Isnin, Jun 09, 2014

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : SINDIKET PENIPUAN DI HO CHI MINH

Fakta, Ho Chi Minh, HCM, Vietnam, dianggap syurga membeli-belah di kalangan jutaan pelancong dunia, tidak terkecuali rakyat Malaysia. 

Saya nukilkan entri ini khusunya untuk kebaikan semua pelancong khususnya mereka senegara dengan saya agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan licik. 

Melalui maklumat saya perolehi, ramai pelancong Malaysia kini berstatus mangsa, barangan dicuri. 


Ruang waktu 4 hari 3 malam, melancong bersama sebilangan pembaca blog ini di HCM saya gunakan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan rapi di negara Sungai Mekong mengalir.

Sumber maklumat berkredibiliti terpaksa saya rahsiakan demi keselamatan diri mereka.

"Ibu ayam bersama kumpulan wanita tempatan kekadang dilihat berdiri di kalangan pelancong samada di Pasar Malam Ben Thanh atau di sekitar hotel berhampiran. Ibu ayam itu, bertatoo di paha kanan, gambar bung ros," ujar sumber.


Hasil siasatan terperinci dan temu bual bersama penduduk tempatan,  saya dapati ahli sindiket hadir di lokasi menjadi tumpuan ramai pelancong. Secara senyap, tanpa menariik perhatian umum. Pengiring, runner, wanita bertopi, berperawakan seperti lelaki mendekati pelancong lelaki dari pelbagai negara dan menawarkan khidmat mengurut.

"Abang, massage, only five (US) dollars per hour"

Itu antara ayat lazim digunakan oleh runner untuk memancing perhatian lelaki berhidung belang. Lelaki datang ke HCM dengan niat bercabang, bukan untuk membeli-belah.

"Hanya runner itu sahaja berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, gadis dibawa dan dipamerkan, hanya bercakap dalam bahasa Vietnam," kata sumber saya lagi.


Dilaporkan, kebanyakkan mangsa dari Malaysia, pelancong datang ke HCM tidak bersama isteri atau teman wanita. Sebilangan mereka datang mengikut rombongan dikendalikan oleh ejen pelancongan tetapi mencari ruang untuk menyelinap biarpun sejam dua.

Setakat ini, dianggarkan lebih 20 rakyat Malaysia terjebak menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit. Namun kes itu tidak menjadi kecoh dan dihebahkan kerana mangsa berasa malu untuk berkongsi cerita sebegitu.


"Lelaki secara individu atau berkumpulan, terpesona dengan pakej palsu ditawarkan akan dibawa ke bilik hotel. Sebelum diurut, mereka diminta untuk membersihkan diri di bilik air sekaligus mangsa meninggalkan pelbagai barangan berharga, wang tunai, telefon bimbit, di dalam bilik sama. Gadis Vietnam kononnya bertugas sebagai tukang urut itu kemudian akan mencuri barangan terbabit dan pantas menghilangkan diri," terang sumber. 

Mangsa, terlopong mengundang bahana tidak diduga.


Tiga gadis manis di atas dijadikan umpan. Kejelitaan mereka disalahgunakan untuk meraih keuntungan dalam tempoh singkat.

"Lelaki berminat untuk berhibur di karaoke, lazimnya juga ditimpa nasib malang ditempah. Sebaik tiba di bilik karaoke, pintu dikunci dan mangsa diugut sebelum menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai. Setakat ini, mangsa dilaporkan kerugian di antara RM3,000 dan RM15,000. Berikutan kehilangan wang tunai, mereka tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan di sini lalu memberikan alasan kepada isteri di rumah, kononnya barangan di HCM terlalu mahal untuk dibeli. Walhal wang mereka lesap akibat ingin memenuhi nafsu serakah," tambah sumber sama.

Melalui pengamatan saya, HCM semakin dibanjiri pelancong dari negara kita. Saya sertakan beberapa gambar pembaca blog sewaktu sibuk membeli-belah dan bersantai.


Terima kasih kepada pemandu pelancong, Andy, 35 tahun, warga Vietnam tetapi amat fasih berbahasa Melayu.


4 ulasan:

  1. Syok nak shopping sini lg lepas raya nnt...btw kedai2 tu kat mana? Hehhe (sorry xde kena mengena ngn tajuk)

    BalasPadam
  2. Assalam. Dimana2 ada penipuan oleh itu kita sentiasa berwaspada. Adalah lebih baik mengikuti rombongan yang menyediakan pakej penuh (muslim tour) dengan travel agen yang berdaftar!

    BalasPadam
  3. syukur duit yg dirancang untuk maksiat akhirnya jd 'sedekah'. Lain kali rancanglah untuk sedekah kod anak yatim atau masjid...tentu x mengecewakan.

    BalasPadam
  4. En. Mazidul, di Kg. Air, Kota Kinabalu juga terdapat penipuan seperti ini. Modes Operandinya betul2 sama, gadis muda, cantik, menggoda. Kemudian rompak pelanggan miang.. Boleh siasat tak? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di blog..TQ

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.