Khamis, Jun 05, 2014

SIARKAN RAKAMAN VIDEO PENUH KENYATAAN FRANCIS YEOH YTL

Sejak petang semalam, isu Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd, Tan Sri Francis Yeoh mendakwa berlakunya kapitalisme kroni, retorik bangsa dan agama di Malaysia, menjadi topik hangat di dunia siber. 


Berita berhubung program Bual Bicara Siri Malaysia Global itu antaranya disiarkan oleh Malay Mail Online, klik di sini.

Tan Sri Francis, anak kepada antara individu terkaya di Malaysia, pengasas YTL Corp. Bhd, Tan Sri Yeoh Tiong Lay. Yeoh, berpendidikan sekolah menengah di Klang, Selangor. Di zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Yeoh diberikan peluang untuk menjalankan perniagaan sebagai pembekal tenaga bebas pertama di negara itu.

Beberapa kenyataan dilontarkan oleh Francis dilihat bersifat angkuh sebelum menulis surat kepada Malay Mail Online dan mendakwa kenyataannya disalahtafsir oleh wartawan bertugas, Melissa Chi.

Agenda Daily juga menyiarkan penjelasan Francis bersama bidasan Ahli Majlis Tertingggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.  


Klik di sini.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah menggesa agar semua projek dianugerahkan kepada YTL dikaji semula, jika benar Francis mengeluarkan kenyataan kini mengguris hati banyak pihak.


Tajuk Utusan Malaysia hari ini juga menarik, 'YTL Jangan Bersikap Angkuh', klik di sini.

Antara intipati laporan awal, Francis dikatakan mendakwa, peniaga di Malaysia terpaksa 'kowtow', tabik dalam bahasa Kantonese atau bersifat menghormati Perdana Menteri secara keterlaluan untuk meraih habuan dalam perniagaan.

Berikutan kekangan itu YTL Corp kemudian mengembangakan perniagaan syarikat di United Kingdom, Singapura dan Australia.


Francis sehingga ke saat entri ini ditulis, tidak menafikan kenyataan itu. Wartawan, Mellissa tentunya tidak tersilap 'menangkap' perkataan digunakan itu berbanding wartawan bukan berbangsa Cina. Jika dibaca petikan di atas, 'kowtow', perkataan ditampilkan dalam konotasi negatif.

Armand bertanyakan soalan ...

"Was that statement truly from YTL TS Francis Yeoh himself?"

Malay Mail Online sebelum ini menyiarkan sebahagian daripada rakaman video program dihadiri oleh Francis dan anaknya itu. Saya yakin, rakaman penuh program bual bicara itu tentunya berpeluang diakses.   

Molek jika PEMANDU menyiarkan rakaman lengkap kenyataan Francis di You Tube, untuk kita semua mengetahui fakta sebenar.

Biar pemimpin dan rakyat menilai. 



Barangkali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga berminat untuk menonton video 'kontroversi' terbabit. Masakan PEMANDU tidak sudi berusaha untuk memenuhi permintaan itu.

2 ulasan:

  1. Hanya beliau sendiri yang tahu apakah nawaitu tersirat disebalik ungkapan kowtow yang beliau jajakan kepada khalayak ramai. Apatah lagi jika dikiaskan kepada perkara negatif, sudah tentu ia bukanlah semanis madu yang mudah lenyap ditelan oleh semua pendengar. Tanpa fakta yang jelas dan tepat jadilah ia satu tuduhan kasar dan liar. Impak kenyataan beliau yang berbaur celupar dan angkuh itu mungkin melukakan hati beberapa pihak khususnya pemimpin kita. Itu pun sekiranya kita masih peka bahawa ‘ketuanan pimpinan Melayu’ itu tidaklah sekebal mana pun malah mudah diterjah sesuka hati oleh pihak lain. Beliau mungkin telah berada di puncak kegemilangan empayar bapa beliau sehingga menunggu ambang kejatuhan pula. Cuma beliau usah hanyut terlupa di ambang kaki lima dan hujung kolong jalanan sana masih ramai pemburu kowtow yang bergadai golok meminta dijeling pandang. Terus terang kita perlu menolak prinsip kowtow yang kotor tetapi sebaliknya kita alu-alukan kowtow yang tulus bersama majoriti rakyat membangunkan Negara Malaysia tercinta. Kita tidak perlu berbangga-bangga dengan kejayaan besar membangunkan negara asing.

    BalasPadam
  2. Setahu saya keluarga YTL mendapat semua 'projek sakit' Sekolah dan Sekolah yang baru akan dibina sebelum ini...Bayangkan seluruh Malaysia berapa banyak yang dia dapat? Jadi sekarang apalagi yang dia mahu?!?!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.