Dua hari lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan tiada DNA babi dalam dua produk Cadbury diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia, JKM.
Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM mengesahkan produk sama mengandungi DNA babi.
Sehingga kini isu berhubung keputusan itu masih lagi menjadi topik hangat dibincangkan di dunia siber. Pihak berkuasa berhak membuat penjelasan tetapi pengguna juga berhak memilih untuk mempercayai atau tidak penjelasan itu.
Terkini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Hilmi Yahya membuat kenyataan berlakunya kebocoran maklumat.
"Kesilapan dilakukan oleh seorang daripada pegawai kami dan kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Tindakan akan diambil sekiranya pegawai itu didapati bersalah," ujar Hilmi.
Klik di sini.
Saya percaya, 'kesilapan' itu merujuk kepada kebocoran dokumen di atas. Jika diteliti maklumat dicatatkan di dokumen itu, analisa dijalankan ke atas sampel coklat susu dengan kacang hazel di makmal KKM di Sungai Buloh, pada 27 Februari, hari sama sampel diterima.
Ulasan : DNA babi, porcine dikesan.
30 Mei lalu, saya menukilkan entri bertajuk 'Cadbury : Positif atau negatif DNA babi?'. Dalam entri itu saya menimbulkan pelbagai soalan perlu dijawab oleh pihak berkuasa, apa jua sekali pun keputusan rasmi diputuskan kelak.
Klik di sini.
Selepas mengesahkan produk Cadbury itu halal, KKM mengeluarkan kenyataan, kemungkinan sampel diuji dicemari DNA babi.
Klik di sini.
Tentunya umat Islam ingin mengetahui fakta terperinci, bagaimanakah dua sampel diuji oleh Pegawai Teknologi Makanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan itu dicemari oleh DNA babi?
Ya, bagaimana?
JAKIM juga mengeluarkan kenyataan, sampel bebas DNA babi diuji oleh makmal JKM itu diambil dari kilang Cadbury. Sekaligus pengguna juga tentunya menagih jawaban, dari manakah pula sampel diuji oleh KKM disahkan mengandungi DNA babi terbabit diambil?
Persoalan sama dibangkitkan oleh Agenda Daily, baca di sini.
Soalan ketiga, mengapakah KKM mengambil masa hampir 3 bulan untuk membuat pengesahan keputusan makmal itu?
Soalan ketiga, mengapakah KKM mengambil masa hampir 3 bulan untuk membuat pengesahan keputusan makmal itu?
[ Sumber : Klik di sini ]
Pada masa sama, saya amat tertarik dengan kenyataan Pengarah Kanan Halal Hub JAKIM, Mohd Amri Abdullah, mengatakan, jika diminta memakan coklat Cadbury, beliau yakin kerana disahkan halal.
Lebih molek jika gambar beliau sedang makan dua jenis produk Cadbury itu dipaparkan di media.
Sebagai pengguna, saya akan memohon KKM untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung TIGA soalan dikemukakan di atas.
Bersama kita nantikan jawabannya.
ya saya pon setuju dgn admin, UJIAN sample perlu diambil di KILANG bukan drp Pasaran sbb kita tak tahu bagaimana keaadan kedai ni mcm mana, ia boleh jadi supermarket, kedai, kedai yg dekat dgn kandang babi ker hingga berlaku pencemaran specimen dia.. ada ura2 kata Cadburry akan 'cuci' kilang tu, bagi sample lain bla bla bla.. mcm mana nak cuci mesin beb??? :3 1 lagi mcm mana nak tukar sampel lain sedangkan bacth sample ada rekod.. JAKIM just trace drp rekod ni jer.. and then ambil terus sampel drp kilang, uji di makmal yg ada ekriditasi.. makanya resultnya -ve..
BalasPadami. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2; dan
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1
Salam Tn Mazidul,
BalasPadamSaya ada beberapa persoalan dari entri kali ni dan mohon pencerahan Tn barangkali dlm entri yg berikutnya:
1. Kenyataan Timb Menteri Kesihatan ttg "akan ambil tindakan kebocoran maklumat" walaupun maklumat itu sampai kpd makluman public 3 bln kemudian.
a. Adakah KKM cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan public?
b. Setelah ada dikalangan kakitgn KKM yg rasa bertanggungjwb terhadap umat Islam "membocorkan" penemuan DNA khinzir, adakah beliau akan dikenakan tindakan?
c. Ttg kenapa 3 bln - Adakah ini cerminan bhw KKM tidak telus, tidak perihatin dlm isu yg amat penting kpd umat Islam semata-mata ingin menjaga kepentingan beberapa pihak / pelabur dlm Cadbury?
