Khamis, Mei 24, 2012

WOW! AMBIGA KINI PEJUANG DEMOKRASI DI BERSIH 4.0

Hampir jam 1 tengahari tadi, saya tiba di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan merakamkan gambar awal kehadiran penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL di lokasi.


Sekitar jam 12.15 tengahari, beberapa anggota polis kelihatan di lokasi sama, kira-kira 100 meter dari rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Kira-kira jam 2.30 petang polis meletakkan papan tanda di jalan masuk ke rumah Daruk Ambiga dikawal rapi oleh anggota polis.


Tiba-tiba saya terlihat lelaki berpakaian kemas di bawah.


Suka melihat posisi dia berdiri.


Saya cuma berasa keliru, adakah perkataan 'rakyat'  itu mewakili kesemua warganegara Malaysia atau sebilangan sahaja. 

Dia juga mengangkat Ambiga sebagai 'national hero', itu hak dia.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Saufi Mohamad kemudian tiba di lokasi.


"Bilangan penguat kuasa terbabit di sini 89 orang dari 8 daerah saya kerahkan untuk ke sini," ujar beliau kepada saya.

Kenalan saya itu masih kelihatan segak biarpun sudah bergelar datuk kepada seorang cucu. 


Jam 2.38 petang, Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said dan Hishamuddin Rais kelihatan berjalan kearah rumah Datuk Ambiga.


Jam 3 petang, Tan Sri A. Samad Said dan Datuk Ambiga membuat sidang akhbar dari dalam pagar rumah.


Wartawan dan jurugambar berdiri di luar pagar, penyokong Datuk Ambiga berdiri di sekitar lobi rumah mewah Pengerusi Bersama Bersih itu.


Hampir jam 4 petang, kelihatan beberapa peniaga memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan keluar berdiri, memerhatikan penguat kuasa DBKL.


"Sebenarnya kami diminta berkumpul di sini untuk mula berniaga pada jam 2 petang," ujar peniaga datang menghampiri saya.


"Halau! Halau! Halau! Halau!"

Saya terdengar teriakan kuat dan bergegas untuk merakamkan gambar.


Berikut tuntutan kira-kira 200 ahli Gerakan Belia Gagasan Malaysia.


Klik untuk membesarkan gambar di atas.


Selepas menjelaskan tujuan kehadiran mereka di lokasi dan mendapatkan kebenaran pihak polis,  Presiden Gerakan Belia Gagasan Melaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin bersama 4 lagi ahli menyerahkan kertas risalah di atas kepada Datuk Ambiga.


Kamera murah, jadi gambar detik penyerahan risalah tidak dapat dirakamkan.


Pelbagai lagi kejadian berlaku selepas itu dan berikut antara petikan gambar saya rakamkan.


Siapakah kumpulan bermotosikal ini?


Siapakah pula mereka di bawah?


Oleh kerana saya blogger tidak dibayar, kita berikan laluan kepada iklan terlebih dahulu dan berjumpa lagi selepas ini, apabila jari jemari saya kembali bertenaga untuk menaip.

Klik, IKLAN

8 ulasan:

  1. Pada 31 Ogos 1957 pemimpin negara telah mengiktiraf mereka dan ianya tercatat dalam perlembagaan negara.

    Siapakah yang bersalah sebenarnya?

    BalasPadam
  2. kalau macam ni tiada beza lah antara orang 'sini' dengan orang 'sana'. tapi harap2 ambiga dapat pengajaran. yg bestnya hishamudin rais tukar tiub ada di mana2...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Pada 31 Ogos, kerana sifat bertolak ansur orang Melayu dan Raja Raja semasa itu, kita menerima kaum Cina dan India menjadi sebahagian daripada warganegara Tanah Melayu, dan mereka, melalui ucapa Tan Chen Lock dan V Sambathan, merangkapkan setinggi terima kasih kerana tolak ansur Melayu.

    Hari ini, melayu diletakkan dalam kedudukan bersalah kerana menerima mereka? Adakah orang yang bertolak ansur dan berbuat baik menerima dianggap sebagai pihak yang bersalah? Dunia.

    BalasPadam
  4. Melayu kini sedang diinjak2...tapi sayang masih ramai yang tidak sedar.

    BalasPadam
  5. sepatutnya org melayu kena bersatu padu..itu pentingnya belajar sejarah krn terdapat sejarah-sejarah silam yang blh kita ambikkan..

    BalasPadam
  6. Melayu sedang di diperhatikan oleh sebahagian Melayu yang lain...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.