Ahad, Mei 27, 2012

MARI BERSAMA HEBAHKAN KISAH DILEMA DIDEPANI OLEH IBU ISKANDAR DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Kepada semua pembaca blog ini ...

Saya percaya kisah pesakit paru paru, Iskandar Syalizan, 10 bulan telah diketahui ramai dan dikongsikan ribuan rakyat Malaysia.

Berita saya baca di lama Facebook ibu dan ayah Iskandar mengejutkan.

Hanya kerana berita berhubung anak mereka dihebahkan di media alternatif, kes Iskandar kini didakwa  sebagai  'kes orang kementerian'.

Mengapakah sampai begitu?

Menciptakan tekanan untuk ibu bapa sediakala tertekan bersama anak mereka berjuang untuk hidup? Adakah tindakan itu wajar dilakukan petugas hospital kerajaan seperti didakwa?

'Kes Iskandar sekarang dikenali sebagai "kes orang kementerian". Nurse nurse yang menjaga Iskandar akan dilabelkan untuk berhati hati supaya tidak masuk tv. Selebihnya sindiran sindiran untuk berkomunikasi elok elok, takut masuk paper'

Ibu dan bapa Iskandar hanya inginkan rawatan terbaik untuk anak tunggal mereka, tidak lebih daripada itu.

Sila like laman 'Save Iskandar. Save Our Son', memuatkan berita terkini berhubung perkembangan kesihatan Iskandar, klik di sini sebagai tanda sokongan pembaca semua.


Setakat ini, hanya 99 orang like halaman itu, mari bersama kita hebahkan berita mengenaii Iskandar sekaligus meningkatkan angka itu kepada 10,000.

Boleh?

6 ulasan:

  1. InsyaAllah,kenapa perlu mereka pentingkan mgenai masalah takut masuk paper spt yg dikatakan oleh petugas2 hosp.yg sptutnya di tekankan adalah kesihatan...

    BalasPadam
  2. dilabelkan sebagai "kes orang kementerian" pun adalah sangat berbaur sindiran sinis sebenarnya.
    =(
    kenapa mereka jadi macam tu ?

    BalasPadam
  3. Tolonglah lakukan sesuatu utk anak kecil tu. sayu hati bila terkenangkan keadaan iskandar jumaat lepas, setiap kali teringatkan dia, airmata saya x boleh nak stop....

    BalasPadam
  4. Saya dah 'like' di fb.
    Saya harap, tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan supaya baby Iskandar cepat sembuh...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.

    Assalamualaikum, saya tidak tahu latar belakang penyakit yang dihidapi oleh Iskandar tetapi saya akan cuba berikan maklumat/komen berdasarkan maklumat yang diberikan di laman facebook ini.

    1-Iskandar berudia 11 bulan. Dalam tempoh tiga bulan pertama, bayi masih mempunyai immuniti daripada ibu, namun immunity ini hilang selepas 3 bulan pertama. selepas 3 bulan kelahiran, tempoh masa ini sangat kritikal bagi immuniti bayi kerana bayi terdedah kepada bakteria/kuman/virus/apa-apa jangkitan. Immuniti bayi lebih lemah jika bayi dilahirkan pramatang. Iskandar pula menerima jangkitan pertama pada usia 4 bulan.

    2-Semasa insiden pertama, Iskandar telah diberikan rawatan secara empirikal. Rawatan ini bermaksud untuk menangani kebanyakan bakteria sebelum doktor dapat mengenal pasti punca sebenar jangkitan. Hal ini kerana proses mengenal pasti mana-mana jangkitan mengambil masa dan dalam masa itu, keadaan Iskandar mungkin menjadi lebih kritikal. Oleh itu, doktor telah mengambil langkah proaktif dalam rawatan dan akan menyesuaikan rawatan apabila mengetahui punca sebenar jangkitan.

    3-Jangkitan disebabkan oleh adenovirus. Adenovirus merupakan sejenis virus. Tiada rawatan khusus untuk adenovirus. Tiada manfaat untuk terus memberikan antibiotik sebaliknya antibiotik hanya memudaratkan pesakit. Antibiotik hanyalah untuk bakteria dan kadang-kadang protozoa.

    4-Rawatan hanya boleh dimulakan selepas jangkitan adenovirus reda. Ini biasanya 2-3 hari. tetapi saya tidak tahu status imuniti Iskandar, sekiranya status imuniti iskandar lemah, maka jangkitan mungkin lebih lama.

    5-ILD sangat berbahaya, dalam perjalanan antara JB ke KL, penyakit Iskandar mungkin menjadi teruk secara tiba-tiba. Salah satu tema utama dalam perubatan ialah jangan membahayakan sesiapa. Oleh itu, doktor ingin memastikan sekurang-kurangnya Iskandar reda daripada jangkitan adenovirus sebelum dipindahkan ke HKL.

    6-Rawatan ILD berbeza mengikut punca. Saya tidak tahu sama ada doktor telah mengenal pasti punca sebenar ILD. Sebagai contoh, Antara punca ILD ialah auto immuniti, iaitu sel darah putih menyerang sel paru-paru. Sekiranya puncanya ialah autoimmuniti, maka rawatannya melibatkan melemahkan immuniti Iskandar. Rawatan ini tidak sesuai memandangkan Iskandar masih menghidap jangkitan adenovirus.

    7-saya sedar perasaan ibu bapa apabila melihat anak-anak terlantar di hospital kerana penyakit. Saya hanya mengharapkan ibu bapa bersabar dan tabah menghadapinya. Dari maklumat yang diberikan, saya percaya doktor yang terlibat telah melakukan segala yang terbaik, tetapi mungkin kurang berkomunikasi dengan ibu bapa.

    Saya ingin bersangka baik dan percaya staf hospital cuba mengelakkan panik dalam masyarakat kerana kes Iskandar sangat serius.

    Saya percaya staf-staf di hospital tidak diberikan sebarang latihan untuk berdepan dengan media. Maka, segala apa yang dilakukan mereka dan dilaporkan oleh media boleh disalahtafsirkan oleh masyarakat dan menghilangkan kredibiliti mereka di mata masyarakat. Ini akan memberikan tekanan kepada mereka dan akan mengganggu mereka melaksanakan tugas mereka.

    Syafakallahu

    BalasPadam
  6. Assalam.. hmmm npe nk pertikaikan org yg menghebahkn pasal bby nie.. bia ramai org tau pasal die.. hmm npe pihak hospital nk takot klo xde wt salah kn...semoga iskandar sihat seperti kanak2 lain...amin...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.