Isnin, Jun 02, 2014

ADAKAH 2 PRODUK CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI? KEPUTUSAN RASMI DI ENTRI INI

Jam 11.05 pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status hasil ujian dua sampel produk Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd dijalankan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia.


Dua produk terbabit Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond didapati TIDAK mengandungi DNA babi, porcine, sekaligus bercanggah dengan keputusan diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia sebelum ini.



Menurut Jamil Khir, JAKIM dan agensi berkaitan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk syarikat terbabit.


23 ulasan:

  1. Setelah diketahui umum, saya mengeluarkan kesemua produk yang ada DNA babi dalam kilang saya dan gantikan dengan yang bersih dan tiada DNA babi, mungkinkah perkara begini boleh berlaku.......?
    Sebagai jalan selamat saya aklan pastikan saya dan keluarga saya tidak menjamah sebarang produk dari Cadbury hingga saya benar-benar yakin tentang kebersihan dan kesuciannya.....

    BalasPadam
  2. TV3 atau Majalah3 kena buat liputan pasal hal ni. Macam mana ujian dibuat, pemilihan sampel, mengapa boleh ada percanggahan dalam ujian dan makmal mana yg bertauliah, lebih reliable dalam hasil ujiannya. Dengan pendedahan JAKIM ni nampaknya hal ni menjadi lebih rumit. Usaha NGO2 nak saman cadbury akan terbantut.Silap haribulan Cadbury yang akan saman KKM dgn Kerajaan.

    BalasPadam
  3. Aku dah kata dah. En mazidul cuba tanya kalau ada kawan kat KKM, sebenarnya banyak lagi benda2 yang kita tak tahu tapi dia tahu

    BalasPadam
  4. Salam,
    Memang macam dijangka.. itulah cara Malaysia..
    Minta SPRM siasat sedalam-dalamnya ustaz-ustazah dalam JAKIM termasuk penguatkuasa tertinggi JAKIM dalam kes besar ini. Jangan ingat mereka kebal dari undang-undang penyelewengan jika ia berlaku. Selama ini golongan ini yang kuat tuduh orang lain rasuah dan menyeleweng, sejauh mana ketelusan dalam sijil halal JAKIM apa yang berlaku kita pun tak tahu. DNA Babi yang disembunyikan keputusannya selama 3-4 bulan boleh dinafikan dengan pantas hanya dalam masa 2 minggu.
    Pengarah JAKIM menyalahkan Kemeneterian Kesihatan kerana tak beritahu mereka dulu? SO kalau beritahu awal JAKIM akan buang kes ini dan tutup isu ini awal2?

    Lebih hebat pada hari ini, Menteri yang berkaitan JAKIM volunteer tolong umumkan dan clear up these messes.. wow MALAYSIA BOLEH.. seronoknya Cadbury of British ini... Flip-Flopped bila wang diletak di atas kepala/ kopiah? Yang jadi mangsa ialah umat Islam, anak-anak kita.. apakah kita redho je semua ini. Then, next company mana pula yang akan buat hal yang sama.. JAKIM akan clean up the messes again.. Syabas Jakim..

    Maaf lah no more trust to JAKIM. Minta Mazidul bantu umat Islam siasat apa sebenarnya yang berlaku di JAKIM. Apakah SOP mereka betul? Sampling buat ikut kaedah apa? Kementerian Kesihatan yang tiada kapasiti ujian makmal atau JAKIM telah 'dibeli' dengan habuan tertentu? Wallahualam. Semoga Allah SWT beri kita pertunjuk-NYA.

    Suatu tragedi buat umat Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  5. Bak kata kawan aku maybe sebab "cross contamination"? macam gitu la bunyi nyer..aku pon xberapa ari sgt bab2 gini...dia kata kalau pekerja cadbury tu ada yang makan babi kat restoran/rumah n sisa2 kat kuku ada terselit lagi/basuh tangan x bersih.. lepas tu dipegangnya produk tersebut tanpa menggunakan sarung tangan, maka DNA babi tersebut akan masuk ke produk tersebut disebabkan sisa2 yang telah terkeluar dari kuku n jatuh ke produk tersebut.....tapi aku tetap was2....lagi pon bukan febret pon....

