Khamis, Mei 31, 2012

WAJARKAN WAKIL RAKYAT KOTA DAMANSARA DIPILIH UNTUK PENGGAL KE DUA?

Saya berasa terkilan melihat beberapa kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Sebagai penduduk kawasan terbabit, saya wajar bersuara.

"Diakui rumah urut sewaktu pemerintahan Barisan Nasional memang ada tetapi sejak kebelakangan ini bilangannya semakin bertambah," ujar kenalan saya, anggota pihak berkuasa.

Selain daripada itu, komplen diutarakan selama ini bak mencurahkan air di daun keladi.

Masalah lubang di tepi jalan pernah saya catatkan sebelum ini.


Klik di sini dan di sini.

Akibat lubang tidak ditutup, kemalangan berlaku.


Laporan lengkap di sini.

Wakil rakyat barangkali mempunyai pelbagai tugasan lain jadi tidak begitu mempedulikan perangkap maut di kawasan pengundi beliau.

Untuk rekod, biarpun telah ditutup, kini lubang terbabit masih lagi ternganga, menunggu mangsa seterusnya.

Sampah tidak dikutip juga menjadi masalah kepada masyarakat di Kota Damansara.


Laporan lengkap, klik di sini.

Masakan wakil rakyat mempunyai masa terluang menyusuri lorong sepi dan busuk terbabit biarpun mengganggu masyarakat diwakili oleh beliau.

Wakil rakyat Kota Damansara juga bak tidak mampu bersuara dan sekadar memejamkan mata sewaktu dipaparkan dengan berita ...


Klik di sini.

Pada masa sama, beliau juga tidak langsung mengambil tahu berhubung keselamatan rakyat sewaktu kes di bawah saya bongkar di blog ini.


Baca di sini dan di sini.

Kita sebagai blogger picisan enggan bertindak bak lebih kuah daripada nasi sedangkan kami mempunyai wakil rakyat PKR dilantik secara majoriti oleh rakyat sewaktu Pilihan Raya Umum Ke 12 lalu.

Barangkali majoriti pembaca bukan pengundi bakal menentukan wakil rakyat di Kota Damansara. Bagaimanapun pandangan pembaca dihormati.

Wajarkah wakil rakyat sebegitu dipilih untuk penggal kedua?

12 ulasan:

  1. bagi saya tak kira la wakil rakyat tu BN atau PR, tapi kalau pernah buat tahi, atau kat sidang parlimen @ dun perangai macam monyet, jangan harap la saya nak undi balik, sebab wakil rakyat tu adalah wakil bagi penduduk setempat yang diwakilinya dan dialah yang perlu bawa suara penduduk ke atas. kalau dah ada rekod buruk, pergilah bertanding kat tempat lain atau jangan bertanding langsung, bagi peluang kepada mereka yang benar2 layak sahaja.

    BalasPadam
  2. Wakil rakyat yang banyak menyumbang kita pilih, tak kira mereka dari mana-mana parti. Asal kan buat kerja. Pekerja jabatan yg berkaitan juga harus peka dan tahu tanggungjawab masing-masing. Tak tahu lah kalau 2x5 juga. Kalau begini lah gayanya alamat he will miss Penggal kedua.

    BalasPadam
  3. sebelum PRU mcm2 janji dlm manifesto bila dah menang habuk pun tarak.... menjadi wakil rakyat wajib berbakti kepada rakyat. tapi kalau jadi wakil rakyat semata2 mahukan pangkat... baik x payah!!

    BalasPadam
  4. SMTI..wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat tidak bermakna menjadi hamba yang membuat semua perkara untuk rakyat. Wakil rakyat yang baik akan menyumbang idea, menegur perkara mungkar, melaksanakan semua tugas yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyatnya. Saya tidak menjadi wakil rakyat tetapi saya berhadapan dengan manusia yang pekak dan tuli dengan aduan manusia di MPKJ, JKR. Wakil rakyat saya sudah membuat usaha dengan "memaksa" semua pihak terlibat melaksanakan kerja tetapi tidak diendahkan. Kalau macam tu, takkan wakil rakyat nak pi turap jalan berlubang sendiri, buat jarg golf sendiri. Apa yang pening adalah mentaliti kita. Jangan diboikot kerajaan yang memerintah jika tidak sealiran dengan kita. Laksanakan kerja dengan profesional. Kemudahan kelas pertama. Mentaliti kelas ketiga. Walaupun Mazidul buat aduan di blog sendiri, mohon buat aduan dengan wakil rakyat berkenaan. Saya pun boleh salahkan orang lain seperti saya buat di atas, tetapi saya tertanya kembali apa usaha yang kita buat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan menyalak bukit untuk meminta didengar. Jumpalah degan orang yang mampu menyelesaikan masalah tersebut

