Ahad, Mei 06, 2012

KISAH HAFEI DAN T SHOPPE

30 April lalu, saya terbang ke Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kemudian bergerak ke kilang pemasangan kenderaan Green Oranges di kawasan Perindustrian di Gurun, Gurun, Kedah.

Comel lori itu, bisik hati saya.


Spontan saya teringatkan kenderaan digunakan oleh ramai penjaja kecil untuk  menjual air soya, keropok lekor dan cendol di tepi jalan atau di kawasan parkir.

Perlahan saya melangkah  mendekati kenderan diparkir kira-kira 10 meter dari lokasi saya berdiri. 


"Kenderaan ini dipanggil light truck atau trak ringan, HF Flexi Truck, dikeluarkan oleh Hafei Motor dari China, dilengkapi enjin 1100 CC, menggunakan petrol," ujar Wan.

Klik di sini.

Wan Ahmad Wan Omar, 44 tahun, Pengarah Operasi Strategik syarikat Green Oranges.


"Berapa harga sebuah Wan?," soal saya.

"Di antara RM33,00 dan RM49,900 mengikut jenis aksesori dipilih oleh pelanggan. Harga itu termasuk bayaran insuran selama setahun. Kalau Mazidul tengok Hafei di hadapan kita ini, dilengkapi pelbagai aksesori," balasnya. 


"Untuk HF Flexi Truck Mobile Hawking Complete Set berharga RM49,900 (on the road), kami lengkapkan antaranya dengan generator, tong gas, mesin pengira wang, dua meja dan lapan kerusi untuk pelanggan duduk. Itu standard dan kenderaan ini memang sesuai digunakan oleh peniaga di pasar malam atau di tepi jalan," tambah Wan.

Perhatian saya kemudian tertumpu kepada kenderaan diparkir di sebelah kenderaan pertama. 


"Harga HF Flexi Truck Steel Body Cargo Basic hanya RM33,000 tetapi tiada kelengkapan berbanding trak pertama tadi. Namun enjin dan bahagian dalaman tetap sama. Untuk pengetahuan Mazidul, kami ada 25 syarikat wakil penjual di seluruh negara memasarkan semua model HF," ujar Wan.


Saya kemudian menjenguk ke bahagian dalam trak. 


"Kenderaan HF paling mahal, RM55,000 sahaja dan lebih istimewa kerana pembeli dibekalkan sekali dengan barangan perniagaan. Contohnya, pembeli berhasrat berniaga burger, kami sediakan roti, daging burger,  kuali leper, bekas serta dapur.  Nilai barangan terbabit dianggarkan kira-kira RM3,000 kalau pembeli mengambil pakej francais T Shoppe," kata Wan lagi.

"T Shoppe?," tanya saya.


"T Shoppe, kedai serbaneka beroperasi 24 jam dibangunkan oleh kerajaan Terengganu dan Green Oranges dilantik sebagai perunding dan kontraktor pembinaan. Dua puluh lima cawangan T Shoppe di Terengganu, Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur tidak menjual minuman keras tetapi memasarkan barangan keperluan harian seperti di kedai serbaneka lain. T Shoppe Mobile adalah produk tambahan kami ditawarkan khusus kepada peniaga kecil mencari rezeki," jelas Wan.

"Kalau sebilangan pembaca blog saya berminat untuk membuka T Shoppe macam mana caranya Wan?"

Soalan itu saya ajukan.

"Boleh! Modal di antara RM150,000 dan RM200,000, bergantung kepada saiz kedai," balasnya.

Jaminan kenderaan selama 2 tahun atau 40,000 kilometer.

"Ok! Ok! Berbalik kepada trak ringan HF. Bakal pembeli mesti akan bertanya berhubung kemudahaan pinjaman. Boleh tolong jelaskan?," soal saya.

"Bank SME memang menyediakan pinjaman 90%, tempoh pembayaran balik, 5 tahun. Kalau pembeli menunjukkan rekod bayaran baik selama 3 tahun, mereka akan mendapat penjimatan kira-kira RM13,000," terangnya.

"Wow! Siapa perlu dihubungi jika pembaca blog saya berminat untuk membeli kenderaan Hafei dan membuka T Shoppe?"

"Telefon Hafiz Mohamed di talian 016 475 9633, dia akan memberi tahu di mana lokasi wakil penjual di Malaysia untuk memudahkan bakal pembeli berhubung," balas Wan.

InsyaAllah, Hafiz akan melaksanakan misi terbabit. 

Usah lupa, jika menghubungi Hafiz, selepas memberikan salam, maklumkan kepada graduan Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor  itu ...

"Saya pembaca blog Mazidul"

Sila baca informasi tambahan berhubung HF di sini.

HEBAHKAN

10 ulasan:

  1. Tkasih En Mazidul. Info yg teramat berguna.

    BalasPadam
  2. Saya telah hebahkan beserta dengan ucapan jutaan terima kasih pada Mazidul...

    http://linmdnoor.blogspot.com/2012/05/saya-pembaca-blog-mazidul.html

    BalasPadam
  3. SMTI : Peluang Perniagaan yg sangat menarik ni.. sesuai utk golongon peniaga kelas pertengahan...:)) Thx bro.. info yg amat berguna!

    BalasPadam
  4. Terima kasih bro Mazidul atas entry ini.. membuka perniagaan sendiri salah satu impian saya..

    ~kagum semangat bro mengemaskini blog..maklumat kebanyakan entry sangat berguna~

    Terima kasih sekali lagi ^_^V

    BalasPadam
  5. menarik, bermaklumat terima kasih Mazidul

    BalasPadam
  6. saya dah bookmark utk rujukan nanti bila memerlukan.
    Terima kasih byk mazidol .

    BalasPadam
  7. Kenderaan yang sangat berguna untuk membuat jualan jalanan, menarik boleh dihias lagi mengikut kehendak kita.... dahulu pernah bercadang hendak ceburi namun setelah bertukar bidang perniagaan ia berkabur....yg bestnyer, kalau lokasi niaga x membuahkan hasil, nokeh pindah dgn mudah.

    BalasPadam
  8. maaf saya hendak bertanya,kalau mempunyai kerosakkan selepas tamat tempoh jaminan,alat2 ganti lori ini adakah mudah atau pun sukar untuk mendapatkannya..sebab ia dari china...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.