Selasa, Mei 15, 2012

JOM GASAK BLM 4228



Sewaktu di pejabat Green Oranges di  Lot 6B, Jalan Pensyarah, U1/28, Glenmarie 8 Business Park, 40150 Shah Alam, Selangor, saya sempat merakamkan gambar kenderaan pacuan empat roda, Wingle 5, berwarna perak dengan enjin TURBO berkapisiti 2.5 liter.

Wingle 5 didatangkan dalam 4 warna, putih (titanium white), hitam (pearl black), kelabu (noble grey) dan perak (sky silver).


Berikut gambar bahagian dalam kenderaan sama.


Kenderaan 4x4 di atas di lengkapi side step, door visor dan roll bar dijual dengan harga RM69,905.10, di atas jalanraya.


Aksesori deck cover boleh ditambah, berharga RM3,500.


Ruang di belakang luas dan sesuai untuk mengangkut pelbagai barangan.


Mod kenderaan 2H,  4WD dan 4L, mampu ditukar hanya dengan menekan satu butang disediakan di panel pemandu.

Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran Green Oranges Sales and Services Sdn. Bhd, Zulnawarin Abdul Samad, 36 tahun, Wingle 5 sesuai digunakan oleh peniaga, kontraktor dan mereka menggemari aktiviti lasak.


"Setelah urusan pinjaman diselesaikan, InsyaAllah pembeli akan memandu kenderaan mereka dalam tempoh kira-kira seminggu," ujar Zulnawarin.


"Enjin berteknologi Jerman, berjenama Bosch," celah Zulnawarin lagi.


"Turbo berteknologi dari mana Zul?," soal saya.

"Mitsubishi, Jepun. Mazidul boleh tengok logo," balasnya.


Saya difahamkan, pesaing terdekat Wingle 5 berharga lebih  RM80,000.

Kepada pembaca berminat untuk memandu uji Wingle 5, sila hubungi Zulnawarin di talian 019 271 5610 dan datang ke pejabat Green Orange.


Sejak kisah Great Wall Motors dan Green Oranges dipaparkan  di Majalah 3, malam Sabtu lalu, Zulnawarin kini sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga, menunggu pelanggan di pintu utama pejabat.


"Saya membaca mengenai Wingle 5 di blog Mazidul"

Ungkapkan kenyataan itu kepada Zulnawarin dan sila datang untuk 'menggasak' Wingle 5 dengan nombor pendaftaran BLM 4228!

Untuk rekod, saya berada di Green Oranges sehingga jam 5 petang ini.

HEBAHKAN

5 ulasan:

  1. SMTI - Jom pi ramai-ramai! Jom gasak 'barang China' jom!

    BalasPadam
  2. jom gasak abg mazidul! hehehe bestla kereta baru....

    BalasPadam
  3. Wah. Saya minat ne juga skang tentang 4x4 ne.He2

    BalasPadam
  4. SMTI ..nak kena order untuk balik raya kt kampung ni.. senang sikit nak memborong kt Rantau Panjang..:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.