28 April lalu, saya dan kru Majalah 3, dibawa ke restoran halal di Beijing, China.
Hidangan istimewa disajikan kepada kepada kami, steamboat kambing. Barangkali nama juadah itu kedengaran ganjil di negara kita tetapi tidak di Negara Tembok Besar terbabit.
Daging dan tulang kambing tidak berbau dihidangkan dengan kuah agak pedas, saya jangka bersesuaian dengan citarasa masyarakat Malaysia.
Pelanggan berpeluang memasukkan antaranya bebola ikan dan ketam kedalam bekas menggelegak sebelum menjamu selera.
Setelah daging dan tulang kambing hampir habis, pelayan restoran datang menghampiri meja dan membuat mi tarik, makanan cukup terkenal di China sebelum memasukkan mi itu ke dalam bekas sama.
Hidangan untuk 4 orang, berharga kira-kira RM200.
Di bandar Baoding, kira-kira 150 kilometer dari Beijing, saya rakamkan gambar di atas. Seperti steamboat kambing, pakaian 2 gadis menaiki basikal terbabit juga kelihatan unik.
Malangnya mereka agak pemalu dan cuba beredar sebaik menyedari gambar mereka saya rakamkan.
Keunikan tidak terhenti di situ.
Mungkin sebelum ini sebilangan kita pernah melihat motosikal beroda tiga, ini kereta beroda tiga. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos membeli satu lagi tayar.
Perhatikan gambar di bawah dan lihat keunikannya.
Oh! Maksud saya, ini ...
He! He! He!
cisss...cer citer aper ader dlm BABI CLUB tu..:)
BalasPadamBabi pun ada kelab? hehehe...
BalasPadamAgak-agak la apakah maksud atau makna babi di sana ye? Mungkinkah jika pemilik kelab tahu maksud 'Babi' itu, beliau akan menukarkan nama kelab tersebut? Saya simpati pada pengunjung kelab ini kerana kelab ini hanya untuk 'Babi' sahaja
BalasPadamTertipu tipah...cisdale....
BalasPadampeh ada jugak awek pakai cosplay baju kelasi... best2
BalasPadamiya2 ja aku baca..hekhek
BalasPadam^____^ SMTI.. terima kasih!
BalasPadamselepas keluar dari kelab tu wajib disamak terlebih dahulu..hehehe
BalasPadamSMTI
BalasPadammcm sedap jer steambot tu...puas ati tak mkn,betul2 kenyag ke he3..
SMTI,
BalasPadamterliur melihatkan hidangan kambing tu...
terhibur dengan paparan 2 gambar terakhir...agaknya bagaimana sebutan sebenarnya bagi mereka tu yee
SMTI - BA BI Club tu Kelab malam atau disko, dan tempat orang mabuk serta cari pelanggan atau cari pasangan untuk di bawa balik ke bilik hotel. (Ini semua orang bukan Islam) Kita jangan pergi sana, jangan masuk dan jangan bersubahat. Wallahuaklam.
BalasPadamTanjt saya ingt restorn hlal ada babi.seriau lk nk g dec ni.rupanya.haihhhh lega saya
BalasPadamSMTI
BalasPadamuntuk maklumat penulis dan pembaca lain : gambar orang berpakaian kelasi di atas adalah cosplay vocaloid (Kagamine Rin)..
BalasPadamCosplay : costume play - berpakaian seperti karekter komik/anime/game
Vocaloid : artis alam maya (sila search kat wiki untuk maklumat penuh)
boleh lihat contoh video konsert vocaloid di sini http://www.youtube.com/watch?v=KcXDb9Y1TrI
Lama tak jumpa abg eizat nih... lama tak nyelam sama..heheh...thanks abg mazidul..
BalasPadam