Ahad, Jun 15, 2014

LEBIH MOLEK JIKA KAKITANGAN JAKIM MAKAN PRODUK CADBURY

Sejak dari awal, saya mengikuti perkembangan kes status 2 produk Cadbury disahkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Pengumuman itu menjadi viral. 

Beberapa hari kemudian, ujian dijalankan di makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk syarikat itu halal dimakan.

Berita itu juga pantas disebarkan di media utama dan sosial. 

Namun mengapakah sehingga ke saat ini, ramai pengguna beragama Islam, masih berasa ragu dengan status produk itu? 

Soalan itu wajib dihuraikan.

KKM, JAKIM dan syarikat pengeluar produk berhak mengemukakan penjelasan kepada masyarakat umum. Namun usah lupa, sekali keraguan tercetus di minda pengguna Islam berhubung status halal haram, ia tentunya sukar untuk dikikis. Tidak semudah menyental tompokan tumpahan ais krim terpalit di lengan baju.

Jika kini pengguna Islam berkunjung ke kedai untuk membeli produk berasaskan cokelat, mereka mempunyai pelbagai jenama pilihan. Logik akal, adakah mereka akan memilih produk sediakala terpalit dengan kontroversi? 

Melalui pembacaan, saya dapati KKM tidak pernah mengatakan berlaku kesilapan terhadap keputusan ujian dijalankan oleh makmal agensi itu terhadap dua produk Cadbury, disahkan mengandungi DNA babi. 

Barangkali seperti saya, ramai pengguna masih menunggu penjelasan terperinci KKM, BAGAIMANAKAH dua produk itu boleh dicemari oleh DNA babi? 


Apapun, saya menghargai usaha sekelompok rakan pengendali blog menganjurkan demonstrasi memakan produk Cadbury untuk lebih menyakinkan masyarakat pengguna mengenai status halal produk terbabit. 

Klik di sini.

Namun, perkiraan peribadi saya, LEBIH molek sekiranya pegawai kanan JAKIM sendiri memakan produk sama (bukan sekadar memegang) dan demonstrasi itu disiarkan oleh media utama dan sosial. Teringin benar melihat Ketua Pengarah JAKIM menikmati cokelat Cadbury.

Dijangka, berita, gambar pegun serta rakaman video bakal viral, seandainya saranan itu dizahirkan.

8 ulasan:

  1. yup, setuju dengan cadangan tu... apa pun, tak mudah bagi sy untuk membeli produk Cadbury tu. Agak2, berapa Cadbury bayar untuk menghalalkan semula produk mereka?

    BalasPadam
  2. Tuan,

    Sebagai rakyat biasa dan pengguna, beberapa kemusykilan saya sekeluarga adalah (1) Mengapakah KKM dan JAKIM menggunakan sampel dan sumber cokelat yg berbeza untuk ujian makmal masing masing? Tentunya sampel dan sumber berbeza, bakal mengeluarkan hasil berbeza?

    KKM mengambil dari pasaran, sedangkan JAKIM mengambil sampel dari kilang shah alam? Mengapa tidak membuat ujian terhadap sampel dan sumber yg sama?

    (2) Mengapa JAKIM, Mondelez, Cadbury tidak memberi pencerahan jelas, mengenai suppliers (pembekal) coklat cadbury dalam pasaran malaysia? adakah kilang shah alam itu 100% guaranteed, THE ONLY suppliers untuk pasaran kita, atau, Mondelez/Cadbury, membenarkan parallel imports dari kilang kilang cadbury dan Mondelez yg lain, selain shah alam, membekal ke kedai kedai kita? Dah test semua? random test?

    (3) Mengapakah tidak ada susulan investigation terhadap sampel yg digunakan oleh KMM - dari kedai mana? negeri mana? bila? siapa supplier nya, dan susur galur produk tersebut? ...

    Tuan, maaf nak cakap, sedikit sebanyak, kredibility JAKIM agak tercalar dgn isu ini. Cara KMM di sergah dan disalahkan, seterusnya tanpa apa apa deep investigation on Who did What, Why, When, How....sounds more political, tanpa desperation to protect Islam, halal dan haram..

    Tuan, saya rasa, melihat pelbagai produk palsu dimarket, penyalah gunaan logo Halal dan enforcement credibility - standard penjagaan Halal tidak lah sehebat standard penjagaan kosher yahudi....saya rasa, authorities, business people, and politicians, UNDER ESTIMATED kebijaksanaan dan awareness of pengguna masa kini....

    Jgn terperanjat, masih ramai yg masih menganggap KMM a hero....berani....correct, unless proven wrong....Kalau takde badan membela, membela betul betul...pengguna akan membela nasib sendiri. Ini bukan zaman tok kadok.

    Tkasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersetuju sangat dengan komen sdr diatas - dan sekiranya kejadian ini berlaku di Israel, kilang Cadbury terbabit mungkin hanya akan tinggal pagar saja yang lain nya hangus....

      Padam
  3. Bagi saya mmcm ni jelah.. kalau dah was2 jangan dibeli. Jangan dimakan. Jangan dihadiahkan utk sesiapa pun...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Sepatutnya Menteri di JPM dan Ketua Pengarah JAKIM makan cokelat CADBURY tersebut semasa mengumumkan di TV tempohari............untuk lebih menyakin pengguna..........

    BalasPadam
  5. 1. KKM tidak pernah cakap hanya menguji sampel di kedai sahaja.
    2. KKM tidak pernah cakap tidak mengambil sampel di kilang untuk pengesahan.
    3. Adakah makmal Jabatan Kimia yang dirujuk JAKIM lebih canggih daripada makmal KKM yang menguji pelbagai jenis sampel setiap hari?
    3a. Adakah ini juga bermakna sekiranya makmal JAKIM tak jumpa Porcine, maka secara sah boleh sahkan 'halal'?
    4. Mengapa sehingga hari ini Cadbury masih tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan atas 'kelalaian' kebocoran laporan ujian KKM jika benar ia berada di pihak yang benar?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.