Ahad, Mei 27, 2012

RAHSIA KAIN SENTUNG

Saya kini berada di Taman Koperasi Perpaduan, Tambun, Perak.

Semalam saya menemubual Yang Dipertua Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia, Zainudin Tah.

Lazimnya, kita mendengar mengenai silat Gayung, dalam entri seterusnya saya akan berkongsi maklumat bersama pembaca berhubung silat Lintau.

"Kain sentung ini, memang dipakai dek orang dahulu samada di pinggang atau di leher. Kain ini biarpun lembut boleh mencedera dan membunuh musuh," ujar Zainudin.

Beliau membuat demonstrasi penggunaan kain sentung bersama anaknya, pesilat, Mohd Hakim Zainudin, 20 tahun.


Setiap  malam Sabtu, Ahad dan Isnin, beliau memperturunkan ilmu silat kepada anak muda.


"Sekitar sepuluh tahun lalu anak buah berlatih di gelanggang di tepi rumah saya komplen kerana digigit semut api. Saya kemudian memasak air panas lalu mencurahkan air menggelegak ke tanah. Malangnya masalah masih tidak diatasi, mereka merungut kerana semut merah bersaiz lebih besar menggigit kaki ketika bersilat. Jadi saya ke Ipoh dan membeli racun serbuk berwarna putih dan menabur racun itu di atas gelanggang sama. Gelanggan  menjadi putih.  Mereka bersilat kemudian memberitahu, semut itu menajdi bertambah banyak dan masih menggigit sehinggan kaki mereka bengkak. Akhirnya, saya mengambil keputusan membeli cangkul Cap Buaya dan mencangkul tanah gelanggang untuk mencari sarang semut. Tiba-tiba cangkul saya terkena ..."

Satu kejutan, satu keganjilan.

Nantikan laporan lengkap bakal saya catatkan di blog ini.

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.