Sabtu, Mei 12, 2012

PANDU UJI HAVAL H5 DAN WINGLE 5 EDARAN GREEN ORANGES

Hawal 5 dan Wingle 5.

Jenama kenderaan itu barangkali asing kepada pembaca blog ini namun kepada mereka berpeluang menonton paparam Majalah 3 disiarkan malam tadi (12 Mei 2012), berbeza.

"Saya tidak mahu membeli kenderaan keluaran China sebab sukar untuk mendapatkan alat ganti, spare parts," dakwa rakan saya temui.

Pada hemat saya, dia melontarkan kenyataan itu kerana tidak berpeluang ke Baoding, China. 


Di sembilan gudang bersaiz kira-kira 12,000 meter persegi, pelbagai alat ganti Haval H5 dan Wingle 5 disimpan dan bersedia untuk dihantar kepada pengedar kendeaan Great Wall Motors, GWM,  di 80 negara di dunia.


Untuk rekod, China berpopulasi lebih 1.3 bilion sekaligus menyediakan pasaran besar untuk kenderaan keluaran tempatan.

Sejak mula dipasarkan, lebih 600,000 Haval dijual. 

Berikut kenderaan konsep GWM dipamerkan sewaktu China Auto Show 2012, saya kunjungi pada 23 April lalu.


Benarkan produk China berharga murah dan kurang berkualiti?

Bergantung kepada jenis produk. 

Jika barang tiruan, barangkali, harga pasti lebih murah dan tidak mampu bertahan lama. Bak kata pepatah Inggeris, you give peanuts, you get mongkeys.

Untuk pengetahuan pembaca, GWM ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu dan dilapor telah mengeluarkan 25 model pelbagai jenis kenderaan dalam tempoh terbabit.


Kenyataan Pengarah Pemasaran  GWM China, Steven Wang, saya temui di Beijing, amat menarik perhatian saya.

"Setiap hari Selasa, pekerja pelbagai jawatan di GWM memandu kenderaan syarikat dimestikan mencatat  dua komen berhubung prestasi kereta dipandu uji. Saya juga melakukannya, biarpun bukan jurutera. Tujuan GWM, untuk memastikan kualiti kenderaan terjamin sebelum dipasarkan di dalam dan ke luar negara. Tidak ada syarikat penjual kenderaan lain di dunia melakukan tindakan sebegitu sebelum dipasarkan," ujar Wang.

"Sejak berapa lama?," soal saya.

"Sejak kenderaan pertama dikeluarkan," balas beliau spontan.


Sewaktu di China saya sempat bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Green Oranges Sales and Services Sdn. Bhd, GOSSB, Mohd Azli SM Nasimuddin Kamal.


GOSSB, syarikat milik penuh bumiputera dan dilantik sebagai pengedar eksklusif 2 kenderaan keluaran GWM, Haval H5 dan Wingle 5.

Wingle 5, menggunakan enjin turbo 2.5 liter disel berharga di antara RM60,000 dan RM70,000 sahaja.

"Harga Haval dan Wingle dipasarkan oleh 25 wakil penjual di seluruh Malaysia, 20% LEBIH murah berbanding kenderaan sekelas keduanya. Untuk Wingle,  jaminan 5 tahun produk, penyelengaraan dan bantuan kerosakan percuma diberikan atau jarak pemanduan mencecah 100,000 kilometer, mana terdahulu," kata Azli yakin.


Manakala Haval H5, kenderaan SUV berenjin 2 liter turbo disel kini berada di pasaran dengan harga RM120,000 sahaja.


"Sebenarnya, kenderaan keluaran GWM telah diekspot ke negara Eropah seperti United Kingdom dan Bulgaria sebelum GOSSB mengimpot kenderaan buatan negara China ke Malaysia. Seperti diketahui oleh umum, hanya kenderaan berkualiti sahaja mampu untuk bersaing dengan kenderaan sedia ada di pasaran Eropah seperti Ford, Chevrolet dan Toyota. Mazidul sendiri telah melihat kaedah ujian di bahagian penyelidikan GWM," jelas Azli.


Benar.

Saya kemudian dibawa meninjau ke kilang pembuatan kenderaan GWM di Baoding dan Tianjin bersama 14 wartawan media cetak Malaysia dan berada di China selama 10 hari.


Semasa berada di kilang terbabit, saya melihat disiplin operator. Contohnya, sewaktu keluar untuk makan tengahari, setiap mereka berbaris dan berjalan secara  teratur.


Saya juga berpeluang menemubual jurutera dari Jabatan Penyelidikan GWM China, He Liu, pada 27 April lalu.