2. Kenyataan Ketua Pengarah KKM ttg "..........pencemaran produk terbabit selepas ia keluar dari kilang dan masuk ke pasaran". Persoalan :
a. Adakah cokelat Cadbury yg dibungkus kemas dan dikotakkan itu mudah menjadi tercemar dgn "DNA terpilih"?
b. Kalau begitu bagaimana dgn di Supermaket, Hypermarket malah di pasar yg terang2 ada di jual babi, adakah ini juga bermaksud banyak lagi barang makan umat Islam yang telah tercemar dengan DNA babi?
Jadi saya mohon pencerahan terhadap statement yg di buat oleh dua peribadi penting KKM. Sebabnya pada saya mereka telah menghantar suatu "message" kpd public.
macam ni la...jom pakat raise fund, kita hantaq sample "Cadburied" ke 3rd party lab. Rasanya ada banyak food lab kat malaysia ni. collect la sorang sekupang...amacam Mazidul, ada bran??
BalasPadamsolan pertama bagaimana coklat yg sudah dibungkus boleh tercemar dengan babi
BalasPadamadakah di makmal kkm ada dna babi
jika kita lalu berdekatan dengan kadang babi..adakah diri kite juga akan tercemar dgn Dna babi..
bingung kejap..
setuju
BalasPadamSaya heran lah dengan sikap masyarakat termasuk Mazidul sendiri. Kenapa KKM pula yang di pinned pointed kesalahan sedangkan KKM menjalankan tanggungjawab tambahan membantu masalah HALAL ini. Sepatutnya JAKIM yang mesti ditekan. Orang2 dalam JAKIM ini ego dan mereka seperti tidak boleh disentuh, walaupun mereka JAHIL ilmu sains dan teknologi.
BalasPadamSampel untuk sijil halal wajib diambil di kilang dan di kedai-kedai. untuk pastikan coklat atau apa jua produk yang mendapat status halal BERSIH dan SUCI sehingga ia dibeli. Itu tanggungjawab pengeluar. Seperti kita membeli barang elektronik, selagi barang itu berada di premis kedai, warranty kerosakan atau apa jua masalah adalah dibawah TANGGUNGJAWAB pengeluar alat elektronik itu (sebagai contoh TV LED, HiFi etc).
Apakah jika kita beli TV Samsung 40", bila balik rumah, pakai 2-3 hari tidka berfungsi seperti yang dinyatakan, kita akan tuntut warantty itu dari kedai Seng Heng/ TESCO/dealer TV tadi? Kerosakan ditanggung dalam jaminan pengilang-maknanya Samsung.
So sama juga dengan coklah Cadbury, kenapa jaminan HALAL coklat itu hanya di kilang? masuk akal ke? sistem apa ini? jadi untuk pastikan coklat yg halal di pasaran itu MEMENUHI kesucian HALAL, ia mesti disampelkan di kilang dan di kedai-kedai yang menjual coklat tersebut.
Jadi siapa yang nk jamin halal selepas keluar dari kilang? apa benda macam ini mudah pun xboleh nak debate dengan betul? Macam mana umat Islam nak maju, nak melawan dakyah Yahudi dsbgnya jika bab amat mudah inipun tak boleh selesai ikut logik yang betul.
Mazidul, kenapa anda terlalu persoalkan KKM? Kenapa anda tak persoalkan JAKIM yang terlalu taksub dengan cara mereka? JAKIM ada makmak sendiri ke? Ustaz Ustzah dalam JAKIM itu majoriti boleh dikatakan 90% ialah pendokong parti pembangkang, yang sifat mereka tidka boleh ditegur.
Sila dengar Radio IKIM.fm bagaimana ustaz-ustaz JAKIM ini sentiasa menyindir orang itu orang ini tak betul, kerajaan tak betul, sedangkan merekalah 'stake holder kerajaan'-pemegang amanah untuk kerajaan. nah skrg Tuhan nk tunjukkan mereka sendiri GAGAL menjaga amanah, hanya pandai menyalahkan orang itu..pihak ini.
Sepatutnya JAKIM kena ambil tempoh yang waras untuk sita dulu sijil halal Cadbury, buat kolaborasi teknikal dan penyelidikan cross-lab antar ajabatan kimia dan KKM, ambil semua sampel dari kilang DAN dari PASARAN. Kita beli coklat di pasaraya (PASARAN) bukan di KILANG.. jadi siapa yg nak jaga ke halalan ini di luar kilang? apakah pengeluar suatu barang hanya bertangungjawab pada barangny ahanya sekadar di pintu kilang?
Dari mana orang JAKIM belajar ilmu perniagaan ini??
Mazidul.. jangan senget sebelah, bela umat Islam bukan bela JAKIM ok. JAKIM too much corrupted now. Isu Akidah kalimah Allah dulu kenapa mereka tak bersungguh-sungguh lawan agenda perosak itu? ya sebab itu tak melibatkan WANG dan UNTUNG.
