek Lintau di Malaysia.

    Kalau boleh tolong kita boleh bincang.

    Mazidul boleh hubungi saya melalui:
    Tel: 097867059
    HP: 0193773055
    Skype: drkamalshah

    Dr. Kamal Shah
    Pandeka Sutan Rajo Sati
    Guru Utama
    Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK)

    BalasPadam
  4. smti

    tuan, saya berminat, tapi kalau kedai jual kerepek boleh? tempatnya di johor

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum abg mazidul..
    saya berminat & mahu krew abg mazidul dtg ke restoran milik suami sy yg bernama Barada Restoran, terletak di Bandar Tun Hussein Onn. Restoran ni benkonsepkan makanan timur tengah iaitu dr Syria.
    diharap krew abg mazidul dpt dtg ke restoran ni bg tujuan mempromosikan restoran kami.
    talian yg boleh dihubungi: 010-2916303 (Asaad) atau kami akan hubungi en.Eddy secptnya.
    terima kasih kerna memberi peluang ini pd kami.

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum abg mazidul..
    saya berminat & mahu krew abg mazidul dtg ke gerai makan di alamat gerai no 3 taman pengkalan batu,klang selangor(berdekatan dgn Majlis perbandaran klang). mee kari nyer mmg sgt sedap n top la bang...ada nasi ayam bermadu,nasik lemak n nasi belauk...harga sgt murah dan berpatutan...atau abg or crew leh contact dgn mak cik nah ( 012-333 2140)....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum

    Ayah saya adalah penjaja kecilan menggunakan lori di tapak tempat letak kereta di Taman Seri Andalas Klang dan mempunyai lesen sah dan di luluskan oleh MPK Klang. Tiada gerai namun signature dishes yang menjadi buah mulut dan idaman orang ramai dari kawasan sekitar adalah cendol. Terdapat juga ABC dan goreng pisang yang di bancuh sendiri oleh ibu.Jika abang dan krew sudi untuk singgah dan merasai pengalaman sendiri boleh lah hubungi saya. InsyaAllah yang lain-lain boleh kami uruskan.Telah lama beroperasi dan kami juga berpengalaman dalam menyediakan khidmat katering untuk kendduri kahwin,pertunangan,perasmian,majlis amal dan lain-lain.Saya boleh di hubungi di 017-2475627.

    terima kasih di dahulukan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.