Kira-kira setengah jam tadi, saya memandu di sekitar PJS 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Gembira hati saya melihat banyak banting digantung oleh kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sempena kempen Zon Bersih dilancarkan oleh pihak berkuasa tempatan terbabit.
Bersih walaupun banting dikotori oleh pelekat ditampal secara haram.
Pelekat berwarna hijau menawarkan pinjaman kewangan terbabit juga mencemari kawasan sekitar.
Selain banting, kerusi, tiang dan mesin pembayaran parkir, dinding bangunan perniagaan turut menjadi mangsa tampalan pelekat tertera nombor telefon bimbit sama.
Beberapa minit kemudian saya terlihat kelibat remaja sedang bercakap menggunakan telefon bimbit dan pantas gambarnya saya rakamkan.
Tangan kirinya menggenggam seperti pelekat berwarna hijau tetapi tidak begitu jelas. Justeru tidak molek untuk kita membuat tuduhan.
Dia kemudian bergerak beberapa meter ke sebelah kiri, saya rakamkan gambar berikut.
Ahah!
It's a match!
Saya kemudian mengekori remaja terbabit sebelum merakamkan aksi dia melompat berikutan saiz tubuhnya agak rendah.
... dan berikut hasil lompatan berjaya itu.
Bagaimanapun saya tidak berkesempatan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu kerana dia berjalan laju sambil menampal pelekat sama di pelbagai lokasi lain.
Cekap sungguh tangan dia.
pihak berkuasa tak boleh buat ape2 ker... kan dah ade no iklan tu... saman la pemilik iklan tu...
BalasPadamsaya pun ade buat bisnez air vending mesin... antara perkara sy risau adalah benda mcm ni... risau diorang tampal kat mesin saya... nnti jadi buruk jadinya... dah la gamnya kuat melekat...
BalasPadammemang cekap dan pantas tangannya..he2
BalasPadamwa nombor satu....
BalasPadamkasi keluar gambar orang yang tampal tu besar besar...bagi satu malaysia tahu. tiada tindakan ke yang diambil untuk benteras geng geng along ni...hehehehhe
ayaqkosong.blogspot.com
singgah la
ish skt at plak tgk jantan ni...xkire tmpt ditampalnye..base bodo.habis tiang2 dia g lekat...malaysia2..
BalasPadamkadang2 kesian pun ada... berapa la upah yg dia dapat dgn menampal2 tu ye...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Tahniah bang Mazidul kerana berjaya merakam gambar yang bukan semua orang dapat rakamkan ini..
BalasPadamMoga selepas ini pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya pada individu terbabit...
http://manentertainment.blogspot.com
mai singgah dan jadi sahabat saya..
cekap betul en.Mazidul ni, tahniah.
BalasPadamsalam persahabatan dr kami di perantauan ini
tak psl2 famous sbb masuk blog mazidul.
BalasPadam