    BalasPadam
  6. masalah nya KKM tidak merujuk terus kpd Jakim sebelum mewar2kan kpd umum.
    jgn salahkan cadbury sbb rantaian pengeluaran masih dlm SOP yg diaudit oleh JAKIM. jgn lbih sudu dr kuah wahai pengomen. dptkan fakta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik KKM yang keluarkan fakta. JAKIM hanya syok jual sijil hala jer...

      Padam
  7. Wahai Aza.. takperlu ubah fakta, isu sekarang bukan siapa tak rujuk siapa.. isu sekarang DNA babi itu sah wujud dalam dua sample coklat awal tu. macam mana boleh wujud? tumbuh sendiri? JAKIM ambil sample di kilang.. takkah kilang itu bodoh untuk beri sampel tercemar atau ada kandungan yang tidak layak dapat sijil Halal?

    Sepatutnya sample di ambil at end point of user- di rak-rak2 hypermarket atau kedai.. disitulah sample sebenar yang akan kena pada pembeli.. kenapa just foksu di kilang? Setiap pengilang wajib bertangungjawab pd produk yang dijualnya dr bahan mentah-pemprosesan kilang sehinggalah masuk sebelum masuk ke mulut pembeli.

    Sepatutnya kita kena terima kasih pada Kementerian Kesihatan kerana mengesan elemen Haram ini dan beritahu pada umum berbanding JAKIM yang seperti ada udang disebalik batu. Isu macam ini pun tak bolehkah dibezakan siapa yang betul siapa yang salah. Kenapa Kementerian Kesihatan yang bantu dedahkan hal ini pula disalahkan. JAKIM dan Cadbury wajib dipersalahkan.

    Apakah dengan beri tahu terlebih dahulu pd Jakim. hukum itu boleh berubah disebabkan JAKIM yang meluluskan halal Cadbury, so nak tutup isu JAKIM akan tutup isu ini? APa punya tidak cerdik pengomen ini.. nak membela Cadbury? Kau dapat berapa kotak Cadbury percuma? Cadbury bukan company tepi jalan, ia company international, buakn sikit kilangnya dalam dunia, jadi bab nak kontaminasi babi secara tak sengaja ini suatu yg amat janggal.. kalau kontaminasi di kesan itu suatu PELANGGARAN Akta Kesihatan Makanan sekaligus dengan AKTA HALAL.. fikirlah pakai otak.. bukan hanya terbuka luas mulut disuap dgn ketidakcerdikan.. inilah masalah umat Islam.. MALAS FIKIR!! jdlah mangsa penipuan pihak yant tidak bertangungjawab!

    Fakta apa yg dimaksukan? Apakah Kementerian Kesihatan itu tidak ada fakta? Harap Tn Mazidul terjah segera operasi pensijilan halal JAKIM dan CAdbury.. mana tahu kot ada pegawai JAKIM yg dah dibeli mereka..

    BalasPadam
  8. Panjang sungguh komen izham mohd, tp sungguh menyedihkan komen anda penuh dengan fitnah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari anda, tak perlu menabur fitnah. Anda berkata-kata atas perkara yang anda tidak ketahui. Wallahualam...

    BalasPadam
  9. Baca kenyataan media Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri disini http://www.halalexecutive.org.my/artikel/108-keputusan-ujian-analisis-coklat-susu-dengan-kacang-hazel-dan-coklat-susu-.html mungkin boleh menjawab kenapa hanya seminggu masa yang diambil oleh Jabatan Kimia untuk mengeluarkan keputusan.

    BalasPadam
  10. theGardener.. pendek sungguh komen kau tp takde hujah. Pandai pula menilai komen orang lain tapi mana dia komen balas kau pada hujah aku?

    Lepas tu tuduh org fitnah..then end up dengan guna nama Allah.. kau org JAKIM ke? atau org Cadbury. Ini isu besar.. soal maruah umat Islam.. makanan yg masuk dalam perut jadi darah daging.. apa yg kau sebok sangat nak bela pihak2 ini dr isu yang berlaku??