    BalasPadam
  5. mana2 wakil rakyat semua sama je..percayalah....

    BalasPadam
  6. Ridzwan, menyalak itu boleh asal kita tidak dianggap anjing, cuma bimbang kalau bukit disalak itu sudah keras dan menjadi konkrit, maka kurang keberkesanannya.

    Wakil rakyat, harus bertelinga dan bermata lebih sensitif, BUKAN hanya sensitif ketika menunggu keputusan bilangan undi di waktu PRU.

    Saat kuasa bakal menjadi milik mereka dan mereka akan dinobatkan sebagai WAKIL RAKYAT.

    Kalau dalam kes kematian, tiada, majlis perkahwinan jarang menunjukkan muka apatah lagi saat kelahiran bayi. Saya yakin, sepenggal sahajalah waktu diperuntukkan kepadanya.

    Wakil rakyat bukan bertujuan untuk dijadikan hamba, saya setuju tetapi cubalah mengintai-intai masalah didepani rakyat, bukan sekadar berdemo sahaja.

    Tindakan itu tidak mencukupi.

    BalasPadam
  7. Salam, saya sependapat dengan Encik Mazidul.
    Encik Mazidul, boleh tak tolong sebarkan satu booth bekam di giant kinrara puchong yang saya rasa menggunakan nama Islam untuk bisnes dia. Dia caj melampau - kawan saya terkena sekali bekam RM700. Harap En Mazidul boleh tolong buat siasatan dan sebarkan sebab saya x mahu org melayu terutamanya terus terusan di tipu. Harap Encik Mazidul boleh hubungi saya di 012-6145020

    ** maaf, terkeluar dari tajuk pbincangan.

    BalasPadam
  8. Ridzwan, menyalak itu boleh asal kita tidak dianggap anjing, cuma bimbang kalau bukit disalak itu sudah keras dan menjadi konkrit, maka kurang keberkesanannya.

    Wakil rakyat, harus bertelinga dan bermata lebih sensitif, BUKAN hanya sensitif ketika menunggu keputusan bilangan undi di waktu PRU.

    Saat kuasa bakal menjadi milik mereka dan mereka akan dinobatkan sebagai WAKIL RAKYAT.

    Kalau dalam kes kematian, tiada, majlis perkahwinan jarang menunjukkan muka apatah lagi saat kelahiran bayi. Saya yakin, sepenggal sahajalah waktu diperuntukkan kepadanya.

    Wakil rakyat bukan bertujuan untuk dijadikan hamba, saya setuju tetapi cubalah mengintai-intai masalah didepani rakyat, bukan sekadar berdemo sahaja.

    Tindakan itu tidak mencukupi.

    Khamis, 31 Mei 2012 7:20:00 PTG GMT+08:00

    Terbaik bro.

    BalasPadam
  9. sebelum jadi wakil rakyat, janji macam2 kerja boleh bikin. bila dah jadi wakil rakyat, cari macam2 alasan pulak mengenai mengapa kerja2 tidak dapat dilaksanakan. so kalau anak2 buah tidak menurut arahan, biar sahajalah....?? senangnya jadi wakil rakyat ni.

    BalasPadam
  10. Pada pendapat saya, DO dan ADO juga patut ditukar kerana penutup longkang, pengurusan sampah, segala isu dipaparkan ialah dibawah bidang kuasa majlis daerah.

    ADUN hanya boleh buat laporan, majlis bandaran yang buat kerja.

    BalasPadam
  11. Saya salah seorang penduduk kota damansara..syabas utk abg mazidul mengulas issu ini..takbir x3...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.