Majalah 3, program televisyen pertama di Malaysia menghantar wartawan ke Bangkok, Thailand, membuat liputan usaha murni kira-kira 3,400 sukarelawan memungut mayat di lokasi kejadian malapetaka.
Mangsa masih hidup, dirawat oleh sukarelawan Unit Paramedik terlatih sebelum dihantar ke hospital.
Uniknya, semua peralatan bantuan kecemasan dan kenderaan digunakan, dibeli oleh sukarelawan menggunakan wang poket mereka sendiri. Lebih menarik, semua tugasan berbentuk kebajikan itu dilakukan tanpa menerima sebarang imbuhan.
Pairat Uman, 50 tahun, antara sukarelawan veteran, mula berbakti kepada badan bukan kerajaan, Yayasan Poh Teck Tung sejak 20 tahun lalu.
Dia antara pemungut mayat di Bangkok, metropolis dihuni lebih 12 juta penduduk. Malangnya bilangan ambulan milik hospital kerajaan dan swasta beroperasi 24 jam dianggarkan hanya 150 unit sahaja lalu tidak mencukupi untuk menghantar mangsa pelbagai bahana seperti bunuh, bunuh diri, kebakaran dan lemas ke hospital untuk dibedah siasat.
Justeru, Pairat bersama rakan lain bertugas hampir 12 jam sehari, menyusup ke setiap lokasi berlaku insiden kemalangan jiwa atau kes jenayah di ibu Negara Gajah Putih itu.
Wartawan penyiaran, Mazidul Akmal Sidik, secara eksklusif berpeluang menemubual Ketua Polis Trafik Bangkok, Mejar General Worrasak Nopsithiporn untuk mencatatkan fakta berhubung trafik di bawah seliaan beliau dan pegawai lain.
Menurut Mejar General Worrasak, lebih 7.6 juta kenderaan pelbagai jenis bergerak di Bangkok setiap hari justeru kemalangan bukan kejadian ganjil bagi penduduk bandaraya terbabit. Sumbangan sukarelawan Yayasan Poh Teck Tung tidak dapat disangkal untuk menguruskan mangsa kemalangan samada hidup atau maut.
Untuk rekod, Yayasan Poh Tech Tung ditubuhkan oleh hartawan berhijrah dari China ke Bangkok pada tahun 1910. Mereka dan petugas sukarelawan, lebih 100 tahun lalu memungut mayat tanpa waris, bergelimpangan di jalanan dan kemudian dikebumikan secara percuma.
Kos pengkebumian dibiayai menggunakan dana sumbangan orang ramai hidup pada ketika itu.
Kini tradisi itu diteruskan oleh sukarelawan Poh Teck Tung, dilengkapi 50 kenderaan pelbagai jenis seperti ambulan dan pacuan empat roda.
“Saya menjadi sukarelawan kerana menyanjung raja Thailand sekaligus cuba memperbaiki karma kehidupan,” ujar Pairat.
Kru Majalah 3 diberikan peluang menyertai sukarelawan Yayasan Poh Teck Tung selama empat hari, tiga malam di jalanan.
“Saya melihat jalinan semangat kental dan ketulusan jiwa mereka. Sebilangan anak muda di Malaysia mengubahsuai kenderaan untuk berlumba dan mempertaruhkan nyawa di jalanraya. Manakala sukarelawan Yayasan Poh Teck Tung dilengkapi kenderaan berenjin turbo untuk memudahkan mereka memecut ke lokasi kemalangan dan menyelamatkan nyawa. Menaiki kenderaan dengan kelajuan 160 kiliometer sejam, membelah kesesakan trafik malam di Bangkok, menghasilkan aliran adrenalin kencang,” ujar Mazidul.
Kru Majalah 3 berada di Bangkok menyertai sukarelawan Poh Teck Tung di antara 13 dan 18 Mac 2012.
Saksikan Majalah 3, paparan ‘Pemungut Mayat’, 7 April 2012, Sabtu, jam 9 malam.
HEBAHKAN
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSangat kagum dengan cara mereka bersungguh-sungguh study dan sediakan skrip terjemahan ke Bahasa Melayu..
BalasPadamnegara sebesar itu cuma ada 150 buah ambulans.pelik betul
sedang menonton bro!
BalasPadamits unfortunate we dun get tv3 where i live. but judging by ur writings and ur blogging i am guaranteed tht the session on majalah 3 was an awesome one. i think u hav wat it takes to excel in the career tht u hav grown to love. good job abg dol. may Allah be ur guiding light all thruout the way. ameen.
BalasPadamTuan Mazidul,
BalasPadamDynamicDreamz tu spammer sebenarnya. Cuba tengok ada link kat bawah tu.. itu jer tujuan dia post.. untuk mengiklan. Content dia (Very well writen...) memang generic aja.. semua blog boleh masuk..
Kagum dengan semangat mereka walaupun berbeza agama.
BalasPadammereka melakukan tugas tersebut tanpa upah kerana..
BalasPadam"ingin meningkatkan karma dalam kehidupan akan datang".. jadi dalam dunia sekarang, mereka akan melakukan yang terbaik supaya nanti mereka akan direincarnatekan sebagai orang yang terbaik dalam kehidupan masa depan.
bayangkan, mereka bersengkang mata untuk melakukan kerja amal ini. kalau di malaysia? kalau bab kerja pun memilih gaji yang tinggi, macamana pula kerja amal sebegini?
saya kagum dengan rakyat thai. walaupun majoritinya bukan islam, tapi mereka amat menghormati nenek moyang dan juga raja thai mereka. saya pernah pergi ke thailand dan kenderaan dipandu oleh orang thai. bila diorg nampak je gambar2 billboard raja thai di tepi jalan, mereka akan hon dan hormat dengan tangan menyembah raja. (macam sawasdeekap gitu)..
Tuan Mazidul,
BalasPadamSMTI. saya menonton rancangan ni d tv3.