Sabtu, Jun 14, 2014

KURMA MALAYSIA

Minggu lalu heboh berita berhubung pokok kurma berbuah ranum di bandar Kota Bharu, Kelantan.


Berkebetulan berada di ibu negeri Kelantan, saya berkunjung ke bulatan di tengah bandar itu. Pada waktu petang, ramai rakyat tempatan bergambar bersama rakan dan ahli keluarga, mengkagumi keindahan semulajadi itu.

Enam pokok kurma berbuah dan dijangka masak pada akhir Ramadan ini.


Majoriti pembaca blog ini barangkali tidak berkesempatan untuk datang ke sini lalu saya rakamkan banyak gambar untuk tatapan semua.


"Sebelum ini saya pernah ke sini. Pokok berbuah tetapi kecil, tidak sebesar sekarang ini," ujar seorang daripada pengunjung saya temui.

Pokok kurma terbabit ditanam oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu.


Sedikit maklumat menarik juga ingin saya kongsikan. Sewaktu berada di Negeri Serambi Mekah ini, saya dan anak sulung, Muhamad Afif Faiq berpeluang melawat ladang kurma seluar sembilan ekar. Beberapa pokok kurma di ladang itu berbuah tetapi bersaiz kecil.


Sekitar 350 pokok kurma ditanam di ladang sama, 10 pohon musnah akibat umbut pokok diserang dan dimakan oleh ulat berbadan lembik tetapi bergigi tajam.


Untuk pengetahun pembaca, saya telah berkunjung ke tapak semaian anak pokok kurma di Ipoh, Perak dan kemudian merakamkan visual di kilang pembungkus pelbagai jenis buah kurma di Pengkalan Chepa. 

Tengah hari tadi, saya membuat liputan di stor penyimpanan buah kurma, milik anak Melayu di Kota Bharu sebelum ke Melaka untuk melengkapkan laporan Majalah 3, 'Kurma Malaysia', bakal disiarkan pada Ramadan ke 2, 30 Jun akan datang.

6 ulasan:

  1. Ulat mulong atau nma lain SI'ET.. Exotic tu..

    BalasPadam
  2. Mungkin keaadan cuaca sekarang yang mrnjadi pemangkin kurma berbuah di Malaysia skg. Di Pulau Besar Melaka pokok kurma pun turut berbuah bersaiz besar. Tapi mungkin disebabkan kali pertama berbuah , pengunjung teruja untuk memetik buah kurma berkenaan walaupun belum matang. Gambarnya boleh saya kongsikan dengan Tuan.

    BalasPadam
  3. Ulat mulong.... Eeeii Eksotik sangat.Makan kurma je lah. :)

    BalasPadam
  4. Itu ulat GENDON la....cube sebut...GEN-DON!

    BalasPadam
  5. Org perak teluk intan cakap itu ulat telentang. Buat umpan mancing baung

    BalasPadam
  6. Kebanyakan pohon kurma masa lalu tidak dikendali( ditanam-ditinggalkan-xada buah ) dengan kemajuan teknologi terkini besar kemunkinan Malaysia menjadi pengeluar "Tamar"diAsia

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.