Tapi isu halal ini melibatkan ekonomi dan wang.. fikir-fikirlah.. jangan ingat JAKIm itu maksum.
Sdr Izham - saya tidak nampak dimana silapnya pertanyaan sdr Mazidul pada KKM dalam isu ini kerana KKM lah pihak yang pertama mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.Jakim adalah persoalan kedua disini kerana pada hemat saya apa pun jawaban yang bakal diberikan nanti oleh KKM akan berpatah balik pada pihak Jakim jua akhirnya. Secara peribadi saya sendiri amat meragui ketelusan pihak Jakim kerana Jakim hari ini lebih kepada "business minded" didalam menguruskan soal haram dan halal apatah bilamana ada segelintir dikalangan mereka ini yang "terlampau mesra perniagaan".
Padam"Sepatutnya JAKIM kena ambil tempoh yang waras untuk sita dulu sijil halal Cadbury, buat kolaborasi teknikal dan penyelidikan cross-lab antar ajabatan kimia" - mmg product cadburry sijil halal dia digantung sementara.. adn analisis makmal tu mmg dihantar di jabatan kimia M'sia.. makmal yg ada akreditasi.. lu tinggal kapal la beb!!
Padamhurmmm.. mungkin piring petri yg digunakan KKM telahpun dicemari dna babi dari ujian apa2 produk sebelumnya?
BalasPadamKKM dan JAKIM tak salah, masing-masing menjalankan tanggungjawab. Cuma jika KKM benar-benar telus kenapa selepas 3 bulan barulah dihebahkan, itu pun guna media alternatif(betulkan jika salah).
BalasPadamPengguna pula jangan cepat melatah, tuding sana tuding sini, salahkan sana salahkan sini pula. Jadilah pengguna yang berilmu, bukankah setiap bahan makan yang dijual dipasaran ada ditulis kandungan bahan yang digunakan, jika ragu dan tidak pasti tak perlulah beli.
Jika difikirkan, banyak bahan makanan yang dijual di negara kita ni pengeluarnya bukanlah yang beragama Islam. Tidak mustahil jika bahan-bahan yang tidak sepatutnya dicampurkan dalam produk mereka.
Maka, menjadi tanggungjawab pengguna Islam untuk meneliti segala kemungkinan.
Oleh itu, utamakanlah produk yang dikendalikan sepenuhnya oleh yang beragama Islam.
Belilah barangan keluaran bumiputera Islam. Gunakanlah tanpa was-was. InsyaAllah, terpelihara.
Bairlah JAKIM yang membuat kerja mereka...
BalasPadamSoalan pertama, bagaimana etika penjawat awam yang boleh snap report dan sebarkan. Patut benda mcm tu mesti ada SOP dan sebagainya. Ini, media press dibuat selepas photo tu tersebar di media sosial.
BalasPadamSaya rasa, kalau pegawai KKM tak sebar ke internet, sampai sekarang kes ini tidak akan timbul...sebab dah 3 bulan diperam, selepas kecoh baru KKM n JAKIM nak bersuara.Just pendapat saya sahaja.
BalasPadambila nk setel
BalasPadamsaudara mazidul.
BalasPadammohon pinta pencerahan juga dalam soal ini, termasuk rekues dari saya yang dah ragu-ragu untuk ambil produk cokelat cadbury:
1. KKM kata pada statement awal sample diambil secara rawak dari pasaran;
2. JAKIM kata sampel diambil direct dari kuali cokelat cadbury di kilang.
antara dua-dua ni pun dah ada percanggahan. sepatutnya sampel diambil secara rawak (random) dari pasaran bagi menentukan samada wujud "pencemaran" atau kontaminasi terhadap produk itu. jika test dari random sample disahkan mengandungi "cadbury", maknanya source/sumber cokelat tersebut pastinya mempunyai "cadbury". dan hasilnya kilang pemprosesan cokelat tersebut menggunakan "cadbury" walaupun sedikit untuk menjadi penyedap kepada cokelat tersebut (lihat hasil sendiri apabila dimasukkan dalam peti sejuk, lepas bawa keluar peti nak makan kena tunggu sebab lemak "cadbury" mengeraskan lagi cokelat tersebut).
jika tak silap, JAKIM pun ada buat masalah sama dengan air BARBICAN...
antara halal dan haram, sekarang dah jatuh ragu...
ambil sampel dari kilang denga batch nombor yang sama..itukan kilang, dorg leh hasilkan berjuta cokelat dgn batch no yg same utk mengaburi pengguna..wallahua'lam
BalasPadamsemoga kita dijauhkan dari fitnah dajal