"Kami bertugas mengikut projek. Bagi setiap projek pengeluaran kereta baru, saya dan kumpulan akan membuat penyelidikan teliti, bertepatan dengan tuntutan masa dan kos ditetapkan oleh syarikat. Tiada kompromi dari aspek kualiti kenderaan kerana ramai jurutera memastikan kualiti kenderaan terjamin," ujar graduan Herbei University itu.


Dalam Persidangan Pengedar Luar Negara GWM berlangsung di Loong Palace Hotel pada 24 April lalu, Azli menerima Best Network Construction Award.


"Biarpun GOSSB, syarikat baru tetapi pengalaman terkumpul kakitangan pengurusan melebihi 120 tahun. Contohnya, bapa saudara saya, Datuk SM Salahudin SM Amin, lama bergiat dalam industri automotif sejak bersama Naza Motor. Setiap daripada kakitangan pengurusan kami, mempunyai kekuatan tersendiri. Jika tidak, tidak semudah itu GWM China untuk memberikan hak pengedaran eksklusif  kepada GOSSB," kata Azli.


Untuk rekod, Azli, anak kepada pengasas Naza Motor, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin Kamal SM Amin.

"Haval telah berjaya mencatatkan pencapaian terbaik dalam Dakar Rally tahun ini, di kedudukan ke-6. Kenderaan dipandu 9,000 kilometer tanpa henti di 3 negara, selama 14 hari sekaligus tahap kelasakan kenderaan itu teruji," celah Pengurus Jualan dan Pemasaran GOSSB, Zulnawarin Abdul Samad.

Beliau juga menyertai kunjungan bersama saya dan kru Majalah 3 ke China, di antara 21 dan 30 April lalu.


Sejak Ogos 2011, Haval H5 dan Wingle 5 dipasang di kilang GOSSB di Kawasan Perindustrian Gurun, Gurun, Kedah oleh operator terlatih dan berpengalaman.


Kepada pembaca berminat untuk memiliki Haval H5 dan Wingle 5, sila berhubung dengan Zulnawarin di talian 019 271 5610 atau bercakap terus dengan Zuraimi di talian 019 3055 745.

Untuk mendapatkan informasi tambahan, sila layari greenoranges.com.my.

"Nanti Mazidul tolong maklumkan kepada pembaca, kalau mereka ingin memandu uji Haval dan Wingle, boleh hubungi saya," ujar Zulnawarin.


Kepada mereka membuat pesanan setelah membaca blog ini dan kemudian membeli kenderaan dipasarkan, dapatkan topi percuma Green Oranges.

Maklumkan kepada Zulnawarin dan Zuraimi, anda membaca maklumat berhubung Haval H5 dan Wingle 5 di blog ini.

HEBAHKAN

8 ulasan:

  1. Salam...

    Ye saya tgk M3 semalam, sangat best dan info yg bagus...
    Betul kata Mazidul, tak semestinya buatan China tu tak bagus, tgk pd produk. Saya pakai Cherry Easter buatan China dah 3thn, takde masaalah tapi enjinnya Mitshubishi, so advance buat saya, harga pun murah tapi dapat 2.4cc lagi.. :)

    Saya hebah! *autoupdate jam 4pm..

    BalasPadam
  2. Smti - dah tengok kereta Wingle di Pasaraya Myden Subang Jaya sebelum Encik Mazidul ke China, memang hebat. Harganya jauh sangat murah RM60,000.00 untuk panduan manual. Sesuai untuk kegunaan keluarga dan kerja.

    BalasPadam
  3. dah dapatkan Winggle 5 =)
    Sekarang tengah running, bagi cukup KM.
    Tahun ni beraya dengan kereta baru, alhamdulilah.

    BalasPadam
  4. honey_dear - salam,sy nk mintak khidmat nasihat.stakat ni ada masalah tak berkenaan enjin kereta wingle5. sy berhajat utk membelinya tetapi masih was2.email pada saya ye - fadzly7180@gmail.com .tq

    BalasPadam
  5. Setelah hampir lapan bulan digunakan prestasi Wingle tidak mengecewakan saya .. Saya boleh membawa muatan 1 Ton tanpa masalah .. Sesuai digunakan untuk bekerja dan keluarga .. Minyaknya alhamdulillah .. Dengan harganya amat berbaloi membeli Wingle 5 .. Wingle 5 Sempoiiii ...

    BalasPadam
  6. Pengalaman saya menggunakan Wingle5 selama lebih 8 Bulan tidak mengecewakan .. Wingle5 mampu membawa muatan 1 Ton tanpa ada masalah .. Minyaknya Alhamdulillah menjimatkan bergantung kepada cara pemanduan .. Buat masa ini enjinnya tidak pernah bermasalah .. Sesuai digunakan untuk bekerja dan keluarga .. Wingle5 Sempoii!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.