Blog My Massa melaporkan kumpulan Anak Muda Benci Ambiga, KAMBING akan berkhemah selama 2 minggu di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Ambiga di No 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Mereka menyokong tuntutan peniaga kerugian sewaktu berlangsung perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, pada 10 Mei lalu, Ambiga membuat laporan polis berikutan tindakan sebilangan peniaga burger berkumpul di hadapan rumah mewah miliknya. Peniaga terbabit mendakwa kerugian akibat kekecohan berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kemudian berkata, tindakan peniaga itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka menjalankan aktiviti di kawasan awam. Dalam erti kata lain, tindakan mereka tidak boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan.
Lebih menarik, KAMBING enggan menerima bantuan dari parti politik di Malaysia, waima Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
KAMBING berhasrat berhimpun secara aman bersesuaian dengan syarat Akta Perhimpunan Aman 2011.
Menarik.
BERSIH 3.0 berlangsung di ibu kota di atas dasar akta sama namun bertukar ganas. Diharapkan pihak penganjur perhimpunan dapat memastikan keamanan dipelihara sepanjang perkhemahan bakal berlangsung.
Jika mempunyai masa terluang, saya akan ke lokasi itu untuk merakamkan gambar.
Baca blog My Massa untuk maklumat lebih terperinci, klik di sini.
SMTI - Pengulas pertama, Yahoo!!!
BalasPadamKepada KAMBING, selamat berkhemah dan melakukan aktiviti riadah yang sepatutnya. Dapatkan penyimpan makanan dan minuman dari Colemann, terbaik.
En Mazidul, what is your take on our (chaotic) political situation now?
BalasPadamaduhai macam2 la... wajarkah berbuat begitu?
BalasPadamhttp://hajar-apesaje.blogspot.com/2012/05/wajarkah.html
HAHAHAHA lawak gila la ngo2 pelik ni, ABU la ABAI la TIBAI la CIBAI la kali ni KAMBING pulak hahahaha
BalasPadamBila kene kat depan rumah dia tau pulak bengang
BalasPadamMmbekkkk...!
BalasPadamChildish!!!!!
BalasPadamkita Minum dulu susu KAMBING!!
BalasPadamselamat berjuang kambing. semoga ambiga mula sedar perasaan orang lain bila dia berhimpun 'secara aman' sebelum ni.
BalasPadamasalam,
BalasPadambulehler join, jika dapat upah elaun tinggalkan kerja seharian,,asalkan ada kerja ada wang
anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari, anak kambing makan rumput, anak kambing masuk kandang...
BalasPadam-lagu kanak2 ms saya kecil dulu-
harap ambiga tak marah pada kambing
heh~
BalasPadamdunia oh dunia~
orang islam ke yang buat tu...tunjukkan la akhlak yang baik.
BalasPadamSMTI...hahaha..."pihak pengurusan kambing"..adoiii...good one..!!
BalasPadamsalam... ohh Dato' Khalid kata tak menyalahi undang2. Pastu mcmana dengan pasang khemah dan berniaga. Ada kebenaran ka dari Majlis Bandaraya dan juga lesen menjaja?
BalasPadamAs salam...
BalasPadamMacam2 hal la, kambing pun tak pasal2 ikut serta kempen politik..hehehehe
*mmg kesian para peniaga yg kerugian tu...
Yang hang pa pi tutup kedai masa orang ramai dtg nape...itu kan rezeki..hang pa tutup rezeki sendiri...kedai mamak maju coner yang buka penuh dgn org sampai tak menang tangan ...untung untung...
BalasPadamEn Hisham, Dato' Khalid kata tu atas kapasitinya sebagai polis iaitu berkaitan jenayah, kanun keseksaan dll, bukannya atas kapasiti sebagai wakil DBKL atau Majlis Bandaraya yang berkaitan dengan lesen..
BalasPadamHarap KAMBING dapat berfikir semula. Apa yg dapat kalo berhimpun mcm tu, habis kuat Ambiga sakit hati shj. Bertindaklah seperti orang yang bijak, bukan terikut-ikut cara orang yg kurang bijak. Kambing akan dilihat lebih baik didalam kari berbanding diletakkan di depan rumah Ambiga
BalasPadamSalam...
BalasPadamAgak-agak nya lah bila perkara ini akan berakhir... Negara kita sekarang ni tidak habis-habis dengan perhimpunan...Setiap perhimpunan yang diadakan akan dibalas dengan mengadakan satu lagi perhimpunan!! Bila nak selesai agaknya.. Lagipun bagi si Ambiga tu..dia mungkin tidak akan rasa apa-apa bila orang berhimpun depan rumah dia..dia bukan ada sensiviti kalau ada sensiviti dia tidak akan anjurkan Bersih!! Kalau bosan tengok orang berhimpun dia boleh bawa famili dia ke tempat lain ke hotel ke atau ke luar negara al maklumlah orang kaya katakan!
One word.. BODOH
BalasPadamni semua terikut sangat la dengan slogan Malaysia Boleh! semua boleh! jadik bodoh pun boleh!
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/2012/05/bolehland-yang-serba-boleh.html