    Fitnah apa? JAKIM yg timbulkan fitnah pd Islam. Alasan mengarut. soal Jabatan Kimian itu soal kedua, tp kenapa mahu halang Kementerian Kesihatan umukan hasil siasatan? Apa yg nak takut jika JAKIM telus?

    Isu utama macam mana sampel awal yang di ambil secara rambang itu ber DNA Babi.. itu isunya.. jangan jadi manusia penipu wahai theGardener demi sesuap wang.. kamu yang main fitnah pada orang lain.. kenapa pengawai JAKIM tu maksum ke? tak boleh kena siasat?

    jgn guna kemuliaan nama Allah SWT utk menutup penyelewengan.

    BalasPadam
  11. JAKIM ambil sampel terus di kilang- Kementerian Kesihatan ambil sampel di luar kilang (statement rasmi Menteri Dato Seri Jamil Khir dalam media hari ini). Pembeli umat Islam ini beli coklat di kilang ke atau di luar kilang? Fikir pakai akal lah mana yg paling betul logik sampai ke mulut pembeli. So Coklat yg diluar kilang memang tak dijamin tidak tercemar lah oleh Cadbury sehingga bahan Babi boleh masuk dalam pembalut coklat tu?

    ini persoalan besar terhadap SOP dan reliability JAKIM- Golongan ostaz yang selalu dabik dada dengan ilmu mereka tapi masiuh cetek dalm bab lain (seperti sains dan teknologi- mungkin berlaku fermentasi bahan, semasa dikilang DNA itu belum terserlah..tp selepas campuran itu beradun-fermentasi sesama bahan,-DNA tersebut boleh berdominan untuk dikesan.. apakah ini MUSTAHIL? Apakah JAKIM nak berlagak dengan SOP mereka sehingga xboleh disentuh operasi pensijilan mereka??

    Secara AMNYA..
    Pengeluar apa2 barang pun sama ada makanan atau barang lain akan menjamin barang mereka seperti dalam spesifikasi sehingga ke tangan pengguna. Tp kes cadbury JAKIM berdolak dalih.. kemudian dengan bangganya beritahu 'kami ambil terus dari kilangh'.. bodoh sangat ke pemilik kilang tu nk biarkan sampel yang jadi isu berada lagi dalam kilangnya?? kena pulak ini isu ini sudah jadi isu antarabangsa.

    So kepada theGardener dan org yang tak puas hati dengan komen-komen berkaitan, jangan jadi bangsa yang malas berfikir dan suka menutup isu dengan melabel atas nama Agama. Kalau dah tak boleh berfikir jangan halang orang lain berfikir..

    BalasPadam
  12. izham mohd....Seolah-olah anda bercakap menggunakan fakta, tapi mana faktanya dan mana bukti tuduhan saudara tentang (Flip-Flopped bila wang diletak di atas kepala/ kopiah?). Saya bukan orang JAKIM atau CADBURY. Terima kasih atas tuduhan tersebut. Saya tak perlu bela sesiapa kerana tiada apa yang saya dapat tapi saya berharap kita jauh dari melakukan fitnah ke atas manusia yang lain.

    JAKIM tidak pernah mempersoalkan pendedahan oleh KKM tapi kenapa ia dilakukan setelah 3 bulan tanpa langsung dimaklumkan kepada JAKIM. Itupun setelah surat tersebut terkeluar di media sosial. Kalaulah produk tersebut betul-betul mengandungi DNA babi, bukankah telah ramai yang tercemar dengan memakannya. Sekiranya ia dimaklumkan segera kepada JAKIM, JAKIM boleh menggantung terus sijil halal Cadbury seperti yang dilakukan sekarang dan melakukan siasatan lanjut. Harus diingat JAKIM hanya menguji sampel yang datang dari kilang, sama ada pada bahan asasnya, mesin menghasilkannya dan produk akhir. Sekiranya ia tercemar selepas keluar dari kilang, adakah Cadbury dan JAKIM harus dipersalahkan. Bagaimana pula jika peralatan yang digunakan oleh KKM untuk menguji produk tersebut turut digunakan untuk menguji produk lain yang mengandungi DNA babi. Bukankah telah berlaku crosscontamination. Makmal yang digunakan oleh KKM (untuk ujian Cadbury) tiada akreditasi seperti yang diperolehi oleh Jabatan Kimia.

