Jumaat, Mei 25, 2012

BERSIH 4.0

Tengahari semalam, sewaktu tiba di Jalan Setiakasih 1, keadaan agak membosankan. Perhatikan pelbagai aksi wartawan dan jurugambar berada di lokasi.

Mereka menunggu ...


Kemudian, mereka semua sibuk, klik di sini.


Sebaik Gerakan Belia Gagasan Malaysia beredar, semua berada di lokasi dikejutkan dengan deruman puluhan motosikal di jalan utama.


Mereka sekadar hadir untuk membuat bising dengan bunyi eksoz motosikal dan peliknya  tanpa diburu oleh pihak polis, mereka semua kemudian beredar.

Wartawan, jurugambar dan semua penguat kuasa terpinga-pinga, tidak memahami tujuan kehadiran remaja  terbabit di lokasi.


Sebelum itu kumpulan berbaju kuning, peniaga bermotosikal dan wanita memasuki dan memakir kenderaan mereka di Jalan Setiakasih 1.


Kira-kira pada jam 3 petang, semakin ramai berkunjung ke rumah Datuk Ambiga.


2 jam kemdian lebih ramai ahli Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur, bercadang untuk membuka pasar malam selama dua hari berhampiran rumah Datuk Ambiga berarak, tiba di lokasi.


Saya percaya sebilangan mereka, peniaga manakala melihatkan usia, majoriti berstatus pengikut sahaja. Mereka berhimpunan secara aman tanpa berlaku insiden tidak diingini dan peserta menyatakan secara jelas kebencian mereka terhadap penganjuran Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini.


Tahniah kepada pihak polis dan penguat kuasa DBKL kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik.


Berikutan menghormati undang-undang, perancangan untuk mengadakan pasar malam selama 2 hari, semalam dan hari ini, dibatalkan.


Hampir jam 6 petang, semua bersurai.

Kaki lenguh, tekak dahaga dan badan penat, itu saya rasai. Namun berbekalkan kamera digital, saya akan terus melaporkan kejadian menarik, selagi termampu.


Ringkasnya, lebih kurang 5 jam semalam, saya berpeluang melihat sebilangan rakyat Malaysia mempraktikkan hak mereka untuk berhimpun secara aman sekaligus membantah kejadian menghuru-harakan negara.

9 ulasan:

  1. wow tetiba meriah rumah ambiga... macam ada kenduri pulak. walau bagaimana pun saya masih lagi tidak setuju dengan budaya perhimpunan dan demonstrasi terutama dalam perkara yang berkaitan dengan politik, kerana ia pasti dinaungi oleh seseorang yang mempunyai pengaruh besar dalam politik, baik di pihak 'sini' atau 'sana'.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Salam,
    Tertarik dengan perhimpunan aman..Berilah peluang pada semua rakyat untuk membuat perhimpunan aman tanpa mengira pegangan politik...

    BalasPadam
  3. perjalanan BERSIH 3.0 dulu kotor, penuh insiden yg tak sepatutnya...tapi itu tak menjadikan mereka yg protes dgn cara 'joget bontot', dan kini BERSIH 4.0, lebih baik/bagus/suci.

    2x 5 sahaja.

    si bodoh nak mengajar si bodoh.
    siapa yang untung?
    siapa yg rugi buang masa dan tenaga dan wang?

    Fikir fikirkan lah

    BalasPadam
  4. Saudara Mazidul,

    Tekak dahaga? Kalaulah ada peniaga yang menjual air di situ... :)

    BalasPadam
  5. Senaman punggung betul-betul dah merosakkan tujuan asal (jika benar seperti yang dikemukakan oleh penganjur Bersih 4.0 : untuk membantah Bersih 1,2 & 3). Umat Melayu pula tu yang buat. Benar, ramai tidak bersetuju dengan cara Bersih (1,2,&3) dijalankan, tapi perlukah menunjukkan akhlak sebegitu? Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya, perlukah tapak niaga yang dicadangkan di depan rumah Ambiga perlu diadakan sesi lelongan tapak? Kalau dikatakan hendak membantu Melayu yang rugi semasa Bersih 3.0, beri sahajalah tapak tu percuma.

    Saya juga terbaca mengenai insiden baling batu & telur di Pantai Dalam hingga kepala seseorang berdarah. Adakah dengan membuat kacau sebegitu (kedua-dua pihak) akan tambah menarik sokongan pengundi atas pagar?

    BalasPadam
  6. ya sheikh mazidul,
    kalau yang dikata menyokong bersih 3 itu propembangkang,

    sudah tentu yang menentangnya pro kerajaan,

    tiada yang ditengah-tengah dalam hidup melainkan orang munafik... bravo.

    BalasPadam
  7. Mereka ini yg sebenarnya merosakkan sokongan rakyat Malaysia kepada DS Najib.
    Kasihan melihat DS Najib turun padang seluruh negara memenangi hati rakyat dan memberi bantuan kepada rakyat, tetapi golongan ini merosakkan segalanya.

    Budus, kalau belah sana dipanggil samseng, lu org pun mau jadi samseng ka..

    BalasPadam
  8. Fikir-fikirkan, kosong dan tenangkan minda sebelum anda tidur, jangan buat perkara yang tidak memberi faedah dan membangunkan masa depan anda sendiri... Wassalam

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.