Selasa, Jun 03, 2014

MASIH TERKELIRU? HUBUNGI JAKIM

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, mengesahkan dua sampel produk Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd  tidak mengandungi DNA babi.

Keputusan itu bercanggah dengan hasil ujian makmal Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, sebelum ini.

Ramai barangkali berasa masih terkeliru, lalu timbul perasaan was-was di dalam hati mereka. Sebilangan pengguna pula didapati melontarkan pelbagai tuduhan tanpa asas terhadap JAKIM. Tindakan itu tidak sepatutnya berlaku di kalangan umat Islam.

Menuduh tanpa asas, mencetuskan fitnah.

Molek jika sebarang kekeliruan itu dileraikan dengan bertanya kepada JAKIM secara rasional dan profesional.

Sebarang soalan berhubung status halal produk, sila hantarkan ke private message di Facebook JAKIM atau emel ke projakim@islam.gov.my

Kepada pengguna tidak mempunyai masa terluang untuk menghubungi JAKIM, gunakan kuasa kita sebagai pengguna. 


Kuasa untuk MEMILIH dan MEMBELI produk diyakini 100% halal dikeluarkan oleh pengusaha Islam,  ditawarkan di pasaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.