    Sekarang, semua sudah disahkan oleh Jabatan Kimia. Kenapa perlu dipersoalkan lagi. Jika was-was tak perlu makan dan tak perlu juga menabur fitnah ke atas JAKIM. Mereka pastinya melakukan yang terbaik. Berbicara sekadar ilmu yang ada, bertutur berdasar kefahaman yang jelas.

    "dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (Surah Isra' Ayat 36)

    Wallahualam.

    BalasPadam
  13. Maaf mencelah..

    Lepas baca komen2 sedare sedari kt ats..dapatlah sye simpulkan utk memuaskan hati saya sendiri bahawa kite kne boikot semua produk halal yg telah dikeluarkan oleh JAKIM..kerana..

    1. SOP pensijilan HALAL oleh JAKIM seperti yg dinyatakan tidak menyeluruh..mereka kena pastikan yg semua 'end-product' kt rak2 supermarket/hypermarket/kedai2 adalah HALAL..bukan hny terhad semasa proses pembuatan..

    2. Kerana ada dakwaan JAKIM seperti sudah 'dibeli' oleh pihak tertentu dlm mengeluarkan jawapan analisis terbaru..justeru itu secara tidak langsung ia melibatkan semua produk yg telah diberi status HALAL sebelum ini..(xkn anda xrase waswas..xkn waswas kt cadbbury jer)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ejattes, saya setuju dengan ayat no. 1. "SOP pensijilan HALAL oleh JAKIM seperti yg dinyatakan tidak menyeluruh..... "
      Sekarang terdapat kesangsian akan kredibiliti pensijilan HALAL oleh JAKIM itu sendiri, bukan sahaja untuk coklat Cadbury TETAPI... untuk semua produk dengan sijil/logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
      Makmal KKM harus diberi pujian kerana secara tak langsung memantau kehadiran porcine DNA dalam makanan kita. Kalau makmal KKM tidak melakukan ujian, mungkin hingga tahun 2020 umat Islam Malaysia masih memakan coklat Cadbury (termasuk makanan dengan logo halal yang lain) yang tercemar dengan DNA babi samada dari kilang atau luar kilang. Rakyat dan AMANAH perlu didahulukan?

      Padam
    2. Tambah skit..Ni nk dekat bulan Ramadhan n nak puasa untuk seluruh umat Islam..Okey camni..Kita dah niat poser untuk esok hari..sahur makan coklat sebab nak dapat tenaga dan x sempat sebab dah nak azan..pastu siang berposer..dalam sebulan berposer x sedar ntah makan halal atau pon x..tapi berposer n semayang sokmo..doa tidak dimakbulkan, amal ibadat ntah2 x diterima Allah..Kesimpulannya, cuba lah kita umat Islam yang mengaku ASJ ni pk balik n renung2 kan sebab apa Islam jatuh..Ingat pasal citer meriam n makanan yang disapu dengan lemak bab1 x suatu masa dahulu untuk diberikan kepada umat Islam..(x ingat kisah mana)
      p/s: abis la pas ni grenti kna hentak ngan pengomen yang hardcore..adess..tp xpe jalankan ibadah untuk ingat mengingati kepada umat Islam lain

      Padam
  14. Kredibiliti JAKIM memang meragukan sebelum kes Cadbury tercetus lagi. Bagi yang tak tahu pasal JAKIM ni mungkin percaya bulat pada mereka tapi bagi yang pernah berurusan dengan mereka (bukan semua ya cuma segelintir saja) sedia maklum akan "perangai kotor" mereka mereka ini. Jangan percaya pada yang pakai kepiah ataupun serban sebesar bakul atas kepala kerana mereka juga manusia yang bukan nya maksom dan turut melakukan kesalahan "yang disengajakan" semasa proses pengeluaran sijil halal. Bagi yang terlibat dalam JAKIM tu anda sedia maklom dan tahu apa yang anda telah lakukan dan jawablah nanti semasa anda mengadap Tuhan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. JAKIM hanya sebuah badan yg bertugas...sebarang kenyataan pun dikawal oleh pihak kerajaan...kalau x bg status halal nanti pengguna x beli.. cukai pun kurang la di bayar..sama jer gan kilang arak di malaysia..paling besar di asia lak tu..sapa yg bagi kelulusan ..semua pihak atasan..susah2 kalau Malaysia ikut negeri macam Brunei kan bagus

      Padam
  15. theGardener, kenapa u terlalu fnak defence sgt JAKIM berbanding berjuta umat Islam yang jadi mangsa kekeliruan besar hasil masalah SOP JAKIM ini? U pertikaikan pulak makmal Kementerian Kesihatan xde Akreditasi.. so mana bahan bukti tersebut? So dengan itu juga semua ujian klinikal pesakit di seluruh negara kena ditolak lah? Diagnostic, screening makmal kementerian itu semua palsu? Ujian kebersihan di restoran sekitar Pulau Pinang-ujian makmal E-coli kedai-kedai diarahkan tutup semuanya void lah? boleh semua mereka saman Kementerian Kesihatan. Then u buat fitnah macam tu it's ok? nice?

    Kita sekarang kisahkan ialah isu besar ini kerana ia melibatkan implikasi besar terhadap produk lain. Ini just an early indicator how FAILED JAKIM handle this issue accordingly! . Cara JAKIM buat statement menangani isu ini amat meragukan, dipercepatkan seolah-olah mahu menutup suatu isu.. kemudian salahkan Kementerian Kesihatan yang dedahkan bahan Porcine itu, bukan soal lakriditasi makmal atau lambat yang JAKIM pertikaikan tapi soal mendedahkan ada DNA itu. Bagaimana tangungjawab Cadbury selepas keluar dari kilang selagi dalam pembalut yang belum dibuka? Apakah u theGardener beli iPhone, Apple hanya bagi warranty phone itu akan berfungsi betul hanya setakat pintu kilang Foxconn?? lepas keluar dr kilang dikira 'lantak kau lah'? macam tu ke analogi kita sekarang terhadap isu pensijilan JAKIM? buka mata lah.. jgn jadi umat yg MALAS FIKIR!

    JAKIM patut terima kasih kerana isu ini boleh membongkar mungkin ada penipuan atau kontaminasi yang wajib dikira dlm soal pensijilan HALAL. HALAL haram ialah pada AIN bahan makanan itu tak kiralah di kilang atau di kedai. APa ini pun u xboleh fikir?.
    Kenapa bias untuk 'menghalalkan' terlalu cepat berbanding menyita dahulu produk kontraversi ini.. buat kolaborasi teknikal bersama Kementerian Kesihatan-Jabatan Kimia-JAKIM untuk cari apa punca sebenar.. maaflah cakap.. inilah imej sebenar pengurusan JAKIM.. penuh dengan keegoan.

    dengan hanya ambil sampel di kilang Menteri JAKIM dengan bangganya mengumumkan produk tersebut halal, Bagaimana produk itu berubah komposisi disebabkan fermentasi atau perubahan suhu ketika di kedai yang akhirnya boleh mendedahkan rupanya wujud DNA yang dimaksudkan. Kita umat Islam yang Tuan suruh berfikir.. bukan suruh jatuh hukum. Kita nak kaji dari mana datang unsur DNA itu.. bukan suruh HARAM akan mutlak atau HALAL kan segera.. pity minded.

    BalasPadam
  16. SEKIRANYA TERASA WAS-WAS KEPADA SESUATU PRODUK TU LEBIH BAIK KITA JAUHKAN/ELAKKAN DARI MEMAKANNYA ATAUPUN MENGGUNAKANNYA.................

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, apa korang gaduh gaduh ni? Kalau was was, tak payah makan. Kalau yakin dengan keputusan JAKIM, dipersilakan untuk makan. Tapi saya masih was was, jadi saya tidak makan. Lagi pon, kalau fikir logic, kalau dulu benda tu ada DNA Babi, sampai sekarang walaupun JAKIM kata Halal, tetap DNA Babi tu ada. Sebab apa? Sebab kalau dulu dia ada bubuh DNA babi, sampai sekarang mesti ada sisa dia melainkan dia dah SAMAK machine dia dengan 6 air mutlak dan 1 air tanah. sekian daripada otak budak form 2. bai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.